Selesai Masalah 1mdb Kerajaan Habis Banyak Masa


Selesai Masalah 1MDB Kerajaan Habis Banyak Masa. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan banyak membuang masa dalam tahun pertamanya untuk menyelesaikan pelbagai masalah besar yang ditimbulkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Perdana Menteri berkata, gabungan itu diwujudkan untuk menyelamatkan negara daripada kerajaan kleptokrasi yang telah mencuri dan membazirkan berbilion-bilion ringgit wang rakyat, namun tanpa diduga telah memperoleh mandat rakyat dalam pilihan raya umum pada 9 Mei tahun lepas.
Selesai Masalah 1MDB Kerajaan Habis Banyak Masa “Ia satu pilihan raya umum yang sangat penting kerana ia memberi peluang untuk menamatkan sebuah kerajaan yang korupt Sekarang kita tidak lagi dikenali sebagai sebuah negara kleptokrasi.
“Sukar untuk membayangkan apa akan jadi kepada negara sekiranya majoriti rakyat Malaysia tidak bangkit menyahut seruan untuk menumbangkan kerajaan terdahulu.
“Kita telah dapat mengelakkan malapetaka kewangan yang hanya menanti masa untuk berlaku sekiranya skim penipuan untuk melindungi kesalahan-kesalahan 1MDB tidak ditemui dan dibetulkan,” katanya dalam ucaptama pada pelancaran ‘Invest Malaysia 2019’, di sini, hari ini.
Dr Mahathir yang juga pengerusi PH berkata, dalam tempoh sepuluh bulan pentadbirannya, kerajaan menyedari sepenuhnya perasaan rakyat bawahan.
“Kerajaan kini sudah mengetahui sebesar mana kerosakan yang telah dilakukan oleh kerajaan kleptokrasi tersebut terhadap negara. Ia bukan sengaja mahu diperbesar-besarkan tetapi hampir setiap hari kami membongkar kerosakan baharu,” kata beliau.
Perdana Menteri berkata, walaupun tugas itu belum muktamad dan mungkin akan mengambil masa beberapa tahun untuk diselesaikan, namun kerajaan perlu terus mara untuk memajukan negara.
“Kita ada banyak tugas yang belum selesai. Kita perlu membangunkan negara dan untuk mencapai tujuan itu, kita perlu mengatur semula Malaysia. Matlamat kita jelas, untuk menjadi sebuah negara maju daripada segala segi.
“Pembangunan yang dijalankan hendaklah memberi manfaat kepada setiap rakyat, di mana kekayaan dikongsi bersama dan pembangunan yang dicapai adalah pembangunan yang lestari. Kita komited untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang turut mengandungi keadilan sosial,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan telah mengambil banyak langkah untuk menghentikan kerosakan itu dan mengembalikan negara ke landasan yang kukuh.
Antara lain, kata Dr Mahathir, langkah pertama yang akan dilakukan oleh kerajaan baharu ialah memastikan institusi-institusi yang terjejas diperbetulkan dan diperkukuh, sambil menegaskan bahawa negara tidak boleh lagi melalui episod hitam di bawah sebuah rejim kleptokrasi.
“Kerajaan yang mempunyai proses semak dan imbang yang kukuh akan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa kepada kerajaan.
“Kita telah melakukan pelbagai perubahan dan memperkenalkan pelbagai langkah pembaharuan. Dengan terlaksananya semua ini, ia akan memberi satu dorongan kepada ekonomi dan pasaran modal dalam jangka waktu panjang.
“Malangnya, tidak semua orang tahu mengenai perubahan-perubahan ini. Kita mesti berusaha lebih keras untuk memberi penerangan kepada mereka,” katanya. – BERNAMA
The post Selesai Masalah 1MDB Kerajaan Habis Banyak Masa appeared first on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaviralterkini.com/selesai-masalah-1mdb-kerajaan-habis-banyak-masa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1mdb Banyak Buang Masa Ph Perintah Tahun Pertama Dr Mahathir

1mdb Banyak Buang Masa Ph Perintah Tahun Pertama Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 321 hits
PH banyak membuang masa PH menyelesaikan kemelut 1MDB yang diasaskan Najib selepas mengambil alih pemerintahan dari BN Foto Nikkei Asian Review Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan banyak membuang masa dal...
Banyak Masa Terbuang Tangani Isu 1mdb

Banyak Masa Terbuang Tangani Isu 1mdb

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 273 hits
Foto oleh BernamaKUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan banyak membuang masa dalam tahun pertamanya untuk menyelesaikan pelbagai masalah besar yang ditimbulkan oleh 1Malaysia Dev...
Indef Implementasi Program Oke Oce Milik Sandiaga Uno Masih Banyak Masalah

Indef Implementasi Program Oke Oce Milik Sandiaga Uno Masih Banyak Masalah

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 192 hits
Peneliti Indef Ahmad Heri Firdaus mengatakan saat ini belum tepat jika Oke Oce diterapkan secara nasional Alasannya implementasi program ini di lapangan masih banyak menemui masalah
Kerajaan Cari Penyelesaian Bagi Masalah Rakyat

Kerajaan Cari Penyelesaian Bagi Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memfokuskan usaha pemulihan merancakkan ekonomi dan menampilkan imej negara yang baik di persada antarabangsa Penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan Pusat Perdana Universiti...
Banyak Pula Baju Abang Jadi Mangsa Masa Preggy Ni Gara Gara Perut Mawar Rashid Rembat Baju Raff Yaakob

Banyak Pula Baju Abang Jadi Mangsa Masa Preggy Ni Gara Gara Perut Mawar Rashid Rembat Baju Raff Yaakob

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 524 hits
Pelakon Mawar Rashid yang kini sedang menghitung hari untuk bersalin anak pertamanya ada berkongsi mengenai dirinya yang terpaksa pakai baju suami gara gara mengandung Katanya ada ada membeli baju T untuk suami Raff Yaakob Bagaimanapun pela...
Pas Banyak Pengalaman Bentuk Kerajaan Campuran Kata Hadi

Pas Banyak Pengalaman Bentuk Kerajaan Campuran Kata Hadi

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 293 hits
March 9 2019 11 56 PMPETALING JAYA PAS mengambil pandangan yang lebih luas berhubung hasrat Umno membentuk kerajaan campuran dengannya di Perlis Kelantan Terengganu dan Pahang kata Presiden Abdul Hadi Awang Pada sidang media yang disiarkan ...
Kerajaan Penyatuan Ummah Pas Terbuka Kami Banyak Pengalaman Abdul Hadi

Kerajaan Penyatuan Ummah Pas Terbuka Kami Banyak Pengalaman Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 319 hits
Astro Awani Abdul Hadi ketika ditemui selepas merasmikan program Pidato Perdana Islam dan Kerohanian di Telipok Tuaran malam tadi Astro AWANI TUARAN Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan cadangan kerajaan campuran di antara p...
Belum Tiba Masa Tubuh Kerajaan Campuran Hadi Awang

Belum Tiba Masa Tubuh Kerajaan Campuran Hadi Awang

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 249 hits
Oleh Hanneeyzah Bariah BaharinPRESIDEN PAS Datuk Seri Hadi Awang Foto Asyraf HamzahKUALA TERENGGANU Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang menegaskan belum tiba masa untuk parti itu membincangkan cadangan menubuhkan kerajaan campuran bersama Ba...
Urus Tadbir Ph Banyak Masalah Hku Pp

Urus Tadbir Ph Banyak Masalah Hku Pp

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 247 hits
KEPALA BATAS Pemerintahan Kerajaan PH biarpun belum berusia setahun tetapi telah menghadirkan banyak masalah kepada kehidupan rakyat malah menggugat asas serta tonggak penting negara ini Mesej tersebut disuarakan para NGO dan parti politik ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp