Banjir Dua Pps Masih Dibuka Di Negeri Sembilan


Oleh ZAKINAWATI AHMAD TARMIZI MOHD. Syukri Madnor (tengah) menyantuni seorang mangsa terjejas banjir yang menghuni PPS yang dibuka di SMK Dato' Mohd Said, Nilai, Seremban, hari ini.SEREMBAN: Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Negeri Sembilan susulan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di negeri ini semalam.
Bagaimanapun, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Lt. Kol. (PA) Mohd. Syukri Madnor berkata, keadaan banjir dilihat beransur surut dan pulih sepenuhnya dan dijangka dua PPS dijangka ditutup pada tengah hari ini.
“Tiga daerah di negeri ini mengalami banjir kilat yang agak teruk iaitu di daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau pada petang semalam. 
“Setakat ini, hanya dua PPS dibuka iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mohd Said, Nilai yang melibatkan sebuah keluarga seramai sembilan orang.
“Di daerah Port Dickson pula, PPS dibuka di Balai Raya Permatang Pasir, Linggi yang menempatkan penghuni Kompleks Anak Yatim Miskin & Warga Emas Darul Widad seramai 25 orang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Mohd. Syukri lagi, di daerah Rembau, pihaknya tidak membuka sebarang PPS berikutan kebanyakan mereka yang terjejas di Kampung Sungai Radin telah berpindah ke rumah saudara mara.
“Saya difahamkan seramai 25 orang penduduk yang terjejas berpindah ke rumah saudara terdekat dan tiada PPS yang dibuka. Di Kampung Sungai Radin juga agak berisiko kerana paras air tinggi dan anggota telah bertugas sehingga pukul 4 pagi tadi,” katanya. 
Jelasnya, pihak APM akan bersiap sedia sekiranya kejadian banjir kilat akan berulang dan menempatkan anggota dalam keadaan berjaga-jaga. 
“Pihak kami sedang menunggu maklumat daripada Jabatan Meteorologi dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi sebarang kemungkinan akan berlaku lagi hujan di beberapa kawasan terutama pada waktu petang,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai dan penduduk di kawasan berisiko agar bersiap sedia dan menyediakan kelengkapan pakaian dan ubat-ubatan sekiranya perlu berpindah ke PPS. 
“Saya sarankan mana-mana penduduk di kawasan berisiko sekiranya hujan berterusan agar bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Sediakan pakaian dan ubat-ubatan untuk memudahkan urusan ke PPS,” katanya. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/banjir-dua-pps-masih-dibuka-di-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mkn Umumkan Pkpd Di Dua Lokaliti Di Negeri Pahang Akan Di Tamatkan Bermula Hari Ini

Mkn Umumkan Pkpd Di Dua Lokaliti Di Negeri Pahang Akan Di Tamatkan Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 252 hits
KUALA LUMPUR Majlis Keselamatan Negara mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dua lokaliti di Pahang akan ditamatkan hari ini Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata penamatan PKPD meliputi Kampung Temen...
Lebih 1 000 Penduduk Di 5 Negeri Dipindah Akibat Banjir

Lebih 1 000 Penduduk Di 5 Negeri Dipindah Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 289 hits
Oleh Banjir di daerah Yan melibatkan rumah penduduk di beberapa mukim dinaiki air GAMBAR media sosial HUJAN lebat di lima negeri mengakibatkan lebih 1 000 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan kediaman mereka dilanda ...
Setelah Rentas Negeri Sudah Dibuka Tidak Logik Lagi Ismail Sabri Mahu Daruratkan Prn Melaka

Setelah Rentas Negeri Sudah Dibuka Tidak Logik Lagi Ismail Sabri Mahu Daruratkan Prn Melaka

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 619 hits
Sama ada PRN Melaka akan diadakan atau tidak semuanya masih lagi menjadi tanda tanya dan tiada jawapan yang pasti Mengikut rentetan yang berlaku meskipun DUN Melaka telah dibubarkan tetapi timbul pula desakan agar PRN Melaka didaruratkan be...
Dua Tahun Menanti Siti Badriah Umumkan Kabar Kehamilannya Masih Nggak Percaya

Dua Tahun Menanti Siti Badriah Umumkan Kabar Kehamilannya Masih Nggak Percaya

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 358 hits
Sempat dicibir karena tak kunjung hamil hingga membuatnya depresi Sibad pun tak henti hentinya mengucap syukur atas karunia Tuhan yang satu ini
Kebenaran Rentas Negeri Bagi Mereka Yang Lengkap Dua Dos Vaksinasi Sahaja Pm

Kebenaran Rentas Negeri Bagi Mereka Yang Lengkap Dua Dos Vaksinasi Sahaja Pm

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 379 hits
Individu yang tidak lengkap vaksin atau tidak mengambil langsung satu dos vaksin tidak boleh merentas negeri kata Perdana Menteri dalam sidang media khas hari ini Syarat utama kebenaran merentas negeri ini adalah mereka yang mempunyai dua d...
Curhat Pemandu Wisata Usai Bali Dibuka Kunjungan Wisman Masih Sepi

Curhat Pemandu Wisata Usai Bali Dibuka Kunjungan Wisman Masih Sepi

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 237 hits
Pemandu wisata lokal I Wayan Susapta menyatakan kunjungan wisatawan mancanegara atau turis asing ke Bali masih sepi di hari pertama pembukaan layanan penerbangan internasional Bandara I Gusti Ngurah Rai pada Kamis kemarin
24 Pemain Pegawai Positif Covid 19 Negeri Sembilan Tarik Diri Daripada Piala Malaysia

24 Pemain Pegawai Positif Covid 19 Negeri Sembilan Tarik Diri Daripada Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 354 hits
NSFC berkata ujian pengesanan Covid 19 scara berterusan sedang dilakukan bagi mengesan kontak rapat pemain dan pegawai NSFC itu Negeri Sembilan tarik diri daripada Piala Malaysia Negeri Sembilan FC menarik diri daripada baki saingan Piala M...
3 Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Di Kedah

3 Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Di Kedah

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 193 hits
Oleh Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di Baling ke pusat pemindahan banjir yang dibuka malam tadi berikutan banjir Foto NSTP Ihsan APM ALOR SETAR Tiga pusat pemindahan sementara dibuka di dua daerah di negeri ini yang menempat...
Umno Must Come First Says Mohamad Hasan Amid Talk Of Internal Sabotage

Upsi Bus Crash Survivors To Get Oku Card Says Noraini

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

General Service Tax And The Banana Republic Of Confusion

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mendaki Bukit Keluang Di Besut

Kari Ikan Chef Anand

Hamzah Denies Plot To Oust Muhyiddin As Pn Bersatu Leader


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ufanance 8 Ufanance Top 63 By Cortez

Air Tangan Kak Ipar Bahagian 1 2025

Mmu Menyediakan Saluran Melatih Pakar Dalam Kecerdasan Buatan

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Apa Sudah Jadi Madani

Aku Ayah Dan Muzik