Banyak Yang Baik Mengenai Kerajaan Tetapi Tidak Diketahui Orang Ramai



Bukan semua mengenai kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) tidak baik. Memang ada yang tidak baik atau kurang baik tetapi lebih banyak yang baik.

Cuma banyak yang baik itu tidak diketahui oleh orang ramai.

Itu pun silap kerajaan dan jenteranya juga. Tetapi hendak salahkan mereka bulat-bulat pun tidak boleh juga sebab menjadi kerajaan jauh lebih sukar daripada menjadi pembangkang.

Loading...
Tengok sajalah wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sejak jadi pembangkang. Cakap, cakap, cakap. Tuduh, tuduh, tuduh. Tak setuju keluar dewan. Mudah kan?

Kita harap menjelang satu tahun memerintah pada 9 Mei nanti, menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan menteri buatlah kerja betul-betul, cakaplah betul-betul dan buatlah perangai yang betul.

Berkomunikasilah dengan lebih baik dan berkesan dengan semua peringkat dan golongan masyarakat. Pegawai khas, setiausaha akhbar dan pegawai komunikasi korporat pun tolonglah cergas sikit. Kalau bodoh belajar. Kalau tidak tahu tanya.

Jadi untuk tampalan kali ini izinkan saya bercerita panjang sikit mengenai apa yang saya tahu berkenaan apa yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan PH.

Kerajaan telah dan sedang lakukan banyak perkara, projek, program, dasar dan agenda.


Misalnya kerajaan telah dan sedang bertidak ke atas pihak-pihak yang melakukan jenayah besar yang hampir-hampir memufliskan negara seperti skandal 1MDB dan penyelewengan dalam jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tetapi kita kena faham. Kalau bekas perdana menteri, Najib Razak, masih lepas bebas itu bukan salah kerajaan.

Perasaan rakyat jelata

Kerajaan sudah siasat dan dakwa dia di mahkamah. Jadi sekarang tanggungjawab kehakiman (judiciary) lah. Kalau Najib lambat dijatuhkan hukuman, itu bukan salah kerajaan.

Itu tugas dan tanggungjawab kehakiman. Tugas hakimlah. Kita tidak boleh campur tangan. Cuma kita harap para Yang Arif ambil kira perasaan kita rakyat jelata.

Bukan Najib seorang saja yang kerajaan serahkan kepada kehakiman. Banyak lagi. Antaranya isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor; presiden Umno yang bercuti Ahmad Zahid Hamidi; bekas pengerusi Felda Isa Samad, bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah; ketua peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah; bekas pegawai khas Rosmah, Rizal Mansor dan bekas presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Azrul Kanda Kandasamy.

Nasib dan masa depan mereka bukan di tangan kerajaan lagi. Mereka adalah di dalam jagaan (custody) mahkamah.

Tapi rakyat jelata kenalah faham yang mereka akan buat seribu macam tipu helah untuk lambatkan perbicaraan kerana mereka tahu apa yang telah mereka lakukan sehingga diseret ke muka pengadilan.

Bantu rakyat

Walaupun BN meninggalkan kewangan kerajaan dalam keadaan yang lemah dan kucar-kacir, kerajaan PH telah berjaya memulihkan sebahagian daripadanya.

Ini membolehkan kerajaan meneruskan bantuan kewangan kepada rakyat jelata yang memerlukan. Mungkin tidak semua tetapi mengikut kemampuan kewangan kerajaan dan keperluan kumpulan sasaran.

Sasaran bantuan kewangan kerajaan adalah kumpulan B40 iaitu 40 peratus isi rumah paling bawah dalam susunan pendapatan.

Rakyat Malaysia dikategorikan kepada tiga kumpulan pendapatan iaitu 20 peratus teratas (T20), 40 peratus menengah (M40) dan 40 peratus terkebawah (B40).

Menurut definisi Jabatan Perangkaan Malaysia, kumpulan T20 adalah yang pendapatan median isi rumah (household) tidak kurang daripada RM13,148 sebulan, M40 RM6,275 dan B40 RM3,000.

Dalam kumpulan 40 peratus terkebawah itu, lebih daripada 70 peratus adalah Bumiputera. Selebihnya adalah Cina dan India. Maksudnya bukan Bumiputera saja yang miskin dan memerlukan bantuan.

Dalam tempoh lima tahun akan datang kerajaan bercadang membelanjakan RM10 bilion setahun bagi tujuan mewujudkan pekerjaan dan menyokong pendapatan kumpulan B40.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan satu lagi skim bantuan berjumlah RM338 juta khas untuk pekebun kecil getah di bawah Risda.

Cuma mungkin akan berlaku kekangan dan masalah di sana sini kerana serentak dengan memberi bantuan kerajaan juga sedang membersihkan senarai penerima kerana didapati banyak juga yang tidak layak atau yang memberi maklumat palsu.

Reformasi institusi

Bagi memulih dan mengukuhkan sistem pentadbiran negara yang dirosakkan oleh BN, kerajaan telah dan sedang melakukan reformasi ke atas institusi utama negara (rujuk carta di atas). Antaranya:-

1. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai pencegahan rasuah;

2. Melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 -2023.

3. Memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Perkhidmatan Awam.

4. Menubuhkan Pusat Governan, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC).

5. Pengisytiharan harta oleh anggota Kabinet dan ahli Parlimen PH.

6. Tidak ada lagi pengeluaran surat sokongan untuk projek dan kontrak.

7. Memperkasakan Parlimen dengan menubuhkan enam jawatankuasa terpilih (select committees).

8. Memulakan langkah reformasi sistem pilihan raya termasuk cadangan merendahkan umur mengundi kepada 18 tahun dan pembiayaan politik.

Dasar ekonomi

Kerajaan PH mengambil alih negara pada ketika ekonomi antarabangsa dan negara berada dalam keadaan yang tidak menentu.

Di dalam negara, kita mengalami masalah kurang keyakinan yang teruk akibat pelbagai bentuk penipuan dan manipulasi oleh kerajaan lama, khususnya oleh Najib yang bertindak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

Apabila Najib mengamalkan kleptokrasi (mencuri wang negara), BN diam membisu malah ramai pemimpinnya bersekongkol dengan beliau. Sesiapa yang menegur atau melawan disingkirkan atau dipenjarakan.

Maka sampai hari ini pun – selepas 10 bulan – kita masih menemui perbuatan salah dan rasuah oleh kerajaan BN dan agensinya.

Di arena antarabangsa pula, perang dagang antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia iaitu Amerika Syarikat dan China serta penarikan diri United Kingdom (UK) daripada Kesatuan Eropah (UE) menjejaskan ekonomi seluruh dunia.

Kembali jadi Harimau Asia

Dalam keadaan yang sukar dan mencabar ini pun kerajaan PH terus merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi memulih dan memperkuatkan semula ekonomi negara.

Pertama kita mahu kembali menjadi ekonomi Harimau Asia (Asian Tiger) dengan memperkasakan semula ekonomi negara dan dengan kekayaan yang bertambah itu kita akan memperbaiki perkongsiannya melalui konsep “kemakmuran bersama” (shared prosperity).

Matlamat kita adalah merangsang pertumbuhan ekonomi dengan memudahkan perniagaan supaya dengan itu lebih banyak pekerjaan dapat diwujudkan dan kekayaan negara dapat dibahagikan secara lebih adil dan saksama.

Seperti kata perdana menteri, hasil daripada kemenangan PH dan pelaksanaan reformasi, Malaysia bukan sebuah negara kleptokrasi lagi.

Jadi adalah amat penting, pada ketika perhatian ditujukan kepada kerajaan menjelang setahun usia kerajaan PH, bagi menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan mengambil tugas mereka dengan lebih serius.


Jangan hampakan rakyat jelata yang semakin gundah gulana dan tidak sabar.

Jangan hampakan perdana menteri yang memberikan kepercayaan kepada mereka.

Alasan mereka baru semakin tidak laku. Mereka tidak boleh membuat rakyat jelata tunggu sampai bila-bila kerana pembangkang juga ada rancangan dan agenda.

DATUK A KADIR JASIN adalah bekas ketua pengarang Kumipulan New Straits Times Press (M) Bhd. Beliau kini bergiat dalam Bersatu sebagai pimpinan pusat parti itu.

Rencana ini asalnya dimuat naik di blog beliau. Tulisan ini pandangan peribadi penulis yang dibuat dalam kapasiti sebagai seorang blogger.

Beliau juga menekankan bahawa ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin dipegangnya. Tulisan ini juga tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi redaksi MalaysiaUpdate.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/03/banyak-yang-baik-mengenai-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Kononnya Bn Banyak Salah Buktikan Kerajaan Ph Lebih Baik Zahid

Malaysia Kononnya Bn Banyak Salah Buktikan Kerajaan Ph Lebih Baik Zahid

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 361 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan PH untuk membuktikan kebaikan pemerintahan mereka berbanding terus menyalahkan kerajaan bekas kerajaan Barisan Nasional Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengambil contoh daripada...
Banyak Kejayaan Kerajaan Tetapi Tidak Diceritakan

Banyak Kejayaan Kerajaan Tetapi Tidak Diceritakan

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 482 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Transformasi ini adalah ...
5 Hal Penting Tentang Lip Balm Yang Tidak Banyak Diketahui

5 Hal Penting Tentang Lip Balm Yang Tidak Banyak Diketahui

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 277 hits
5 Hal penting tentang lip balm yang tidak banyak diketahui Sebenarnya tidak bertujuan untuk melembapkan aman jika sampai tertelan dan bisa digunakan di bagian tubuh selain bibir
Maklumat Lama Kata Kerajaan Mengenai Dakwaan Terhadap Taib

Maklumat Lama Kata Kerajaan Mengenai Dakwaan Terhadap Taib

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 358 hits
Kerajaan menepis dakwaan terbaru mengaitkan Yang di Pertua Negeri Sarawak Taib Mahmud dengan rasuah dan salahguna kuasa mengatakan maklumat tersebut maklumat lama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata Peguam Negara Tommy...
Selesai Masalah 1mdb Kerajaan Habis Banyak Masa

Selesai Masalah 1mdb Kerajaan Habis Banyak Masa

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 371 hits
Selesai Masalah 1MDB Kerajaan Habis Banyak Masa Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan banyak membuang masa dalam tahun pertamanya untuk menyelesaikan pelbagai masalah besar yang ditimbulkan oleh 1Malaysia D...
Kerajaan Berkuasa Tuntut Seberapa Banyak Cukai Mereka Mahu Najib

Kerajaan Berkuasa Tuntut Seberapa Banyak Cukai Mereka Mahu Najib

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 303 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulas tuntutan cukai oleh LHDN sebanyak RM1 5 bilion oleh Najib Razak Kuasa kerajaan adalah sangat besar Kerajaan ada kuasa untuk mendakwa apa sahaja atau membuat pendakwaan terhadap sesiapa s...
Kerajaan Lulus Peruntukan Baik Pulih Jalan Temerloh Triang

Kerajaan Lulus Peruntukan Baik Pulih Jalan Temerloh Triang

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 301 hits
TEMERLOH Kementerian Kerja Raya meluluskan peruntukan hampir RM8 juta bagi membaik pulih laluan FR10 membabitkan jalan Temerloh Triang sebelum dinaik taraf pada tahun 2020 Perkara ini dimaklumkan aktivis dilaman facebooknya Beliau adalah in...
Kerajaan Ph Batal Projek Rumawip Sentral Pemohon Berputih Mata

Kerajaan Ph Batal Projek Rumawip Sentral Pemohon Berputih Mata

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 417 hits
PUTRAJAYA Hasrat golongan pendapatan rendah khususnya warga Putrajaya untuk memiliki rumah mampu milik tidak kesampaian apabila Rumah Mampu Wilayah Persekutuan di Presint 9 di sini tidak dapat diteruskan Menurut kenyataan rasmi dalam laman ...
Susah Sangat Ke Temuduga Kerajaan Dengan Tips Ini Semuanya Menjadi Mudah

Susah Sangat Ke Temuduga Kerajaan Dengan Tips Ini Semuanya Menjadi Mudah

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 449 hits
As Salam Susah Sangat Ke Temuduga Kerajaan Dengan Tips ini Semuanya Menjadi Mudah Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada semua geng geng bakal penajwat awam yang akan menghadapi temuduga sekitar April 2019 tahun ini Yay pasti serono...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya