Bapa Kemurungan Kelar Leher 2 Anaknya Ketika Isterinya Sedang Mandi




Seorang bapa mengaku telah membunuh dua anaknya yang masih kecil di rumah ketika isterinya sedang berada di bilik mandi, sebelum cuba mencederakan dirinya menggunakan pisau yang sama digunakan untuk membunuh mangsa.


Nadarajah Nithiyakumar, 41, menyerang dan membunuh anak lelakinya, Nigish, 3, dan anak perempuannya, Pavinya, 19 bulan di rumah mereka di Ilford, London, pada 26 April lalu. 


Ibu mangsa yang dikenali sebagai Nisa, berada di bilik mandi ketika suaminya melakukan pembunuhan itu terkejut apabila mendapati keadaan mangsa dan terus menghubungi pihak polis. 


Pavinya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Nigish dikejarkan ke hospital di Whitechapel untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Malangnya, dia tidak sempat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia. 


Nithiyakumar juga dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan serius selepas dia cuba mencederakan dirinya. Sebaik dibenarkan keluar dari hospital, lelaki itu terus didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh anak-anaknya. 


Dalam keterangan kepada polis, Nithiyakumar menjelaskan kepada pegawai penyiasat dengan terperinci bagaimana dia membunuh anak-anaknya ddengan menggunakan pisau kerana dia mahu membunuh dirinya. Bimbang anak-anaknya menderita tanpa bapa, dia mengambil keputusan untuk membunuh dua anaknya itu terlebih dahulu. 


Nithiyakumar juga mengatakan dia mengalami kemurungan dan semasa bekerja di kedai runcit, pelanggan selalu membuat dia rasa kecewa sehingga dia pernah terfikir untuk membunuh diri. 


Tertuduh mengaku bersalah di atas dua pertuduhan membunuh tersebut tetapi tidak mengaku bersalah kerana membunuh. Pengakuan tertuduh membuatkan isterinya yang turut hadir ke mahkamah menangis. 


Pendakwa Raya Duncan Atkinson memberitahu mahkamah, pakar psikiatri bersetuju bahawa tertuduh mengalami gangguan khayalan (Delusional Disorder) ketika melakukan pembunuhan tersebut. Adalah jelas bahawa gangguan itu yang menyebabkan tertuduh membunuh anak-anaknya. 


Hakim Justice Cutts bersetuju menangguhkan penetapan hukuman sehingga 10 Disember dan akan mengarahkan Nithiyakumar menjalani pemeriksaan mental bagi mengetahui sama ada tertuduh berbahaya kepada orang ramai atau tidak. 


"Saya tidak akan menjatuhkan hukuman kepada kamu hari ini. Saya memerlukan maklumat lebih lanjut dari doktor dan mendengar sendiri bukti dari mereka sebelum saya membuat keputusan hukuman apa yang sesuai untuk kamu," katanya. 


Nithiyakumar dihantar semula ke pusat kesihatan mental di timur London di tempat dia dirawat pada masa ini.


Sumber: Daily Mail 


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/11/bapa-kemurungan-kelar-leher-2-anaknya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragis Pukul Anak Dengan Kayu Ketika Kelas Online Bapa Ditahan

Tragis Pukul Anak Dengan Kayu Ketika Kelas Online Bapa Ditahan

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 431 hits
Tragis pukul anak dengan kayu ketika kelas online bapa ditahanPolis menahan seorang lelaki disyaki memukul anak perempuannya semasa kelas online gambar hiasanKISAH tragis apabila seorang pelajar disyaki dipukul bapanya ketika kelas secara d...
Bakal Bergelar Bapa Grab Food Rider Maut Dilanggar Lari Ketika Hantar Tempahan Al Fatihah

Bakal Bergelar Bapa Grab Food Rider Maut Dilanggar Lari Ketika Hantar Tempahan Al Fatihah

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 422 hits
Sejak pagi tadi tular di media sosial berkenaan gambar seorang Food Rider yang meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori pasir di persimpangan masuk Manjalara sekitar jam 2 petang semalam Dilanggar lari Mangsa dik...
Pelajar Sekolah Rendah Lemas Ketika Mandi Di Tali Air Di Tanjung Piandang

Pelajar Sekolah Rendah Lemas Ketika Mandi Di Tali Air Di Tanjung Piandang

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 263 hits
PARIT BUNTAR Seorang pelajar perempuan sekolah rendah di sini ditemui lemas ketika mandi di dalam parit tali air Sungai Betul Bawah Tanjung Piandang dekat sini petang semalam Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata mangsa Nur Fara...
Remaja Maut Disambar Petir Ketika Sedang Asyik Mendengar Lagu Di Handphone

Remaja Maut Disambar Petir Ketika Sedang Asyik Mendengar Lagu Di Handphone

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 441 hits
Menggunakan telefon bimbit di bilik tidak menjamin seseorang itu selamat dari kemungkinan disambar petir Ini berikutan berlakunya satu kes di mana seorang remaja lelaki meninggal dunia akibat disambar petir ketika sedang asyik mendengar lag...
Kaki H4ncur Ketika Hulur Pert0longan Bapa Pula Hid4p K4nser Lelaki Ini Tetap Gagah Untuk Besarkan 3 Anak

Kaki H4ncur Ketika Hulur Pert0longan Bapa Pula Hid4p K4nser Lelaki Ini Tetap Gagah Untuk Besarkan 3 Anak

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 302 hits
BERSTATUS Orang Kelainan Upaya namun itu bukanlah alasan untuk lelaki ini bermalas malasan mencari rezeki Dengan kudrat yang terhad lelaki ini bersama isterinya mengusahakan perniagaan secara kecil kecilan dengan menjual aneka kerepek popia...
Bapa Di Dakwa Sembilan Lagi Tuduhan Seks Luar Tabii Amang Seksual Terhadap Anaknya

Bapa Di Dakwa Sembilan Lagi Tuduhan Seks Luar Tabii Amang Seksual Terhadap Anaknya

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Seorang bapa yang menghadapi 41 pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap anak perempuannya berumur 15 tahun sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas sembilan pertuduhan melakukan seks di luar ...
Haram Jadah Kedarah Ketika Rakyat Sedang Susah

Haram Jadah Kedarah Ketika Rakyat Sedang Susah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 221 hits
Dengan bangga keluarkan dalil untuk menunjukkan sikap bertanggungjawab menaikkan gaji ketika rakyat negeri paling miskin di Semenanjung Malaysia ini yang menghadapi perbelanjaan negetif Berpuluh tahun memerintah sampai air pun tak dapat sed...
Kkm Saran Jangan Adakan Pilihan Raya Ketika Ini

Kkm Saran Jangan Adakan Pilihan Raya Ketika Ini

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 337 hits
PUTRAJAYA 27 OKT Kementerian Kesihatan hari ini menyarankan agar tidak mengadakan sebarang pilihan raya buat masa ini kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Bagaimanapun beliau berkata sekiranya pilihan raya itu tidak...
Punca Kanak Kanak Kecil Berdengkur Kuat Ketika Tidur Malam

Punca Kanak Kanak Kecil Berdengkur Kuat Ketika Tidur Malam

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 373 hits
Punca Kanak kanak Kecil Berdengkur Kuat Ketika Tidur MalamPunca Kanak kanak Kecil Berdengkur Kuat Ketika Tidur Malam Anak saya daripada lahir dia memang tidur berdengkur Masa umur 2 tahun dia baru ada 2 perkataan yang dia pandai sebut 2 tah...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam