Bapa Ini Kongsi 9 Tips Suami Nak Teman Isteri Di Labour Room Jangan Lupa Buat 6 Perkara Ini


Kehadiran suami di dewan bersalin bukan sekadar memotong tali pusat anak sahaja. Tip yang dikongsikan bapa ini boleh dijadikan panduan kepada bapa-bapa lain.
Menghadapi saat kelahiran bayi memang ditunggu-tunggu bagi mama & papa. Tapi bila memikirkan sakit kontraksi berjam-jam lamanya serta proses meneran yang mencabar di dewan bersalin, ‘seram sejuk’ jadinya.
En Akhtar Syamir telah berkongsi pengalamanya menemani isterinya, Puan Nor Azni bersalinkan anak ketiga mereka. Ia wajar dijadikan panduan kepada bapa-bapa lain. Jangan biarkan isteri bertarung nyawa di dewan bersalin seorang diri! Berikut ialah perkongsian beliau;

Apa sebenarnya yang berlaku di dalam dewan bersalin dan peranan suami.
“Suami kepada Cik Nora Azni, sila daftar dan masuk labour room”.
Ayat yang dah 3 hari saya tunggu akhirnya kedengaran. Ini kali ketiga dalam hidup, saya akan menghadapi situasi ini.
Kononnya sudah biasa, dalam hati membayangkan nak tenang – tenang je masuk labour room.
Tapi, baru sampai kat pengawal yang jaga dewan bersalin, saya dah terkial – kial nak isi buku pelawat. Tiba – tiba jadi tak reti nak isi ruangan nama, nombor kad pengenalan dan lain – lain. Pengawal tu pun dah pandang semacam je.
#1: LUANGKAN MASA  
Masuk pintu pertama, saya disambut dengan almari baju putih ala – ala baju doktor. Hampir terlupa bab kena pakai baju nie. Baju disarung dengan peluh sejuk yang mula keluar di dahi. “Ko nie dah kenape? Kawal diri tu sikit”, kata saya kepada diri sendiri. Entah kenapa masa ni ada 2 karakter pulak. Haha.. Baju putih yang ketat di ketiak terus saya sarung sambil menuju ke labour room.
Setelah mendapat kebenaran jururawat, saya masuk dan disambut dengan senyuman si isteri. Belum sakit lagi barangkali. Mesti dia lega saya ada.
#2: MENEMANI ISTERI DI DEWAN BERSALIN
“Terima kasih abang sebab sentiasa ada dengan sayang”, kata isteriku sambil tersenyum manis. 3 kali dah saya di sini. 3 kali juga isteri saya bakal merasakan kesakitan yang amat sangat. Rasa bersalah ada, rasa kesian pun ada.
Tangan dia sentiasa saya usap. Dia meminta kebenaran untuk tanggalkan tudung. Tadi nampak jugak 2 orang Doktor pelatih lelaki. Awal – awal masuk tadi kami dah pesan dengan nurse yang kami nak Doktor perempuan sahaja. “Boleh, jangan bimbang” katanya.
Kami ditemani dengan bunyi degupan jantung baby dari salah satu alat di dalam dewan bersalin ni. Alhamdulillah aktif bunyinya. Mungkin baby pun tengah bersedia untuk keluar.
“Puan nak makan ubat tahan sakit tak?”, soal seorang nurse yang baru sahaja masuk. Kami pun macam terpinga – pinga sebab bersalin sebelum ni memang tak pernah ada orang tawarkan ubat tahan sakit. Rupanya disebabkan jantung baby ok dan bukaan baru 4cm. Dia tawarkan ubat tu sebab kemungkinan lama lagi tunggu dan nanti bila dah mula sakit, tak boleh dah ambil ubat tu.
#3: MENGURUT & SOKONGAN SEMASA KONTRAKSI
Sambil berbual – bual, saya urut – urut badan dan usap kepala isteri untuk beri dia selesa. Sedar – sedar dia dah tidur. Ubat dah berkesan la tu.
Aduhhhh.. Sakitnya tangan kena cengkam. Rupanya “contraction” isteri dah mula. Saya pun mula rekod masa dan jarak masa bila ianya terjadi. Makin lama makin kerap. Makin lama makin panjang. Makin lama nampak makin sakit.

#4: DATANGKAN KEINSAFAN KEPADA DIRI
Masa inilah. Memang masa inilah. Kalau tidak datang keinsafan dalam diri, memang hati tu dah mati. Di depan saya, orang yang paling saya cintai sedang mengalami kesakitan yang amat sangat tanpa saya boleh buat apa – apa pun. Sakitnya sehingga air mata dia mengalir. Bila “contraction” itu berhenti, baru dia lega. Besar sungguh pengorbanan isteri. Fikir saya dalam hati.
#5: PEKA DENGAN TAHAP KESAKITAN ISTERI
Alat sedut gas tu dah macam takde kesan. Kesakitan dah terlalu kuat. Saya panggilkan nurse untuk periksa. Masuk seorang Doktor pelatih perempuan untuk periksa laluan. Baru 5cm katenye. Tapi gayanya macam nak bersalin dah. Lepas Doktor pelatih tu keluar, kebetulan ada nurse lain masuk. Saya pujuk nurse tu supaya periksa balik.
“Eh, dah boleh dah ni. 8cm dah tapi kalau pandai teran boleh je, anak ketiga dah kan?”. Datang seorang lagi nurse. Tapi tiba – tiba masuk dua orang Doktor Pelatih lelaki tadi. Saya terus mintak maaf dan maklumkan yang kami nak perempuan sahaja. Mereka berdua pun faham dan meninggalkan kami berempat dalam tu.
Gambar hiasan. #6: INGATKAN ISTERI 6 STRATEGI SEMASA PROSES MENERAN
Selepas itu saya dan isteri terus fokus. Sebelum ini kami dah rancang strategi teran yang berkesan. Ini semua hasil daripada apa yang kami lalui semasa anak pertama dan kedua. Antara strategi kami :-
1.Jangan angkat punggung. Nanti akan terkoyak.
2.Jangan teran selagi tak dibenarkan nurse. Buang masa dan tenaga.
3.Jangan teran sikit – sikit. Rugi sebab baby akan masuk balik dan keluar sikit je.
4.Teran dengan kuat dan panjang. Biar kurang bilangan teran tapi sepenuh tenaga dan lama – lama. Ini bakal bagi baby keluar dengan cepat dan tanpa sangkut – sangkut.
5.Jangan benarkan nurse buat episiotomi (potong untuk bukaan lebih luas). Saya kena main peranan tegah nurse kalau dia nak potong. Sebab kami yakin kami boleh buat.
6.Set masa bila nak buat “final push”. Masa ni ialah masa untuk teran habis – habisan. Saya akan bagitau dia masanya dah sampai bila kepala baby dah keluar.
Dan seperti yang dirancang, situasi yang sama berlaku. Tapi kali ni nurse dah pegang gunting dan nak potong. Saya tanya “nak potong apa? Jangan !”. Rupanya nurse cakap nak potong tali pusat sebab takut terbelit. Sebab masa kepala dah nak keluar tu, tali pusat dekat sangat dengan kepala baby.

#7: TARIK NAFAS DALAM SAMA-SAMA
Bila potong je, terus kepala baby senang nak keluar. Saya pun bagitau kat isteri yang inilah masanya. Dia tarik nafas dalam – dalam dan bersama dengan saya, kami sama – sama keluar suara untuk meneran sepanjang yang boleh.
Nurse pada masa itu sentiasa bagi dorongan positif seperti bagus, pandai dan sikit lagi. Saya pulak berada dekat dengan muka isteri. Hanya dia dan saya je dalam dunia kami sendiri, dia tak dengar dah nurse cakap ke atau bunyi lain. Dia teran, saya pun teran. Ini nampak macam takde ape – ape, tapi sebenarnya amat membantu isteri.
#8: UCAP TERIMA KASIH & PELUK ISTERI
Alhamdulillah, dengan hanya 3 kali teran, Daisy Medina dilahirkan. Saya terus peluk isteri saya dan ucapkan terima kasih dan I love you berkali – kali. Ini juga kali pertama saya tak boleh control tangisan saya. Habis basah pipi dia dengan air mata saya. Syukur sangat segalanya selesai dengan selamat.
#9: BANTU ISTERI
Cuma kali ni lepas bersalin, isteri muntah – muntah. Bila ditanya, rupanya ianya kesan dari ubat tahan sakit. Setelah beberapa ketika menemani dan mengelap muntah isteri dan keadaan sudah tenang, saya diminta tunggu di wad.
Perjalanan dari labour room sehingga ke tempat menunggu bagaikan sedang berjalan di dalam taman warna warni. Berbunga – bunga hati saya. Saya rasa masa tu juga kalau diukur, kedalaman lesung pipit adalah yang paling dalam dalam sejarah hidup saya. Hehehe..
PAPA JANGAN LUPA 6 PERANAN INI BILA DI DEWAN BERSALIN
Jadi, kesimpulannya di sini. Betapa pentingnya kehadiran suami di dewan bersalin.
Jangan biarkan isteri anda hadapi saat bersalin bersendirian. Isteri perlukan orang yang paling disayangi di sisi. Wajib jadi penenang kepada isteri. Waktu itu fikiran isteri tidak menentu. Bantu mana yang patut, urut tempat yang lenguh kerana berjam – jam menunggu. Bantu isteri berkomunikasi dengan nurse. Masa tu isteri tengah sakit, suami yang ada kat situ boleh tolong jawab dan tanya info mengenai keadaan isteri dan baby masa tu. Suami wajib jagakan aurat isteri. Bertegas jika perlu. Berlembut jika terpaksa. Ucapan terima kasih dan penghargaan yang spontan sejurus selepas kelahiran baby adalah amat penting. Isteri baru sahaja melalui satu keadaan yang getir dan amat menyakitkan demi kita. Jangan anggap mudah perkara nie. Semoga dengan penulisan ini dapat memberi sedikit idea mengenai apa yang berlaku di dalam dewan bersalin. Amat baik buat yang belum pernah atau akan melalui saat seperti ini. BERIKAN SOKONGAN SERAPAT MUNGKIN
Buat yang tidak mampu untuk berada bersama isteri kerana tidak tahan dengan darah, janganlah bersedih. Ini adalah perkara yang di luar kawalan. Berilah sokongan serapat yang boleh.
Buat suami yang tidak dapat bersama isteri kerana bekerja, bertabahlah. Ini ujian buat suami dan isteri. Diharap dengan penulisan ini juga dapat anda faham betapa sakitnya isteri dan betapa isteri memerlukan suaminya pada saat itu. Cubalah sebaik mungkin untuk berada bersama. Rancanglah sehabis baik. In Shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan.
Sumber: Akhtar Syamir @ BroOhsem
The post Bapa Ini Kongsi 9 Tips Suami Nak Teman Isteri Di Labour Room. Jangan Lupa Buat 6 Perkara Ini! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/bapa-ini-kongsi-9-tips-suami-nak-teman-isteri-di-labour-room-jangan-lupa-buat-6-perkara-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahu Anak Kembar Doktor Pakar Sakit Puan Ini Kongsi Beberapa Tips Untuk Suami Isteri Supaya Boleh Dapatkan Anak Kembar

Mahu Anak Kembar Doktor Pakar Sakit Puan Ini Kongsi Beberapa Tips Untuk Suami Isteri Supaya Boleh Dapatkan Anak Kembar

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 555 hits
Mahu anak kembar Doktor pakar sakit puan ini kongsi beberapa tips untuk suami isteri supaya boleh dapatkan anak kembar Melihat telatah comel pasangan kembar pasti akan mencairkan hati siapa pun sehingga membuatkan ramai pasangan suami ister...
Para Suami Tolong Jangan Halang Isteri Untuk Berbakti Pada Orang Tuanya

Para Suami Tolong Jangan Halang Isteri Untuk Berbakti Pada Orang Tuanya

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 562 hits
Para Suami Tolong Jangan Halang Isteri Untuk Berbakti Pada Orang Tuanya Untung kalau isteri masih ada orang tuanya dan setia berbakti itu tanda besar dia anak yang baik dan jenis bertanggung jawab Jadi kaum suami kena faham dan tak bolehlah...
Sejak Peristiwa Itu Saya Malu Nak Bermalam Di Luar Isteri Stress Suami Tidur Mengigau Bukan Biasa Biasa

Sejak Peristiwa Itu Saya Malu Nak Bermalam Di Luar Isteri Stress Suami Tidur Mengigau Bukan Biasa Biasa

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 1248 hits
Sejak peristiwa itu saya malu nak bermalam di luar Isteri stress suami tidur mengigau bukan biasa biasaBila dah berkahwin tiada lagi rahsia di antara pasangan Baik tabiat baik atau buruk semuanya diketahui Namun masalah pasangan kuat mengig...
Nak Hubungan Intim Suami Isteri Makin Bahagia Cara Ini Kena Praktik

Nak Hubungan Intim Suami Isteri Makin Bahagia Cara Ini Kena Praktik

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 693 hits
Dalam membangun rumah menuju kebahagiaan suami dan istri memainkan peran penting dalam membangun keharmonisan dan kasih sayang yang konstan Dengan itu semua orang harus ditentukan untuk menjadi pasangan terbaik dan bahagia Berikut adalah be...
3 Senarai Dosa Suami Isteri Yang Boleh Bahayakan Rumah Tangga

3 Senarai Dosa Suami Isteri Yang Boleh Bahayakan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 516 hits
3 Senarai Dosa Suami Isteri Yang Boleh Bahayakan Rumah Tangga Bercakap tentang dosa dosa isteri amatlah mudah jika disenaraikan oleh para suami lidah mereka lancar menyebut satu persatu kelemahan isteri seperti fitnah wanita isteri nusyuz w...
Lenguhnya Nak Pegang Bila Bayi Suka Melompat Mama Papa Jangan Mengeluh Sebab Ia Perkembangan Yang Baik

Lenguhnya Nak Pegang Bila Bayi Suka Melompat Mama Papa Jangan Mengeluh Sebab Ia Perkembangan Yang Baik

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 428 hits
Lenguh tangan dan penat memegang bayi bila dia mula melompat lompat Ya hampir semua ibu bapa akan menghadapi fasa ini Tapi kalau tahu faedahnya mama papa tidak akan mengeluh Perkembangan fizikal bayi memang sangat pesat dan pantas Tidak sek...
Saya Tak Kisah Pun Berkongsi Malah Bangga Sangat Apabila Suami Saya Ada 4 Orang Isteri Isteri Pertama

Saya Tak Kisah Pun Berkongsi Malah Bangga Sangat Apabila Suami Saya Ada 4 Orang Isteri Isteri Pertama

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 936 hits
Awal tahun 2018 viral di media sosial mengenai seorang lelaki Thailand yang mempunyai tiga orang isteri Namun baru baru ini lelaki itu telah berkahwin lagi dan menjadikan dia mempunyai empat orang isteri Difahamkan perkara itu dikongsikan o...
Sejak Hamil Tak Ada Mood Nak Post Gambar Mawar Rashid Kongsi Perubahan Diri Sejak Berbadan Dua

Sejak Hamil Tak Ada Mood Nak Post Gambar Mawar Rashid Kongsi Perubahan Diri Sejak Berbadan Dua

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 818 hits
Kehamilan adakalanya membuatkan mama mengalami perubahan dari segi mood Aktres Mawar Rashid mengakui perubahan yang dihadapinya ialah hilang mood untuk memuatnaik gambar Mawar yang kini sedang hamil anak sulung mengakui perkara itu di Insta...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator