Batalkan Bil Elektrik Semasa Pkp Hargai Kesetiaan Rakyat


Nizam Zain Pengerusi Gerakan Tuntut Malaysia (TUNTUT), A'zlan Abu Bakar bercakap
kepada media selepas selesai membuat laporan polis berkaitan kesahihan
dokumen salah guna kuasa Tommy Thomas dan Lim Guan Eng berhubung kes
1MDB di IPD Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) digesa membatalkan bil elektrik pengguna sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tiga bulan lalu.
Pengerusi Gerakan Tuntut Malaysia (Tuntut), A’zlan Abu Bakar menegaskan, langkah itu wajar diambil sebagai satu penghargaan TNB kepada kesetiaan rakyat yang melanggan perkhidmatan itu sejak berpuluh tahun lamanya.
“Biarlah ia kali pertama atau sekali ini TNB memberikan penggunaan percuma sepanjang tempoh tiga bulan PKP ini untuk penggunaan kediaman rumah atau sumber elektrik 1 fasa.
“Percayalah, ramai pengguna yang terkesan teruk akibat PKP sehingga ada yang kehilangan sumber pendapatan.
“Dengan cadangan ini memohon ihsan TNB untuk menghargai pengguna yang setia selama ini dapatlah menyuntik semangat kepada mereka tanpa tekanan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, kadar penggunaan elektrik dalam sektor kediaman dilaporkan meningkat kira-kira 23 peratus sepanjang tempoh PKP berbanding penurunan 33 peratus penggunaan elektrik secara keseluruhannya di Semenanjung Malaysia.
Dalam pada itu, tidak dinafikan bahawa TNB adalah sebuah syarikat perniagaan dan bukanlah sebuah badan yang bersifat sepenuhnya sebagai kerajaan rakyat.
“Sudah pasti sesebuah perniagaan mengutamakan keuntungan. Namun begitu, TNB tidak wujud persaingan yang menyediakan perkhidmatan sumber elektrik ini.
“Ini juga menjadikan rakyat sebagai pengguna tiada pilihan dalam memilih perkhidmatan TNB sahaja jika melibatkan sumber elektrik.
“Sudah tiba masanya pengguna merasai penghargaan daripada TNB buat pertama kali memberikan caj percuma selama 3 bulan sepanjang tempoh PKP lalu,” katanya.
Langkah pengecualian bayaran ini mampu membantu keseluruhan rakyat yang sangat terkesan dengan sepanjang tempoh PKP yang kehilangan sumber pendapatan.
“Rakyat melahirkan rasa kekecewaan dan bebanan kewangan terlampau, ditambah pula dengan penyata bil elektrik yang diterima daripada TNB.
“Banyak perkara yang dipertikaikan oleh rakyat selaku pengguna dengan tindakan prorata untuk penjumlahan bil elektrik ini.
“Perkara ini harus dilihat dengan apa yang kita sebagai rakyat Malaysia bersama-sama sedang lalui akibat Covid-19 ini,” katanya.
Menurut A’zlan, TNB mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak 18.7 peratus kepada RM4.45 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 (TK2019) berbanding RM3.75 bilion pada 2018 yang diumumkan pada 8 Februari 2020 sebulan sebelum bermulanya PKP pada bulan Mac.
“Percayalah bahawa kejayaan ini adalah hasil dari sokongan pengguna selama ini yang setia bersama TNB.
“Kami juga akan menyerahkan memorandum pengguna kepada pihak TNB untuk dipertimbangkan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/batalkan-bil-elektrik-semasa-pkp-hargai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bil Elektrik Melambung Diskaun 50 Semasa Pkp Dicapati

Bil Elektrik Melambung Diskaun 50 Semasa Pkp Dicapati

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 383 hits
Dalam pengumuman pakej ransangan berjumlah RM250 bilion menghadapi wabak Covid 19 Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan rakyat akan menikmati potongan bayaran bil elektrik sehingga 50 sepanjang Perintah Kawalan Perge...
Menteri Tenaga Tidak Mampu Beri Solusi Masalah Bil Elektrik Tinggi

Menteri Tenaga Tidak Mampu Beri Solusi Masalah Bil Elektrik Tinggi

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 262 hits
Menteri Tenaga tidak mampu beri solusi masalah bil elektrik tinggi Oleh June 15 2020Kerajaan Perikatan Nasional dianggap gagal dalam menyelesaikan caj bil elektrik Tenaga Nasional Berhad melambung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergeraka...
Bagaimana Bil Elektrik Dikira Secara Prorata

Bagaimana Bil Elektrik Dikira Secara Prorata

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 388 hits
ISU bil elektrik yang dikatakan meningkat secara mendadak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan mula diperkatakan Pelbagai cerita timbul dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna Apa yang berlaku sebenarnya Bil dikatakan ...
Rakyat Patuh Sop Sejak Pkp Lagi Kerajaan Zahir Rasa Terima Kasih

Rakyat Patuh Sop Sejak Pkp Lagi Kerajaan Zahir Rasa Terima Kasih

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 303 hits
Semalam merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan yang berkuatkuasa bermula 10 Jun 2020 Kelonggaran yang diberi oleh kerajaan terutamanya berkaitan rentas negeri telah melegakan ramai rakyat Malaysia Hari pertama PKPP ke...
Bantuan Prihatin Elektrik Untuk Semua Rakyat Malaysia

Bantuan Prihatin Elektrik Untuk Semua Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 584 hits
Bagi mengurangkan beban pengguna domestik TNB ekoran peningkatan bil elektrik semasa tempoh PKP Bantuan Prihatin Elektrik telah diumumkan Dana bantuan ini dibiayai oleh Kerajaan menerusi Kumpulan Wang Industri Elektrik Kementerian Kewangan ...
Ralat Dalam Pengiraan Bacaan Sebenar Bil Elektrik

Ralat Dalam Pengiraan Bacaan Sebenar Bil Elektrik

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 648 hits
Bermula Mei 2020 Tenaga Nasional Berhad telah memulakan kembali kaedah mengambil bacaan sebenar pada meter Difahamkan pada 2 bulan sebelumnya bil dikeluarkan berdasarkan bacaan anggaran Apa yang menjadi persoalan para pengguna TNB adalah ju...
Semakan Semula Bil Elektrik Tnb Online

Semakan Semula Bil Elektrik Tnb Online

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 881 hits
SEMAKAN SEMULA BIL ELEKTRIK TNB ONLINE Ramai yang mengeluh dan mengadu Bagaimankah cara TNB mengira jumlah bil elektrik sebenarnya Jumlah bil elektrik adalah berdasarkan kepada bacaan meter Sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari TNB...
Beri Diskaun Pukal Bil Elektrik Tanpa Formula Rumit Shahril Hamdan

Beri Diskaun Pukal Bil Elektrik Tanpa Formula Rumit Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 553 hits
UMNO menyarankan pihak berwajib supaya memberikan diskaun secara pukal ke atas bil elektrik tanpa formula pengiraan yang rumit berdasarkan kepada bacaan terkini sebagai inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat untuk jangka masa pendek Ketua...
Isu Bil Elektrik

Isu Bil Elektrik

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 317 hits
TNB telah mengemukakan cadangan berkaitan isu bil elektrik kepada KeTSA dalam mesyuarat pagi tadi Saya bersama KSU KeTSA TKSU dan pegawai kanan KeTSA Suruhanjaya Tenaga meneliti dan membuat penilaian mengenainya Mesyuarat membuat keputusan ...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Brownies Monster Merbok

Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua