Banyak Kejayaan Kerajaan Tetapi Tidak Diceritakan



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Transformasi: ini adalah sebahagian daripada kejayaan kerajaanBUKAN semua mengenai kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) tidak baik. Memang ada yang tidak baik atau kurang baik tetapi lebih banyak yang baik.
Cuma banyak yang baik itu tidak diketahui oleh orang ramai.
Itu pun silap kerajaan dan jeteranya juga. Tetapi hendak salahkan mereka bulat-bulat pun tidak boleh juga sebab menjadi kerajaan jauh lebih sukar daripada menjadi pembangkang.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Tengok sajalah wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sejak jadi pembangkang. Cakap, cakap, cakap. Tuduh, tuduh, tuduh. Tak setuju keluar dewan. Mudah kan?
Kita harap menjelang satu tahun memerintah pada 9 Mei nanti, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan timbalan Menteri buatlah kerja betul-betul, cakaplah betul-betul dan buatlah perangai yang betul.
Berkomunikasilah dengan lebih baik dan berkesan dengan semua peringkat dan golongan masyarakat. Pegawai Khas, Setiausaha Akhbar dan Pegawai Komunikasi Korporat pun tolonglah cergas sikit. Kalau bodoh belajar. Kalau tidak tahu tanya.
Jadi untuk tampalan kali ini izinkan saya bercerita panjang sikit mengenai apa yang saya tahu berkenaan apa yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan PH.
Kerajaan telah dan sedang lakukan banyak perkara, projek, program, dasar dan agenda.
Misalnya kerajaan telah dan sedang bertidak ke atas pihak-pihak yang melakukan jenayah besar yang hampir-hampir memufliskan negara seperti skandal 1MDB dan penyelewengan dalam jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Tetapi kita kena faham. Kalau bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, masih lepas bebas itu bukan salah kerajaan.
Kerajaan sudah siasat dan dakwa dia di mahkamah. Jadi sekarang tanggungjawab kehakiman (judiciary) lah. Kalau Najib lambat dijatuhkan hukuman, itu bukan salah kerajaan.
Itu tugas dan tanggungjawab kehakiman. Tugas hakimlah. Kita tidak boleh campur tangan. Cuma kita harap para Yang Arif ambil kira perasaan kata rakyat jelata.
Bukan Najib seorang saja yang kerajaan serahkan kepada kehakiman. Banyak lagi. Antaranya bekas FLOM Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor, Presiden Umno yang bercuti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad, penari kasut merah Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, ketua peguam Najib yang cedera bermain dengan anjing Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bekas pegawai khas Rosmah yang kata saya pungut berita di tepi jalan  Rizal Mansor (bukan adik atau abang Rosmah) dan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Azrul Kanda Kandasamy.
Nasib dan masa depan mereka bukan di tangan kerajaan lagi. Mereka adalah di dalam jagaan (custody) mahkamah.
Tapi rakyat jelata kenalah faham yang mereka akan buat sebiru macam tipu helah untuk lambatkan perbicaraan kerana mereka tahu apa yang telah mereka lakukan sehingga diseret ke muka pengadilan.
Bantu Rakyat
Walaupun BN meninggalkan kewangan kerajaan dalam keadaan yang lemah dan kucar-kacir, kerajaan PH telah berjaya memulihkan sebahagian daripadanya.
Ini membolehkan kerajaan meneruskan bantuan kewangan kepada rakyat jelata yang memerlukan. Mungkin tidak semua tetapi mengikut kemampuan kewangan kerajaan dan keperluan kumpulan sasaran.
Sasaran bantuan kewangan kerajaan adalah kumpulan B40 iaitu 40 peratus isi rumah paling bawah dalam susunan pendapatan.
Rakyat Malaysia dikategorikan kepada tiga kumpulan pendapatan iaitu 20 peratus teratas (T20), 40 peratus menengah (M40) dan 40 peratus terkebawah (B40).
Menurut definisi Jabatan Perangkaan Malaysia, kumpulan T20 adalah yang pendapatan median isi rumah (household) tidak kurang daripada RM13,148 sebulan, M40 RM6,275 dan B40 RM3,000.
Dalam kumpulan 40% terkebawah itu, lebih daripada 70% adalah Bumiputera. Selebihnya adalah Cina dan India. Maksudnya bukan Bumiputera saja yang miskin dan memerlukan bantuan.
Dalam tempoh lima tahun akan datang kerajaan bercadang membelanjakan RM10 bilion setahun bagi tujuan mewujudkan pekerjaan dan menyokong pendapatan kumpulan B40.
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan satu lagi skim bantuan berjumlah RM338 juta khas untuk pekebun kecil getah di bawah Risda.
Cuma mungkin akan berlaku kekangan dan masalah di sana sini kerana serentak dengan memberi bantuan kerajaan juga sedang membersihkan senarai penerima kerana didapati banyak juga yang tidak layak atau yang memberi maklumat palsu.
Reformasi Institusi
Bagi memulih dan mengukuhkan sistem pentadbiran negara yang dirosakkan oleh BN, kerajaan telah dan sedang melakukan reformasi ke atas institusi utama negara (rujuk carta di atas). Antaranya:-
1.Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai pencegahan rasuah;
2.Melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 -2023.
3. Memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Perkhidmatan Awam.
4.Menubuhkan Pusat Governan, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC).
5.Pengisytiharan harta oleh anggota Kabinet dan ahli Parlimen PH.
6.Tidak ada lagi pengeluaran surat sokongan untuk projek dan kontrak.
7.Memperkasakan Parlimen dengan menubuhkan enam jawatankuasa terpilih (select committees).
8.Memulakan langkah reformasi sistem pilihan raya termasuk cadangan merendahkan umur mengundi kepada 18 tahun dan pembiayaan politik.
Dasar Ekonomi
Kerajaan PH mengambil alih negara pada ketika ekonomi antarabangsa dan negara berada dalam keadaan yang tidak menentu.
Di dalam negara, kita mengalami masalah kurang keyakinan yang teruk akibat pelbagai bentuk penipuan dan manipulasi oleh kerajaan lama, khususnya oleh Najib yang bertindak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Apabila Najib mengamalkan kleptokrasi (mencuri wang negara), BN diam membisu malah ramai pemimpinnya bersekongkol dengan beliau. Sesiapa yang menegur atau melawan disingkirkan atau dipenjarakan.
Maka sampai hari ini pun – selepas 10 bulan – kita masih menemui perbuatan salah dan rasuah oleh kerajaan BN dan agensinya.
Di arena antarabangsa pula, perang dagang antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia iaitu Amerika Syarikat dan China serta penarikan diri United Kingdom (UK) daripada Kesatuan Eropah (UE) menjejaskan ekonomi seluruh dunia.
Dalam keadaan yang sukar dan mencabar ini pun kerajaan PH terus merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi memulih dan memperkuatkan semula ekonomi negara.
Pertama kita mahu kembali menjadi ekonomi Harimau Asia (Asian Tiger) dengan memperkasakan semula ekonomi negara dan dengan kekayaan yang bertambah itu kita akan memperbaiki perkongsiannya melalui konsep “kemakmuran bersama” (shared prosperity).
Matlamat kita adalah merangsang pertumbuhan ekonomi dengan memudahkan perniagaan supaya dengan itu lebih banyak pekerjaan dapat diwujudkan dan kekayaan negara dapat dibahagikan secara lebih adil dan saksama.
Seperti kata Perdana Menteri, hasil daripada kemenangan PH dan pelaksanaan reformasi, Malaysia bukan sebuah negara kleptokrasi lagi.
Jadi adalah amat penting, pada ketika perhatian ditujukan kepada kerajaan menjelang setahun usia kerajaan PH, bagi Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan timbalan mengambil tugas mereka dengan lebih serius.
Jangan hampakan rakyat jelata yang semakin gundah gulana dan tidak sabar.
Jangan hampakan Perdana Menteri yang memberikan kepercayaan kepada mereka.
Alasan mereka baru semakin tidak laku. Mereka tidak boleh membuat rakyat jelata tunggu sampai bila-bila kerana pembangkang juga ada rancangan dan agenda.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/03/banyak-kejayaan-kerajaan-tetapi-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Penyatuan Ummah Pas Terbuka Kami Banyak Pengalaman Abdul Hadi

Kerajaan Penyatuan Ummah Pas Terbuka Kami Banyak Pengalaman Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 324 hits
Astro Awani Abdul Hadi ketika ditemui selepas merasmikan program Pidato Perdana Islam dan Kerohanian di Telipok Tuaran malam tadi Astro AWANI TUARAN Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan cadangan kerajaan campuran di antara p...
Pas Banyak Pengalaman Bentuk Kerajaan Campuran Kata Hadi

Pas Banyak Pengalaman Bentuk Kerajaan Campuran Kata Hadi

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 297 hits
March 9 2019 11 56 PMPETALING JAYA PAS mengambil pandangan yang lebih luas berhubung hasrat Umno membentuk kerajaan campuran dengannya di Perlis Kelantan Terengganu dan Pahang kata Presiden Abdul Hadi Awang Pada sidang media yang disiarkan ...
Kejayaan Kejayaan Besar Kerajaan Sepenggal Pakatan Harapan Selepas 10 Bulan Menjarah Dan Merompak Malaysia

Kejayaan Kejayaan Besar Kerajaan Sepenggal Pakatan Harapan Selepas 10 Bulan Menjarah Dan Merompak Malaysia

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 560 hits
PH 10 Bulan Memerintah JUAL ASET 1 IHH Health Dijual juga Murah Pada kroni Jepun 2 Menara Annexe TM1 TM2 dijual juga pada kroni 3 Menara Felcra dijual juga pada kroni 4 M1 Axiata dijual juga pada kroni Singapura 5 Legoland Dijual juga pada ...
Banyak Yang Baik Mengenai Kerajaan Tetapi Tidak Diketahui Orang Ramai

Banyak Yang Baik Mengenai Kerajaan Tetapi Tidak Diketahui Orang Ramai

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 305 hits
Bukan semua mengenai kerajaan baru Pakatan Harapan tidak baik Memang ada yang tidak baik atau kurang baik tetapi lebih banyak yang baik Cuma banyak yang baik itu tidak diketahui oleh orang ramai Itu pun silap kerajaan dan jenteranya juga Te...
Selesai Masalah 1mdb Kerajaan Habis Banyak Masa

Selesai Masalah 1mdb Kerajaan Habis Banyak Masa

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 371 hits
Selesai Masalah 1MDB Kerajaan Habis Banyak Masa Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan banyak membuang masa dalam tahun pertamanya untuk menyelesaikan pelbagai masalah besar yang ditimbulkan oleh 1Malaysia D...
Kerajaan Akan Tubuh Mahkamah Khas Rasuah

Kerajaan Akan Tubuh Mahkamah Khas Rasuah

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 312 hits
Putrajaya akan menubuhkan satu mahkamah khas rasuah supaya kes kes berkaitan salah laku tersebut dapat dipercepatkan kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir berkata cadangan itu selaras dengan inisiatif pelan antirasuah nasiona...
Umno Mungkin Jadi Pembangkang Mesra Kerajaan Di Kelantan

Umno Mungkin Jadi Pembangkang Mesra Kerajaan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 345 hits
KOTA BHARU Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membayangkan UMNO mungkin menjadi pembangkang yang mesra kerajaan di Dewan Undangan Negeri Kelantan selepas parti itu mengesahkan kerjasama dengan PAS baru baru ini Mohd Amar yang ju...
Kerajaan Ph Akan Bina Banglo Di Tapak Highland Towers

Kerajaan Ph Akan Bina Banglo Di Tapak Highland Towers

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Tapak kondominium Highland Towers di Taman Hillview Hulu Klang yang terbiar sejak 26 tahun lalu bakal dibangunkan dengan 50 unit banglo dan taman rekreasi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata pemba...
Lagu Malaysia Bersih Dinyanyikan Dalam Program Rasmi Kerajaan Pm

Lagu Malaysia Bersih Dinyanyikan Dalam Program Rasmi Kerajaan Pm

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 340 hits
PUTRAJAYA Lagu Malaysia Bersih dicadang untuk dinyanyikan dalam acara tertentu dan program rasmi kerajaan kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata lagu itu akan dinyanyikan selepas nyanyian lagu Negaraku Jawatankuasa Khas Kabine...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord