Beg Swan Technolite Lebih Ergonomik Ringan Cantik Dan Bergaya
Beg SWAN Technolite Lebih Ergonomik, Ringan, Cantik Dan Bergaya. Bila sebut pasal beg sekolah anak-anak, mesti isu berat bag yang di isi dengan buku sekolah menjadi topik utama. Yelah satu subjek saja kena bawa 1 buku teks, 1 buku latihan dan 1 buku tulis. Setiap hari ada 3 hingga 4 subjek. Itu belum campur lagi bekal makanan dan minuman. Bertambah bebanan yang perlu dibawa oleh anak-anak. Bayangkan kalau anak kita sekolah jauh dan perlu stay untuk KAFA.. Mesti bawa 2 bag ke sekolah. Beratnya! Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tapi kini CH tak risau lagi sebab dah ada beg SWAN Technolite untuk Aisy dengan ciri ergonomik, ringan, cantik dan bergaya.
Beg SWAN Technolite Lebih Ergonomik, Ringan, Cantik Dan Bergaya
Sekali pandang saja dah jatuh cinta dengan beg SWAN Technolite ni. Ringan, cantik dan bergaya.
Rekaannya juga berbeza daripada jenama lain dan paling best ia menggunakan tekologi Technolite untuk meringankan beg ini walaupun ketika dipasangkan roda pada beg ini. Aisy kata bila galas beg ini ketika ada roda pun masih ringan. Apatah lagi ketika menarik beg menggunakan roda, memang sangat ringan.
Menariknya, beg SWAN Technolite ini mempunyai 10 tayar untuk membantu menarik bag pada jalan biasa, berlompang ataupun ketika menaiki tangga. Jadi ia tidak mudah rosak dan tahan lasak walaupun digunakan pada pelbagai permukaan. Inilah beg yang ibu bapa semua mahukan bukannya beg yang pakai 2, 3 bulan dan kena beli beg baru.
Kelebihan Beg Swan Technolite
Menyokong tulang belakang dengan rekaan lurus, pelapik belakang 3D dan pengudaraan sejuk. Sangat selesa menggalaskannya.
Tali berbentuk U menjadikan berat dilaraskan dengan sempurna bila digalas belakang.
Rekabentuk Ergonomik. Menjadikan badan pengguna/murid menjadi sentiasa berada dalam posisi yang betul. Jadi, anak akan menjadi lebih selesa dan santai apabila menggunakan beg ini.
Rekaan 10 tayar ini memudahkan anak untuk tarik bag ketika menaiki tangga.
Boleh buang fungsi trolley. Jadi, boleh guna beg ini mengikut kesesuaian atau kesukaan anak. Tak mahu tarik, boleh buang tayar dan galas beg macam biasa. Love sangat fungsi ni.
Menggunakan bahan dan jahitan yang berkualiti tinggi. Tak mudah rosak dan koyak. Sangat sesuai dengan harga yang di tawarkan.
Ada banyak poket terutamanya poket untuk susun buku tu. Senang nak susun ikut subjek dan lebih teratur, pastu boleh letak jadual di tempat khas, ada ruang kosong yang besar untuk letak bekal, pensil warna dan kotak pensil. Sukanyaa!
Poket depan. Sesuai untuk letakkan alat tulis. Macam-macam boleh letak tu.
Poket tepi untuk letak botol air. Kemas dan botol air tidak mudah jatuh.
Poket tepi berzip. Nak letak apa yer? Ni tempat favorite Aisy untuk letak gula-gula atau air kotak. Kat poket ni boleh tulis nama anak dan kelas mana. Senang nak tahu siapa punya.
Tertarik tak dengan beg SWAN Technolite ni?
Bagi korang yang mahukan beg SWAN Technolite ini, ia boleh didapati di semua kedai SWAN seluruh Malaysia, pasaraya besar ataupun melalui pembelian atas talian Shopee. Terdapat 2 warna yang boleh dipilih iaitu kelabu dan pink. So, mana satu pilihan mak ayah untuk anak?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.yatizul.com/2022/08/beg-swan-technolite-lebih-ergonomik.html