Warisan Kaut Untung Lebih Jika Kerjasama Dengan Pbs Kata Penganalisis


 
Presiden PBS Maximus Ongkili sebelum ini pernah menyatakan parti itu sedia bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk Warisan sekiranya mendatangkan kebaikan kepada rakyat Sabah.KOTA KINABALU: Warisan akan mendapat lebih manfaat berbanding Parti Bersatu Sabah (PBS) sekiranya dua parti itu menjalinkan kerjasama politik bagi menghadapi PRU15, kata penganalisis.
Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, Warisan akan ”mengaut untung lebih” jika kerjasama berlaku kerana mereka dapat menarik lebih ramai pengundi dari suku kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR).
Beliau berkata, PBS sebaliknya akan menerima tamparan hebat jika bekerjasama dengan Warisan kerana parti itu sebelum ini lantang menolak pemberian pas sementara Sabah (PSS) kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) yang cuba diperkenalkan Warisan sebelum ini.

“Sudah pastinya menguntungkan Warisan kerana mereka akan memperolehi undi KDMR menerusi PBS, tetapi PBS yang sebelum ini begitu lantang menentang PSS dan isu-isu berkaitan seperti Pati serta ‘Projek IC’ sudah pasti akan menerima tamparan hebat termasuk hilang kepercayaan penyokong tegar,” katanya kepada FMT.
Lee Kuok Tiung.Kata Lee, peluang dua parti itu untuk bekerjasama juga dilihat “samar” kerana PBS ketika ini masih terikat dengan sekutu mereka iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“PBS fokus kepada GRS dan sekiranya terjejas (hubungan PBS dengan GRS), ia juga menjejaskan peluang GRS untuk bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) bagi menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya dengan menambah kedua-dua pihak menyedari peluang untuk menang lebih tinggi sekiranya bekerjasama, malah berisiko menghadapi kekalahan sekiranya GRS bertembung dengan BN.
Tambahnya, ketegangan antara PBS dan Umno sebelum ini juga hanya dalam kalangan beberapa pemimpin malah tidak menjejaskan hasrat GRS dan BN untuk sama-sama menghadapi pilihan raya.
Warisan menerusi Presiden Shafie Apdal sebelum ini berulang kali menyatakan minat bekerjasama dengan PBS kerana menganggap perjuangan parti itu ideal dan sesuai dengan perjuangan Warisan.
Presiden PBS Maximus Ongkili juga pernah menyatakan parti itu sedia bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk Warisan sekiranya mendatangkan kebaikan kepada rakyat Sabah.
Awang Azman Awang Pawi.Ahli Parlimen Kota Marudu itu juga pernah membuat kenyataan bahawa PBS hanya akan mengumumkan kerjasama politiknya apabila tiba masa sesuai walaupun pada ketika itu mereka telah pun menjadi anggota rasmi GRS. Bagaimanapun beberapa hari kemudian, Maximus menegaskan PBS akan kekal bersama GRS yang terdiri daripada Bersatu, STAR, SAPP dan Usno.
Sementara itu, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata, kecenderungan Warisan untuk bekerjasama dengan PBS menunjukkan parti itu berharap untuk tidak bergerak bersendirian pada pilihan raya akan datang, terutama di Sabah.
“Mereka (Warisan) mungkin akan menghadapi risiko hilang lebih banyak kerusi jika bergerak sendiri kerana mereka berdepan GRS dengan BN,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/warisan-kaut-untung-lebih-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 700 000 Pati Daftar Program Rekalibrasi Pulang Tenaga Kerja Kata Menteri

Lebih 700 000 Pati Daftar Program Rekalibrasi Pulang Tenaga Kerja Kata Menteri

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 282 hits
Lebih 700 000 Pati daftar program rekalibrasi pulang tenaga kerja kata menteri Dikemas kini 7 minit yang lalu Diterbitkan p
Eskport Minyak Masak Polibeg Dihentikan Serta Merta Kata Menteri

Eskport Minyak Masak Polibeg Dihentikan Serta Merta Kata Menteri

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 346 hits
SEBARANG pengeksportan minyak masak dalam bentuk polibeg dihentikan berkuat kuasa serta merta kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa Beliau berkata langkah tersebut bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dengan minyak...
Hiburan Kami Perlukan Benda Baru Isteri Sedih Suami Kemaruk Main Dating Apps Ada Netizen Back Up Kata Itu Lumrah Lelaki

Hiburan Kami Perlukan Benda Baru Isteri Sedih Suami Kemaruk Main Dating Apps Ada Netizen Back Up Kata Itu Lumrah Lelaki

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 387 hits
Baru baru ini tular satu ciapan di Twitter apabila seorang isteri meluahkan rasa kecewa dengan suami kerana tergamak menduakan dirinya dengan bermain cinta online bersama perempuan lain Wanita itu memaklumkan perkara ini baru saja diketahui...
Politik Pas Belum Beri Kata Putus Penggunaan Logo Pn

Politik Pas Belum Beri Kata Putus Penggunaan Logo Pn

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 334 hits
Masih terlalu awal untuk Pas memberi kata putus penggunaan logo Perikatan Nasional PN pada pilihanraya umum akan datang Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas ingin melihat dahulu bentuk logo PN itu yang kini dalam prose...
Rakyat Perlu Bersyukur Harga Barang Di Malaysia Kedua Terendah Di Asean Kata Annuar

Rakyat Perlu Bersyukur Harga Barang Di Malaysia Kedua Terendah Di Asean Kata Annuar

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 282 hits
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa berkata laporan Bank Dunia meletakkan Malaysia negara kedua mempunyai kadar harga terendah dalam kalangan negara Asean PETALING JAYA Harga barang terutama produk makanan di Malaysia a...
Penyelarasan Kenaikan Gaji Hingga 15 Dalam Proses Pelaksanaan Kata Ltat

Penyelarasan Kenaikan Gaji Hingga 15 Dalam Proses Pelaksanaan Kata Ltat

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 395 hits
Sebahagian daripada ahli Kesatuan Kakitangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengadakan piket d hadapan bangunan LTAT hari ini PETALING JAYA Tuntutan kenaikan gaji sehingga 15 seperti dituntut Kesatuan Kakitangan Lembaga Tabung Angkatan Ten...
Pengurusan Pusat Beli Belah Milik Glc Akan Disemak Semula Kata Pm

Pengurusan Pusat Beli Belah Milik Glc Akan Disemak Semula Kata Pm

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 423 hits
KERAJAAN akan menyemak semula pengurusan pusat beli belah yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan supaya diuruskan syarikat tempatan agar peniaga Bumiputera dapat menjalankan perniagaan mereka di situ kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaa...
Berat Badan Saya Susut 11 Kg Bukan Sebab Saya Makan Hati Kata Rossa Sera

Berat Badan Saya Susut 11 Kg Bukan Sebab Saya Makan Hati Kata Rossa Sera

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 337 hits
Saya bukan nak balas atau buktikan apa apa sebab bila dah macam sekarang ini saya ada masa lebih untuk diri sendiri Jadi saya tak ada masa nak fikir perkara negatif Demikian kata isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Na
Glc Perlu Labur Dalam Pelbagai Aktiviti Ekonomi Kata Salleh

Glc Perlu Labur Dalam Pelbagai Aktiviti Ekonomi Kata Salleh

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 370 hits
Salleh Said Keruak berkata pelaburan syarikat besar seperti syarikat berkaitan kerajaan mampu menyokong proses pemulihan ekonomi negara PETALING JAYA Syarikat besar seperti syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia dan syarikat berkaitan ker...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

Lirik Lagu Ku Siapa Eabidak And Rith Parker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tasik Blausee Yang Menggamit Kenangan Day 7

Mailbox Quota 97 Full Clear Your Cache

Sekadar Celoteh Petronas Buang Pekerja

Sarapan Pagi Best Di Shah Alam Restoran Azira Pilihan Ramai

Trip Hiking Aku Ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing

Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025