Bapa Di Dakwa Sembilan Lagi Tuduhan Seks Luar Tabii Amang Seksual Terhadap Anaknya


 


KUALA LUMPUR -- Seorang bapa yang menghadapi 41 pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap anak perempuannya berumur 15 tahun, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini, atas sembilan pertuduhan melakukan seks di luar tabii dan amang seksual ke atas mangsa sama.
Pengusaha syarikat pembersihan berumur 42 tahun itu mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.
Lelaki itu didakwa atas enam pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan anak kandungnya berumur 15 tahun 11 bulan, di sebuah bilik di rumah tertuduh di sebuah taman perumahan di Bukit Antarabangsa di sini, pada 8 pagi dan 3 petang, antara 19 hingga 29 Okt lalu.
Pendakwaan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan  hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Dia turut didakwa atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama, hujung September 2019 hingga awal Mac 2020, pukul 3 pagi dan 8.30 pagi, di lokasi serupa, mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama, yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya S. Sangitaa tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan itu adalah serius dan tertuduh kini menghadapi 50 pertuduhan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya  jaminan dibenarkan kerana dia mempunyai tanggungjawab ke atas syarikat dan perlu menjaga kebajikan pekerja serta perlu menjaga isteri dan empat anaknya.
"Segala tuduhan terhadap saya hanya spekulasi semata-mata kerana saya belum didapati bersalah. Mangsa sudah tidak tinggal bersama saya kerana dia kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan JKM akan menghalang saya mengganggu mangsa," katanya.
Norhazani tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Dis ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
Difahamkan, mangsa merupakan anak tunggal tertuduh dengan bekas isteri yang tinggal di Kuala Nerang, Kedah dan dia mendapat hak penjagaan ke atas mangsa tahun lepas.
Semalam, lelaki itu mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas 41 pertuduhan melakukan sumbang mahram, seks di luar tabii dan amang seksual terhadap mangsa sejak Januari hingga Oktober lalu, di rumah sama.
Norhazani semalam tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/11/bapa-du-dakwa-sembilan-lagi-tuduhan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eizlan Dakwa Tuduhan Hans Isaac Adalah Palsu

Eizlan Dakwa Tuduhan Hans Isaac Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 391 hits
PETALING JAYA Datuk Seri Eizlan Yusof mendakwa tuduhan yang dibuat Datuk Hans Isaac terhadapnya adalah palsu Menurut Datuk Eizlan Yusof yang juga Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Datuk Hans Isaac menyatakan penglibatan Eizla...
Ejen Insurans Dakwa Polis Keluarkan Saman Terhadapnya Secara Salah Atas Tuduhan Memandu Menggunakan Handphone

Ejen Insurans Dakwa Polis Keluarkan Saman Terhadapnya Secara Salah Atas Tuduhan Memandu Menggunakan Handphone

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 322 hits
Seorang ejen insurans mendakwa dia telah disaman secara salah atas tuduhan menggunakan telefon bimbit ketika memandu Sau Peng Wan 36 berkata dia ditahan di sekatan jalan raya di Jalan Sultan Nazrin Shah ketika dalam perjalanan ke Greentown ...
Kelahiran Wajib Didaftar Biarpun Ibu Bapa Terkandas Di Luar Negara Kdn

Kelahiran Wajib Didaftar Biarpun Ibu Bapa Terkandas Di Luar Negara Kdn

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 306 hits
Firdaus AzilUndang undang tersebut menyatakan tanggungjawab mendaftarkan kelahiran tanpa mengira taraf kewarganegaraan keturunan atau latar belakang Gambar fail KUALA LUMPUR Ibu atau bapa atau mana mana individu yang mengetahui mengenai ses...
Adun Ketari Dakwa Kebimbangan Penduduk Terhadap Pencemaran Sungai Kenui Berasas

Adun Ketari Dakwa Kebimbangan Penduduk Terhadap Pencemaran Sungai Kenui Berasas

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 551 hits
BENTONG Kebimbangan penduduk berhubung pencemaran Sungai Kenui di kawasan hutan Lentang Bentong kerana kerja kerja penerokaan tanah bagi tujuan pembalakan ada asasnya Perkara itu diakui Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari Young Syefura Othman...
Bapa Kemurungan Kelar Leher 2 Anaknya Ketika Isterinya Sedang Mandi

Bapa Kemurungan Kelar Leher 2 Anaknya Ketika Isterinya Sedang Mandi

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 284 hits
Seorang bapa mengaku telah membunuh dua anaknya yang masih kecil di rumah ketika isterinya sedang berada di bilik mandi sebelum cuba mencederakan dirinya menggunakan pisau yang sama digunakan untuk membunuh mangsa Nadarajah Nithiyakumar 41 ...
Kes Bunuh Adik Dan Bapa Dakwa Mangsa Sanggup Korban Cita Cita Demi Jaga Ibu

Kes Bunuh Adik Dan Bapa Dakwa Mangsa Sanggup Korban Cita Cita Demi Jaga Ibu

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 410 hits
KUALA TERENGGANU Sedih rasa macam mimpi kakak dah takde kata Siti Nurliyana Syuhada Ismail 15 adik kepada Siti Nur Surya 19 yang mati dibunuh rakan sendiri di ruang tamu rumah keluarganya di Kampung Lubok Batu Telemong semalam Katanya pemer...
Dakwa Dihalang Dsv Bapa Kandung Cik B Kacak Failkan Tuntutan Hadhadah

Dakwa Dihalang Dsv Bapa Kandung Cik B Kacak Failkan Tuntutan Hadhadah

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 521 hits
Sebagai bapa saya amat rindukan mereka Saya tidak mahu hak penjagaan Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang singkat source
Suasana Hari Pertama Masjidil Haram Dibuka Untuk Jemaah Umrah Luar Negeri

Suasana Hari Pertama Masjidil Haram Dibuka Untuk Jemaah Umrah Luar Negeri

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 781 hits
Suasana Hari Pertama Masjidil Haram Dibuka untuk Jemaah Umrah Luar Negeri Arab Saudi semakin memperlonggar pembatasan yang sebelumnya diterapkan di Mekkah dan Madinah sebagai upaya mencegah penyebaran Covid 19 Kini umat Islam dari luar nege...
Data 31 Oktober 2020 Wni Positif Covid 19 Di Luar Negeri Capai 1 699 Orang

Data 31 Oktober 2020 Wni Positif Covid 19 Di Luar Negeri Capai 1 699 Orang

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 296 hits
Menteri Luar Negeri RI Retno Marsudi mencatat warga negara Indonesia yang positif Covid 19 di luar negeri mencapai 1 699 orang
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lelaki Asal Tambunan Hilang Di Hutan Simpan Tekal Tembeling Jerantut Pahang

Ikan Baung Sebesar Budak Darjah Enam

Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured