Bagaimana Bil Elektrik Dikira Secara Prorata


ISU bil elektrik yang dikatakan meningkat secara mendadak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula diperkatakan. Pelbagai cerita timbul dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna.
Apa yang berlaku sebenarnya? Bil dikatakan tinggi berpunca daripada isu bacaan meter. Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi anda kefahaman mengenai isu ini.
Apa yang perlu anda tahu adalah operasi membaca meter dan penyerahan bil fizikal telah dihentikan sementara waktu ketika PKP dilaksanakan mulai 18 Mac 2020.
Mengapa bacaan meter dihentikan? Ia penting untuk menjaga keselamatan para pelanggan dan warga kerja dengan persetujuan Suruhanjaya Tenaga.
Justeru itu, bil anggaran dikira bagi bulan Mac – Mei berdasarkan penggunaan elektrik pada bulan sebelumnya. Salinan bil boleh didapati secara dalam talian (online) iaitu di aplikasi atau portal myTNB (www.mytnb.com.my)
Bagaimanapun, mulai 15 Mei 2020, operasi membaca meter telah disambung semula. Bil sebenar dikeluarkan berdasarkan penggunaan sebenar elektrik bagi bulan-bulan sebelumnya iaitu bulan Mac hingga Mei. Jumlah bil sebenar mungkin lebih tinggi daripada bil anggaran memandangkan anda berada di rumah sepanjang tempoh PKP.
Jumlah bil sebenar dan bil anggaran akan diselaraskan walaupun pelanggan telah membayar bil anggaran.
Prinsip Pengiraan Bil Elektrik Secara Prorata
Anda mungkin pernah mendengar bahawa bil anda dikira secara prorata. Apa yang dimaksudkan dengan bil prorata?
Proses pengiraan bil secara prorata telah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga dan telah digunakan oleh syarikat-syarikat utiliti lain di serata dunia.
Contoh pengiraan:
Anda menerima bil elektrik pada 21 Mei 2020 yang mempamerkan penggunaan sebenar elektrik berjumlah
950 kWj. Andaikan bil bulan Mac dan April anda adalah bil anggaran dan tempoh keseluruhan bagi bil
Mac, April dan Mei ialah 91 hari.
Kaedah prorata digunakan bagi memastikan pelanggan tidak dikenakan caj berlebihan. Bagi kes di atas:
• Jumlah 91 hari tempoh bil yang dibahagi dengan 30 hari akan menghasilkan faktor prorata
3.0333 (91/30 = 3.03)
• Terdapat 5 blok tarif bergantung kepada penggunaan elektrik
• Bagi kedua-dua kes di atas, sekiranya pelanggan telah membayar bil anggaran mereka, jumlah amaun yang telah dibayar akan ditolak daripada jumlah keseluruhan seperti di atas
• Diskaun Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE), Cukai Perkhidmatan dan surcaj Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) juga akan ditambah/ditolak dari amaun di atas
• Anda akan menerima brosur pengiraan prorata bersama-sama bil fizikal anda
Sekiranya anda mempunyai soalan atau penjelasan mengenai bil elektrik anda:
– Hubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454
– E-mel ke [email protected]
– Layari aplikasi atau portal myTNB di www.mytnb.com.my
– Kunjungi Kedai Tenaga berhampiran
– Semak bil menggunakan Kalkulator Bil di laman www.tnb.com.my/prihatin
The post Bagaimana bil elektrik dikira secara prorata? appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/15/bagaimana-bil-elektrik-dikira-secara-prorata/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bagaimana-bil-elektrik-dikira-secara-prorata

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Bil Elektrik

Isu Bil Elektrik

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 320 hits
TNB telah mengemukakan cadangan berkaitan isu bil elektrik kepada KeTSA dalam mesyuarat pagi tadi Saya bersama KSU KeTSA TKSU dan pegawai kanan KeTSA Suruhanjaya Tenaga meneliti dan membuat penilaian mengenainya Mesyuarat membuat keputusan ...
Bil Elektrik Melambung Diskaun 50 Semasa Pkp Dicapati

Bil Elektrik Melambung Diskaun 50 Semasa Pkp Dicapati

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 388 hits
Dalam pengumuman pakej ransangan berjumlah RM250 bilion menghadapi wabak Covid 19 Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan rakyat akan menikmati potongan bayaran bil elektrik sehingga 50 sepanjang Perintah Kawalan Perge...
Beri Diskaun Pukal Bil Elektrik Tanpa Formula Rumit Shahril Hamdan

Beri Diskaun Pukal Bil Elektrik Tanpa Formula Rumit Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 555 hits
UMNO menyarankan pihak berwajib supaya memberikan diskaun secara pukal ke atas bil elektrik tanpa formula pengiraan yang rumit berdasarkan kepada bacaan terkini sebagai inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat untuk jangka masa pendek Ketua...
Cara Kurangkan Bil Elektrik

Cara Kurangkan Bil Elektrik

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 438 hits
Ramai mengadu bil TNB naik mendadak Ibarat wang masuk poket kiri melalui agihan BPN kemudian wang keluar poket kanan melalui bil TNB Jadi Mak Cik Kiah nak mengadu kat siapa 1 Kita cuba Menteri Tenaga Menterinya Shamsul Anuar Dia kata bukan ...
Kementerian Panggil Tnb Beri Penjelasan Isu Kenaikan Bil Elektrik

Kementerian Panggil Tnb Beri Penjelasan Isu Kenaikan Bil Elektrik

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 436 hits
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah memanggil Tenaga Nasional Berhad untuk memberi penjelasan berhubung kenaikan bil elektrik sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan sehingga menimbulkan rungutan rakyat Menterinya Dr Shamsul Anua...
Ralat Dalam Pengiraan Bacaan Sebenar Bil Elektrik

Ralat Dalam Pengiraan Bacaan Sebenar Bil Elektrik

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 672 hits
Bermula Mei 2020 Tenaga Nasional Berhad telah memulakan kembali kaedah mengambil bacaan sebenar pada meter Difahamkan pada 2 bulan sebelumnya bil dikeluarkan berdasarkan bacaan anggaran Apa yang menjadi persoalan para pengguna TNB adalah ju...
Menteri Tenaga Tidak Mampu Beri Solusi Masalah Bil Elektrik Tinggi

Menteri Tenaga Tidak Mampu Beri Solusi Masalah Bil Elektrik Tinggi

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 266 hits
Menteri Tenaga tidak mampu beri solusi masalah bil elektrik tinggi Oleh June 15 2020Kerajaan Perikatan Nasional dianggap gagal dalam menyelesaikan caj bil elektrik Tenaga Nasional Berhad melambung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergeraka...
Jumlah Bil Elektrik Dari Bulan March Hingga Jun

Jumlah Bil Elektrik Dari Bulan March Hingga Jun

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 394 hits
Ramai yang berkongsi bil elektrik masing masing dan rata2 nya ramai yang tak berpuas hati dengan jumlah bil elektrik mereka Rumah saya ni bil baru sampai hari ni Dan jumlah untuk 2 bulan penggunaan cuma 243 69 Bil dari April hingga 12 Jun M...
Batalkan Bil Elektrik Semasa Pkp Hargai Kesetiaan Rakyat

Batalkan Bil Elektrik Semasa Pkp Hargai Kesetiaan Rakyat

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 325 hits
Pengerusi Gerakan Tuntut Malaysia A zlan Abu Bakar bercakap kepada media selepas selesai membuat laporan polis berkaitan kesahihan dokumen salah guna kuasa Tommy Thomas dan Lim Guan Eng berhubung kes 1MDB di IPD Petaling Jaya Selangor foto ...
Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

7 Malaysian Habits That Drive Us Crazy

Resepi Ayam Goreng Ala Kfc

Kursus Kenegaraan Pelatih Ecrl

Kari Sardin Sedap

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences

Cikguku Paling Ohsem


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Locked Up In San Diego How Bail Bonds Get You Home Fast

Selamat Hari Guru

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Lukisan Asli Jauh Dari Pengaruh Ai Hasil Assignment Pelajar Tahun 1980 An Buat Netizen Kagum

Lagi Kes Lori Warden Penjara Maut Digilis Lori Simen Dipercayai Kerana Brek Rosak

Kacang Panjang Tumis Hati Ayam Berempah