Kkm Saran Jangan Adakan Pilihan Raya Ketika Ini


PUTRAJAYA, 27 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menyarankan agar tidak mengadakan sebarang pilihan raya buat masa ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya pilihan raya itu tidak dapat dielakkan, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mereka akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meneliti kaedah berbeza untuk melaksanakan pilihan raya.
“(Pertama) tidak boleh rentas sempadan, tiada rentas daerah dan tidak boleh balik kampung untuk pilihan raya. Kedua, tidak dibenarkan perhimpunan dan ketiga, tiada lawatan rumah ke rumah. Jadi ini adalah tiga isu utama yang kami perlu bincangkan dengan SPR sama ada kita boleh laksanakan undi pos dan sebagainya. Kami akan terus berbincang dengan SPR untuk memperbaiki keadaan.
“Kami hanya boleh memberi cadangan. Jika ia tidak dapat dielakkan, pilihan raya perlu dilakukan, di bawah Perlembagaan, maka kita perlu meneliti SOP (tatacara operasi piawai) bagaimana kita boleh menjalankan pilihan raya dan meminimumkan jangkitan.
“Walaupun SOP itu ada, tetapi apa yang lebih penting adalah pematuhan SOP. Saya rasa kita telah melihat dan mempelajari dari Sabah (pilihan raya). Kita harap kita tidak perlu ulangi konsekuens daripada pilihan raya ini di negeri lain,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan harian Covid-19 di sini hari ini.
Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan berbincang dengan SPR mengenai SOP yang lebih ketat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi yang bakal diadakan 5 Disember ini, bagi menjamin kesihatan penduduk yang akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil itu.
Ismail Sabri juga berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pilihan raya kerana ia terletak di bawah bidang kuasa SPR.
Sementara itu, Dr Noor Hisham juga turut menasihatkan badan bukan kerajaan (NGO) yang merancang untuk membantu mereka yang terjejas dengan pandemik Covid-19, berbuat demikian di bawah kelolaan KKM.
Beliau berkata ini akan memastikan semua peserta akan diberi latihan asas seperti kawalan jangkitan serta penyelarasan dari segi lokasi yang hendak dituju dan apa yang perlu dilakukan, justeru kedua-dua pihak saling melengkapi.
“Ada dua jenis NGO. Satu yang pergi sendiri tanpa memaklumkan kepada KKM, tetapi apa yang merisaukan kami, mereka akan dijangkiti terutama NGO yang tidak mempunyai pengalaman dari segi kawalan jangkitan. Niat itu bagus tetapi kita juga perlu melindungi NGO.
“Lihatlah barisan hadapan kita, mereka juga turut dijangkiti apatah lagi NGO yang turun di lapangan. Kita juga sudah mempunyai beberapa NGO yang telah mewujudkan kluster, yang balik dari Sabah, sudah ada kluster baharu. Di Selangor contohnya, segelintir petugas kami juga dijangkiti,” katanya.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/10/kkm-saran-jangan-adakan-pilihan-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakan Pilihan Raya Ketika Covid 19 Bahayakan Nyawa Rakyat Keadilan Sarawak

Adakan Pilihan Raya Ketika Covid 19 Bahayakan Nyawa Rakyat Keadilan Sarawak

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 313 hits
Tindakan mengadakan pilihan raya tahun ini termasuk Pilihan Raya Negeri ketika wabak COVID 19 masih berleluasa adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan hanya mengundang bahaya kepada nyawa rakyat kata Naib Presiden KEADILAN Dr Michael Teo Y...
Kerajaan Kaji Akta Proses Pilihan Raya Ketika Pandemik Covid 19

Kerajaan Kaji Akta Proses Pilihan Raya Ketika Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 379 hits
KUALA LUMPUR 2 NOV Kerajaan akan mengkaji cadangan mewujudkan akta tertentu yang melibatkan proses pilihan raya bagi mengekang penularan wabak Covid 19 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata tidak dinafi...
Kkm Perlu Sop Baru Jika Tak Dapat Elak Pilihan Raya

Kkm Perlu Sop Baru Jika Tak Dapat Elak Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 308 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia lebih memilih agar tiada pilihan raya buat masa ini di saat negara masih bergelut dengan wabak Covid 19 kata ketua pengarahnya Dr Noor Hisham Abdullah Syor kami adalah tidak mengadakan pilihan raya Tetapi jika...
Isu Covid 19 Penangguhan Pilihan Raya Antara Menu Hari Pertama Dewan Rakyat

Isu Covid 19 Penangguhan Pilihan Raya Antara Menu Hari Pertama Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 367 hits
KUALA LUMPUR Persidangan hari pertama Dewan Rakyat bagi sesi Mesyuarat Ke 3 Penggal Ke 3 Parlimen ke 14 hari ini akan menjawab banyak persoalan mengenai Covid 19 dan usaha kerajaan dalam menanganinya termasuk dalam hal berkenaan pilihan ray...
Eur Usd 22 Oktober Laporan Cot Mata Wang As Tidak Popular Kerana Pilihan Raya Akan Datang Dan Ketidakmampuan Kongres

Eur Usd 22 Oktober Laporan Cot Mata Wang As Tidak Popular Kerana Pilihan Raya Akan Datang Dan Ketidakmampuan Kongres

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 243 hits
EUR USD 1H Pada 21 Oktober pasangan EUR USD meneruskan proses pertumbuhan hampir sepanjang hari Namun malam tadi pembalikan menyokong mata wang AS dilakukan dan penyatuan di bawah koridor aliran menaik Oleh itu mood peniaga boleh berubah me...
Jangan Balik Kampung Ketika Ini Bertanggungjawab Kah Kita

Jangan Balik Kampung Ketika Ini Bertanggungjawab Kah Kita

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 368 hits
kredit Public Health MalaysiaAssalamualaikum dan selamat malam kepada sahabat sahabat semua Malam ini Naim hendak nasihat kepada semua orang di luar sana Jika kita berada di red zone di nasihatkan tidak pulang ke kampung halaman masing masi...
Pilihan Raya As Akan Mempengaruhi Aliran Dolar Gambaran Keseluruhan Usd Eur Gbp

Pilihan Raya As Akan Mempengaruhi Aliran Dolar Gambaran Keseluruhan Usd Eur Gbp

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 294 hits
Kedudukan jual mengukuh pada dolar merosot lagi sebanyak 887 juta menjadi 27 066 bilion kali ini Jumlah kedudukan jual masih ketara tetapi trend adalah jelas Sekiranya kita melihat laporan terperinci laporan tersebut tidak memberikan alasan...
Bank Sedang Menunggu J Biden Dan Parti Demokratnya Untuk Memenangi Pilihan Raya

Bank Sedang Menunggu J Biden Dan Parti Demokratnya Untuk Memenangi Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 281 hits
Keputusan pilihan raya AS jelas akan menentukan untuk menilai prospek pasaran global kerana semakin berhampiran Oleh demikian tiada faktor lain yang dapat mempengaruhi mood pelabur Sejak minggu bermula terdapat permintaan yang meningkat unt...
Tidak Sesuai Pilihan Raya Dalam Masa Terdekat Dr Noor Hisham

Tidak Sesuai Pilihan Raya Dalam Masa Terdekat Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 213 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini COVID 19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya foto HAZROL ZAINAL PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan a...
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Hoon Goreng Untuk Tetamu Dari Cardiff

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Jangkitan Luka Pada Kaki

Daftar Lengkap Pembatal Shalat Dan Penjelasannya

Characteristics Of Thehulk88

Domain Portfolio Generating Income