Hilang Stres Tengok Gelagat Si Bulus Skodeng Jiran Netizen Syak Ada Gadis Cantik Di Sebalik Tembok Awek Kat Sebelah Ke
TELATAH kucing yang comel dan aktif pastinya mencuit hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
Lebih kelakar apabila ada yang gemar menjadikan aksi si bulus dengan meme tertentu walaupun hanya sekadar gambar sedang tidur dan bermacam-macam lagi.
Seperti rakaman yang tular baru-baru ini, aksi seekor kucing mengintai jiran menerusi lubang pada dinding di ruang tempat letak kereta di luar rumah mendapat perhatian ramai.
Mana tidaknya, ia seakan memahami tindakannya itu salah apabila terus berhenti selepas ditegur pemilik.
Menerusi perkongsian Seri Noorhashikin di aplikasi TikTok, kucing yang digelar Loki itu sudah beberapa kali ‘kantoi’ ketika mengintai jiran.
Perkongsiannya itu menyebabkan ruangan komentar dipenuhi pelbagai reaksi warganet dan rata-ratanya mengandaikan jiran Seri Noorhashikin mempunyai anak gadis.
“Amboi… bukan main lagi awak tengok anak dara jiran sebelah. Ada awek (kekasih) kat sebelah ke?
“Tengok jodoh kat sebelah tu,” ujar beberapa netizen yang terhibur dengan telatah Loki.
Ketika dihubungi mStar, pemiliknya yang mesra disapa Seri mengakui jirannya mempunyai anak dara yang berusia belasan tahun dan sudah bekerja.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
Walaupun kedua-duanya jantan, namun Loki (kanan) memiliki sifat yang berbeza daripada Barry.
Namun katanya, dia tidak pernah melihat anak-anak jirannya itu berada di luar rumah.
“Jiran tak ada bela kucing tapi ada anak dara. Yelah kucing punya curiosity. Tapi dia tak pernah memanjat tembok tu… mungkin juga sebab dia gemvk dan tak lepas memanjat.
“Sebelum ni ia pernah k4ntoi panjat atas tree house skodeng rumah jiran sebelah. Saya ingatkan sekali tu saja… tapi apabila senyap kat luar, nampak ia skodeng dari lubang dinding tu.
“Selalu sergah dan ia akan stop kejap. Apabila kita masuk dalam rumah, sambung balik.
“Pernah sekali ia terlepas sebab suami buka pagar nak ambil barang kat kereta di luar. Puas cari dalam rumah tapi tak ada, rupa-rupanya ia keluar pergi rumah sebelah.
“Loki pergi lepas beberapa kali skodeng jiran melalui lubang dinding tu,” ujarnya sambil menyatakan Loki adalah kucing jantan indoor yang lengkap vaks1n dan telah neuter.
Taufiq menjaga Barry dan Loki seperti anak–anaknya.
Selain Loki Seri mempunyai seekor lagi kucing yang diberi nama Barry.
Menurut Seri lagi, kucing baka DLH (domestic long hair) yang berusia setahun tiga bulan itu juga tersangat nakal dan bijak serta merupakan mastermind dalam setiap kegiatan.
“Loki ni kami memang tengok dia sangat n4kal, mastermind. Suara susah nak keluar dan kalau keluar pun, suara serak-serak macam nak control macho.
Pada masa tu memang bela kucing banyak sangat. Sampai abah buat macam reban untuk kucing.
SERI
“Tapi sebenarnya ia penakut… paling takut dengan bunyi hujan berbanding Barry. Walaupun jantan, kami panggil Barry sebab dia ala-ala perempuan Melayu terakhir kerana sopan santun dan dengar arahan,” ujarnya.
Bercerita lanjut, anak jati Labis, Johor berkata, kedua-dua kucing itu diambil daripada adiknya yang juga merupakan pencinta kucing.
Pada awalnya ibu kucing tersebut beranak dan disebabkan terlampau banyak, dia bimbang adiknya tidak dapat menjaga kesemua haiwan kesayangan berkenaan.
Oleh itu, dia membuat keputusan untuk memelihara dua ekor manakala kakaknya juga turut mengambil dua ekor lagi.
Loki dikatakan kucing yang nakal.
Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, setiap urusan berkaitan kucing termasuk kucing jalanan akan dilakukan sepenuhnya oleh suaminya, Taufiq.
“Bab-bab kucing ni memang suami yang uruskan sebab dia memang penyayang. Tak kisah kucing sendiri atau stray cat. Cara dia layan kucing-kucing macam anak sendiri,” jelas Seri yang kini berusia 33 tahun.
Mengimbas pengalamannya dalam memelihara kucing, Seri berkata ia bermula di rumah keluarganya di Felda Palong Timur, Johor.
“Pada masa tu kami bela kucing banyak sangat. Sampai abah buat macam reban untuk kucing.
“Famili dah terbiasa dengan kucing. Tapi sebenarnya suami saya yang betul-betul cat lover. Daripada dulu lagi suami nak bela kucing.
“Pernah bela kucing jalanan, tapi terpaksa lepaskan sebab ada masalah lain. Jadi dia yang pujuk untuk nak bela kucing yang betul-betul indoor dan dijaga dengan proper,” luahnya mengakhiri bicara.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/WCZgfJj
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2022/08/hilang-stres-tengok-gelagat-si-bulus.html