Bil Elektrik Melambung Diskaun 50 Semasa Pkp Dicapati



Dalam pengumuman pakej ransangan berjumlah RM250 bilion menghadapi wabak Covid 19, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan rakyat akan menikmati potongan bayaran bil elektrik sehingga 50% sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun apabila Tenaga Nasional Berhad kembali aktif memeriksa meter elektrik pengguna sejak pertengah Mei lalu, banyak rungutan terdengar dalam kalangan rakyat berhubung amaun bil elektrik melambung tinggi.
Kenaikan bukanlah akibat pengguna tidak faham bacaan elektrik melebihi dua bulan tetapi didakwa amaun melebihi nilai dua bulan pada hari-hari biasa penggunaan.
Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Akmal Nasir, rungutan rakyat itu berpunca daripada dasar kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang keliru dan bukannya kelemahan rakyat memahami bacaan meter elektrik.
“Perdana Menteri pada hujung Mac mengumumkan kerajaan akan memberikan diskaun elektrik sebanyak 15% – 50% sebulan. Malah diskaun ini diumumkan berkuatkuasa dari April 2020 selama 6 bulan.
“Diskaun yang dinyatakan mengikut blok tarif iaitu; diskaun 50 peratus bagi penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt; 25 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15 peratus bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt. Selebihnya diskaun 2 peratus.
“Pengumuman ini dibuat lebih daripada 2 bulan lalu namun sepanjang isu kenaikan bil elektrik dibangkitkan, Menteri masih gagal memberi penjelasan mengenai diskaun kepada pengguna.
“Adakah pengguna berhak menikmati diskaun ini sehingga Oktober 2020 atau tidak? Ini adalah isu pokok yang perlu diselesaikan,” kata Akmal dalam satu kenyataan.
Selain itu, Akmal juga membangkitkan isu bacaan bil melebihi sebulan dan biasanya dikenakan caj tambahan serta menghilangkan diskaun yang dijamin kerajaan.
Beliau menyalahkan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dr Shamsul Anuar Nasarah kerana tidak menyelesaikan asas kekusutan itu.
“Ini menimbulkan rungutan kerana kekhuatiran pengguna bahawa penggunaan elektrik yang melebihi blok tarif terendah akan dikira sebagai blok tarif berikutnya yang lebih tinggi. Perkara ini dapat diselesaikan dengan mengambil bacaan secara prorata yang memang menjadi amalan TNB.
“Sebenarnya tidak perlu timbul mengenai kekeliruan kaedah pengiraan bil jika Menteri komited daripada awal untuk membuat penjelasan yang mudah difahami,” katanya.
Sehubungan itu, Akmal menuntut agar diskaun yang diumumkan oleh Perdana Menteri direalisasikan.
Katanya, keuntungan yang diperoleh oleh TNB pada tahun ini dan juga terutamanya akibat peningkatan penggunaan elektrik di kawasan kediaman dipulangkan kepada rakyat.
“Ini penting dalam keadaan ramai yang kehilangan pekerjaan dan terpaksa berdepan dengan pendapatan yang lebih rendah,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28013

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bil Elektrik Makin Melambung Setiap Bulan Gunakan Tips Ni Untuk Jimat Tenaga Elektrik

Bil Elektrik Makin Melambung Setiap Bulan Gunakan Tips Ni Untuk Jimat Tenaga Elektrik

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 790 hits
Assalamualaikum salam Syawal bagaimana dengan bil elektrik selama PKP dan PKPB ni Sejak Mac April dan Mei duduk di rumah stay home kan Mesti guna elektrik pun banyak dan of course bil elektrik akan naik Lihat di media sosial ramai yang shar...
5997 Jom Kira Tawaran Diskaun Prihatin Bil Tnb Ketika Pkp Ppim 03 06 2020

5997 Jom Kira Tawaran Diskaun Prihatin Bil Tnb Ketika Pkp Ppim 03 06 2020

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 476 hits
Lakukan pengiraan bil ketika PKP anda dengan mudah menggunakan kalkulator tawaran diskaun PRIHATIN dengan memasukkan informasi bil anda seperti Jumlah penggunaan Tarikh mula kitaran bil Tarikh akhir kitaran bil Anggaran bil bagi bulan yang ...
Lubuk Rezeki Semasa Pkp Bekal Benih Udang Kara

Lubuk Rezeki Semasa Pkp Bekal Benih Udang Kara

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 457 hits
Oleh Noorazlina JindehKOTA KINABALU 19 MEI Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula sejak 18 Mac lalu pastinya menyebabkan sesetengah peniaga mahupun individu terjejas kerana terpaksa mengehadkan waktu operasi atau memberhentika...
Semakan Semula Bil Elektrik Tnb Online

Semakan Semula Bil Elektrik Tnb Online

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 923 hits
SEMAKAN SEMULA BIL ELEKTRIK TNB ONLINE Ramai yang mengeluh dan mengadu Bagaimankah cara TNB mengira jumlah bil elektrik sebenarnya Jumlah bil elektrik adalah berdasarkan kepada bacaan meter Sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari TNB...
Bil Elektrik Tinggi

Bil Elektrik Tinggi

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 509 hits
BIL ELEKTRIK TINGGI Ramai yang mengeluh dan membuat kritikan tentang bil elektrik melambung tinggi selepas PKP Anda sebagai pengguna yang bijak perlu mengetahui punca dan situasi sebenar tentang bil elektrik ini bagi memastikan anda mendapa...
Kerja Hilang Duit Makin Kurang Dan Tak Boleh Bayar Bil Itu Ini Akibat Pkp

Kerja Hilang Duit Makin Kurang Dan Tak Boleh Bayar Bil Itu Ini Akibat Pkp

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 543 hits
Time PKP ni ramai yang terkesan dengan apa yang berlaku Kerja hilang duit makin kurang tak boleh bayar itu ini dan jika berlanjutan PKP tak mustahil akan BANKRAP Tahu perasaan bagaimana bila bankrap Usahawan bernama Hafiz Mansor ni dah lalu...
Kenaikan Bil Elektrik Perikatan Nasional Jangan Cuci Tangan

Kenaikan Bil Elektrik Perikatan Nasional Jangan Cuci Tangan

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 322 hits
Saya ingin merujuk kepada rungutan dan tidak puas hati rakyat terhadap kenaikan bil elektrik Tenaga Nasional Berhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Perkara ini mula ditimbulkan di laman sosial sekitar 19 Mei 2020 iaitu hampir 2 minggu...
Cara Bayar Bil Elektrik Online Maybank2u

Cara Bayar Bil Elektrik Online Maybank2u

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 855 hits
Ini cara bayar bil elektrik online dengan Maybank2U yang sangat mudah selamat dan tak perlu beratur di pejabat Pos mahu pun perlu cari kedai 7E Ada pelbagai cara bayar bil elektrik online sama ada melalui Maybank2U CIMB Clicks atau di aplik...
Persediaan Belajar Dari Rumah Hadapi Pkp Dengan Tenang

Persediaan Belajar Dari Rumah Hadapi Pkp Dengan Tenang

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 613 hits
Bismillahirrahmannirrahim semoga kita semua masih dalam keadaan terkawal dan dapat hidup dalam keadaan yang baik dan aman Malah mental dan fizikal juga masih waras seperti sediakala InsyaAllah Jika hari ini hasil bacaan dapati bahawa pembel...
Give An Inch Take A Mile Pas Cries Foul With Serving Of Alcohol At Ipoh S St Michael S Alumni Gathering

Asia S First Lego Ferrari Build Race Zooms Into Legoland Malaysia This November

Hari Kanak Kanak Tema Kerjaya Di Sekolah Adha

Isu Dokumentasi Setiausaha Agung Fam Digantung Tugas Serta Merta

Misteri Harta Karun Terkenal Di Dunia

Pelancaran Global Siri Oppo Find X9 Pada 28 Oktober Ini

Permainan Interaktif Dan Warga Emas Hiburan Latihan Minda Dan Masa Depan Malaysia

Pempengaruh Media Sosial Rambo Castello Meninggal Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Obelisk Simbol Purba Tiang Syaitan

Tasteful Tonti A 1981 Moto Guzzi 850 Le Mans Iii By Foundry

Keputusan Piala Fa 17 Oktober 2025

Glenn Sebastian Feat Rynel Echon Percuma Chord

Doa 18 Oktober 2025

Pihak Berkuasa Tidak Tolak Kemungkinan Wujud Pembabitan Orang Dalam Kes Curi Kabel Dan Komponen Ecrl