Setelah Rentas Negeri Sudah Dibuka Tidak Logik Lagi Ismail Sabri Mahu Daruratkan Prn Melaka




Sama ada PRN Melaka akan diadakan atau tidak, semuanya masih lagi menjadi tanda tanya dan tiada jawapan yang pasti.
Mengikut rentetan yang berlaku, meskipun DUN Melaka telah dibubarkan, tetapi timbul pula desakan agar PRN Melaka didaruratkan berikutan kebimbangan angka kes Covid19 akan meningkat semula jika pilihanraya diadakan.
Paling kuat mendesak agar PRN ditangguhkan melalui penguatkuasaan darurat ialah UMNO, walaupun yang memohon pembubaran DUN Melaka kepada TYT Ali Rustam adalah Ketua Menteri daripada UMNO juga setelah empat Adun bertindak menarik sokongan terhadapnya.
Sebagaimana yang disebut Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat lalu, meskipun DUN Melaka telah dibubarkan dan timbul desakan agar darurat dilaksanakan, tetapi beliau mengambil pendirian bahawa kerajaan hanya akan membuat keputusan berkenaan perkara itu pada minggu ini.
Katanya, minggu ini akan diputuskan sama ada kerajaan perlu menasihatkan Raja Nazrin Shah tentang keperluan darurat dilaksanakan atau sebaliknya di Melaka.
Menurut Ismail Sabri lagi, tempoh seminggu diperlukan sebelum membuat keputusan itu ialah bagi membolehkan Pemangku Yang Dipertuan Agong, Raja Nazrin Shah mendapat taklimat Peguam Negara, Kementerian Kesihatan dan SPR terlebih dahulu.


“Jadi kita tunggu selepas taklimat kepada Pemangku Yang Dipertuan Agong dan Kabinet akan buat keputusan selepas itu,” tambahnya.
Untuk itu, mesyuarat kabinet Jumaat ini akan menjadi penantian sama ada kerajaan akan mengisytiharkan darurat bagi tujuan menangguhkan PRN Melaka atau pun tidak.
Jika tiada darurat, maka PRN Melaka perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas DUN negeri itu dibubarkan pada 4 Oktober lalu.
Tetapi, jika kita teliti semua perkembangan yang berlaku, baik yang terkait dengan secara langsung atau tidak langsung dengan kemelut politik di Melaka, sebenarnya tiada keperluan sama sekali untuk menangguhkan PRN negeri itu.
Pertama, oleh kerana DUN Melaka telah dibubarkan, maka tiada pilihan lain lagi bagi kerajaan selain keperluan mengadakan PRN dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran diwartakan.
Mengisytiharkan darurat oleh kerajaan yang dipimpin oleh UMNO setelah pembubaran juga dinasihatkan oleh kerajaan negeri UMNO kepada TYT Melaka, ia tidak lain menggambarkan ketidaktetapan dalam pendirian yang telah diputuskan.
Hal lain, ia juga menunjukkan rasa ketakutan UMNO untuk berdepan PRN setelah mereka sendiri mahu PRN diadakan.
Dalam hal ini, Ismail Sabri sepatutnya terus saja memberi laluan atau arahan kepada SPR untuk menetapkan tarikh pilihanraya, sambil menggesa ditetapkan SOP sewajarnya berkaitan kempen dan mengundi bersama dengan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.
Dan tidak perlu juga sampai menyusahkan Timbalan Yang Dipertuan untuk baginda terlibat sama dalam soal politik sehingga perlu mendapatkan taklimat daripada Peguam Negara, Kementerian Kesihatan dan SPR berkaitan hal ini.
Kerajaan seharusnya jalan terus saja untuk mengadakan PRN sesuai dengan DUN Melaka yang sudah pun dibubarkan itu.
Kedua, kebenaran rentas negeri sudah dibenarkan di seluruh negara bermula 11 Oktober lalu dan kini sesiapa saja boleh bergerak ke mana-mana tanpa sekatan lagi.
Dengan kebebasan rentas negeri itu, semua aktiviti kehidupan rakyat boleh dikata sudah bebas dan tiada lagi sebarang larangan.
Dalam erti kata kain, bersama kebenaran rentas negeri dan pergerakan rakyat yang tidak terhalang itu, sudah tentu tidak munasabah lagi untuk menghalang PRN Melaka daripada diadakan.
Tidakkah lawak jadinya bilamana sementara rakyat dibebaskan bergerak, bebas pergi ke mana-mana dan bebas berjumpa dengan sesiapa saja, tetapi dalam waktu yang sama didaruratkan untuk berpilihanraya?
Apa ertinya kebebasan yang diberi itu jika darurat masih mahu digunakan untuk menyekat kebebasan?
Ketiga, jika darurat juga yang akhirnya menjadi pilihan, apa bezanya Ismail Sabri dengan Mahiaddin? – ShahbudinHusin 13/10/2021.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/setelah-rentas-negeri-sudah-dibuka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biar Prn Melaka Diadakan Ismail Sabri Jangan Ikut Telunjuk Umno Mahu Ia Ditangguhkan

Biar Prn Melaka Diadakan Ismail Sabri Jangan Ikut Telunjuk Umno Mahu Ia Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 233 hits
Kalaulah UMNO itu manusia sah ia kini sedang mengalami kecelaruan jiwa dan perlukan rawatan dengan segera Jika sebelum ini ramai yang menyindir kejatuhan kerajaan negeri Melaka sebagai episod pelik kerana UMNO jatuhkan UMNO kepelikan itu ru...
Dato Seri Ismail Sabri Beri Bayangan Masa Untuk Rentas Negeri Sudah Hampir

Dato Seri Ismail Sabri Beri Bayangan Masa Untuk Rentas Negeri Sudah Hampir

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 296 hits
Antara dugaan yang paling pedih untuk dilalui sepanjang hampir dua tahun C0VID 19 meIanda Malaysia adalah kita diminta untuk kekal duduk di rumah dan diIarang untuk merentas negeri Nikmat yang ditarik lama ini telah meninggaIkan kita dengan...
Hiburan Tak Sabarnya Nak Balik Kampung Pm Ismail Sabri Bakal Umum Kebenaran Rentas Negeri Dalam Masa Terdekat

Hiburan Tak Sabarnya Nak Balik Kampung Pm Ismail Sabri Bakal Umum Kebenaran Rentas Negeri Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 363 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri baru baru ini ada membuat pengumuman khas mengenai kebenaran rentas negeri yang dilaporkan akan dimaklumkan tidak lama sahaja lagi ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Ismail Sabri kebenaran itu akan d...
Hiburan Penantian Berakhir Rakyat Dibenarkan Rentas Negeri Mulai Esok Pm Ismail Sabri

Hiburan Penantian Berakhir Rakyat Dibenarkan Rentas Negeri Mulai Esok Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 337 hits
Penantian rakyat Malaysia kini berakhir apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa sekatan perjalanan rentas negeri telah pun ditarik balik dan dibenarkan bermula esok 11 Oktober 2021 ARTIKEL BERKAITAN A...
Umno Jatuhkan Umno Di Melaka Ini Petanda Buruk Ismail Sabri Di Putrajaya

Umno Jatuhkan Umno Di Melaka Ini Petanda Buruk Ismail Sabri Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 324 hits
Uniknya kejatuhan kerajaan Melaka pimpinan Sulaiman Md Ali semalam berikutan penarikan sokongan 4 Adun ialah kerana ia merupakan kerajaan UMNO yang dijatuhkan oleh Adun UMNO sendiri Tidak seperti bagaimana kerajaan lain dijatuhkan misalnya ...
Prn Melaka Libatkan Jentera Politik Negeri Sahaja

Prn Melaka Libatkan Jentera Politik Negeri Sahaja

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 353 hits
KUALA LUMPUR Sekiranya Pilihan Raya Negeri di Melaka dapat diadakan biarlah hanya jentera politik yang berada di negeri itu sahaja terlibat Penyelidik di Centre for Electoral Education and Democracy Amerul Muner Mohammad berpendapat selain ...
Prn Melaka Jangan Benarkan Kempen Besar Besaran

Prn Melaka Jangan Benarkan Kempen Besar Besaran

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 285 hits
SHAH ALAM Pakar kesihatan menyarankan supaya tiada kempen besar besaran pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November depan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata ia akan menyebabkan ba...
Prn Melaka Ujian Awal Penting Untuk Ph Bn Dan Pn Sebelum Ketibaan Pru15

Prn Melaka Ujian Awal Penting Untuk Ph Bn Dan Pn Sebelum Ketibaan Pru15

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 202 hits
Akhirnya SPR menetapkan PRN Melaka akan diadakan pada 20 November depan dengan tarikh penamaan calonnya ialah pada 8 November Walaupun PRN bukanlah keinginan banyak pihak memandangkan wabak Covid19 belum pulih sepenuhnya tetapi berikutan DU...
Empat Adun Punca Prn Melaka Kini Sah Bersama Pakatan Harapan

Empat Adun Punca Prn Melaka Kini Sah Bersama Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 228 hits
agendaily com18 10 2021Tular gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu empat orang ADUN Melaka yang menjadi punca krisis politik baru baru ini Pakatan Harapan menjadi pilihan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kerajaan yang menjadi punca ...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff

Two Unidentified Soy Sauce Factories Closed Netizens Demand Their Identity Among Other Issues