Pinjaman Rm3 95b Src Tak Ikut Dasar Kwap Bekas Ceo


Azian hadir sebagai saksi perbicaraan kes melibatkan Najib pada hari ke-19 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - foto oleh BERNAMA
Surat permohonan oleh SRC International Sdn Bhd untuk pinjaman RM3.95 bilion tidak memenuhi dasar keperluan prosedur oleh Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), demikian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.Bekas CEO KWAP Azian Mohd Noh berkata ini kerana sebarang permohonan pinjaman perlu dialamatkan kepada KWAP sedangkan permohonan pinjaman oleh SRC dalam sepucuk surat bertarikh 3 Jun 2011, ditandatangani oleh pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dialamatkan kepada perdana menteri ketika itu Najib.
Loading...
Pegawai wanita itu menyatakan demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff pada perbicaraan hari ke-19 Najib yang menghadapi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.Ishak : Permohonan ini tidak ikut polisi pinjaman KWAP seperti yang Datuk nyatakan di perenggan 10, dalam pernyataan saksi, sebab datuk kata tadı kena kemukakan kepada KWAP?Azian : Ya, surat berkenaan (permohonan pinjaman) tidak memenuhi syarat KWAP bagi prosedur ini.Membacakan pernyataan saksinya, Azian berkata beliau menerima surat asal permohonan SRC itu daripada pegawai Khas Najib, Azlin Alias (Arwah) dalam bulan Jun 2011.
Katanya, beliau dimaklumkan oleh Arwah Azlin bahawa Perdana Menteri pada masa itu Najib Tun Razak telah bersetuju dengan cadangan permohonan dari SRC dan beliau telah dirujuk kepada catitan atas surat itu yang Arwah Azlin memberitahu ianya dibuat oleh Najib sendiri.“Surat yang saya terima itu merupakan surat permohonan pinjaman yang disediakan oleh SRC dan dialamatkan kepada Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia untuk mendapatkan pinjaman KWAP sebanyak RM3.95 bilion bagi tujuan modal pusingan dan pelaburan am tanpa had.“Surat berkenaan ditandatangani oleh Pengarah SRC bernama Nik Faisal Ariff Kamil. SRC pada ketika itu adalah syarikat milik penuh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mana 1MDB merupakan syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD),” katanya.Azian, 66, yang kini telah bersara berkata (pada) surat bertarikh 3 Jun 2011 terdapat catatan tulisan tangan serta tandatangan Najib yang ditujukan kepadanya selaku CEO KWAP dan menyatakan “bersetuju dengan cadangan ini” yang bertarikh 5 Jun 2011.“Mengikut pemahaman saya, catatan 'bersetuju dengan cadangan ini' bermaksud Perdana Menteri bersetuju untuk KWAP memberikan pinjaman kepada SRC. Saya menerima surat permohonan itu dan keesokan hari pada waktu pagi saya berjumpa dengan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah iaitu Pengerusi KWAP dan memaklumkan beliau berkenaan surat itu.“Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz turut menyatakan bahawa beliau sedia maklum perkara tersebut kerana diberitahu sendiri oleh Najib sebelum ini. Saya kemudian diarahkan oleh Tan Sri Dr Wan agar KWAP dapat mengkaji permohonan tersebut dan dikemukakan untuk pertimbangan dan keputusan Panel Pelaburan KWAP,” katanya.Saksi pendakwaan ke-38 itu juga berkata penilaian oleh Jabatan Pendapatan Tetap KWAP telah menentukan bahawa KWAP hanya dapat menyediakan pinjaman berjumlah RM1 bilion sahaja setelah mengambil risiko pembayaran, risiko negara, risiko industri dan risiko 'over concentration' yang tinggi berkaitan jumlah pinjaman yang dimohon oleh SRC berjumlah RM3.95 bilion.
Pegawai wanita itu berkata salah seorang ahli panel pelaburan telah memberikan pendapat supaya Najib dimaklumkan yang KWAP mencadangkan pinjaman pembiayaan RM1 bilion sahaja kepada SRC.“Oleh itu, Tan Sri Dr Wan telah memaklumkan saya untuk mengikut beliau sekali untuk berjumpa Najib.“Tidak lama selepas itu, saya dan Tan Sri Dr Wan telah pergi berjumpa dengan Najib di Pejabat Perdana Menteri. Kami telah memaklumkan tentang hasil keputusan Panel Pelaburan KWAP yang hanya meluluskan pinjaman pembiayaan sejumlah RM1 bilion. Namun, saya tidak ingat tarikh sebenar perjumpaan kami,” katanya.Beliau berkata bagaimanapun Kertas Panel Pelaburan Khas KWAP disediakan untuk pertimbangan bagi kelulusan pinjaman RM2 bilion kepada SRC untuk tujuan ‘working capital’ dan ‘general investments’.Kepada satu soalan oleh Ishak, saksi itu berkata adalah mustahil baginya ‘merungkai’ (decipher) kandungan surat itu secara terperinci oleh kerana beliau berjumpa Arwah Azlin waktu malam dan pertemuan berlaku selama 45 minit.Ishak : Datuk tak dapat ‘decipher’ surat itu walau berjumpa 45 minit?Azian : Saya baca tapi tidak secara detail mengenai KWAP policy or anythingIshak : Lepas balik ofis ada Datuk maklumkan Azlin bahawa surat itu tidak ikut prosedur, tidak ikut kriteria polisi KWAP dan tidak dapat dipertimbangkan oleh KWAP?Azian : Saya tidak maklumkan.Ishak : Walaupun Datuk sedar, surat tidak ikut prosedur kenapa tak maklumkan?Azian : I cannot recall why (saya tidak ingat mengapa).Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/pinjaman-rm395b-src-tak-ikut-dasar-kwap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Src Trial Najib S Minutes Were Not Instructions Kwap Ex Ceo

Najib Src Trial Najib S Minutes Were Not Instructions Kwap Ex Ceo

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 314 hits
The Kuala Lumpur High Court today yet again heard that former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak didn t exert any pressure to secure billion ringgit loans for SRC International Sdn Bhd Retirement Fund Incorporated former chief executive ...
Pinjaman Rm4 Bilion Kepada Src International Jumlah Terbesar Pernah Diberi Kwap

Pinjaman Rm4 Bilion Kepada Src International Jumlah Terbesar Pernah Diberi Kwap

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 341 hits
PERBICARAAN kes SRC International membabitkan Najib Razak masuk hari ke 20 hari ini dengan saksi ke 38 bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Persaraan Azian Mohd Noh menyambung keterangan Azian memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur...
Najib Trial Day 20 Former Kwap Ceo Expected To Testify Further Over Approval Of Rm4b Loan

Najib Trial Day 20 Former Kwap Ceo Expected To Testify Further Over Approval Of Rm4b Loan

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 319 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters its 19th day today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of...
Saksi Ke 38 Kata Najib Suruh Percepat Proses Pinjaman Kwap

Saksi Ke 38 Kata Najib Suruh Percepat Proses Pinjaman Kwap

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 353 hits
Saksi ke 38 kata Najib suruh percepat proses pinjaman KWAPPosted By on May 30 2019Perbicaraan kes SRC International membabitkan Najib Razak masuk hari ke 20 hari ini dengan saksi ke 38 bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Persaraan A...
Kalau Kau Tak Puas Hati Dengan Aku Sentuh Aku Sorang Bekas Isteri Ude Intan Liana Saleh Naik Angin Dengan

Kalau Kau Tak Puas Hati Dengan Aku Sentuh Aku Sorang Bekas Isteri Ude Intan Liana Saleh Naik Angin Dengan

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 4243 hits
Kalau Kau Tak Puas Hati Dengan Aku Sentuh Aku Sorang Bekas isteri Ude Intan Liana Saleh Naik Angin Dengan Kalau Kau Tak Puas Hati Dengan Aku Sentuh Aku Sorang Bekas isteri Ude Intan Liana Saleh Naik Angin Dengan
Bocah Sd Tewas Usai Tenggelam Di Kolam Bekas Tambang Di Kaltim Total Korban Jadi 34

Bocah Sd Tewas Usai Tenggelam Di Kolam Bekas Tambang Di Kaltim Total Korban Jadi 34

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 182 hits
Dalam catatan merdeka com Natasya menjadi korban ke 34 anak meninggal di kolam bekas tambang Korban ke 33 sebelumnya terjadi April 2019 lalu di Muara Kaman Kutai Kartanegara Polisi sedang menyelidiki siapa pemilik kolam tambang tersebut
Arwah Meninggal Di Tempat Comel Bekas Adun Pas Meninggal Dunia Di Mekah

Arwah Meninggal Di Tempat Comel Bekas Adun Pas Meninggal Dunia Di Mekah

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 288 hits
TUMPAT Hati ibu mana tidak sedih apabila tak dapat nak cium nak peluk arwah anak buat kali terakhir tapi Che kena reda arwah meninggal di tempat comel di bulan Ramadan pula kata Che Zaharah Che Mat 74 ibu Allahyarham Mohd Zaki Ibrahim Mohd ...
Hiburan Kes Orang Ketiga Ini Payah Sikit Intan Liana Belum Boleh Maafkan Bekas Suami

Hiburan Kes Orang Ketiga Ini Payah Sikit Intan Liana Belum Boleh Maafkan Bekas Suami

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 338 hits
Terdahulu kemelut rumah tangga Intan Liana Salleh Ude Wahid dan Izreen Azminda mendapat perhatian ramai Walaupun isu itu sudah lama berlalu namun luka yang berbekas dalam hati Intan belum sembuh sepenuhnya Menerusi Insta Story Intan meluahk...
Aliff Aziz Mahu Rujuk Bekas Isteri Bella

Aliff Aziz Mahu Rujuk Bekas Isteri Bella

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 336 hits
Aliff dan Bella selepas bercerai di mahkamah baru baru ini Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memberi bayangan bersedia untuk rujuk semula bersama bekas isteri Bella Astillah menerusi laman Twitter miliknya pagi tadi Aliff Aziz atau nama seben...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City