Bangkit Daripada Pkp Nizam Berjaya Usaha Tanaman Cili Bara Gunakan Kaedah Fertigasi


 


KUANTAN - Hanya bermodal RM500 pada Februari lalu, seorang peniaga makanan yang nekad menukar haluan menjadi petani kini membuktikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan halangan untuk maju.
Tengku Fairunnizam Tuan Salleh, 45, berkata, dia yang kehilangan sumber pendapatan akibat PKP ketika itu mengambil langkah mengusahakan tanaman cili bara secara fertigasi untuk dijual bagi menyara hidup.
"Dengan modal RM500, saya membeli benih cili, polibag dan paip serta mencari tanah kosong untuk diusahakan. Kaedah fertigasi dipilih kerana ia salah satu teknik moden yang paling sesuai untuk pertanian bandar.
"Alhamdulillah atas sokongan terutama daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inderapura, Datuk Syafik Fauzan dan Pengerusi Jawatankuasa Komuniti dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd Tarmizi Yusof akhirnya saya memperoleh tanah seluas suku ekar di Kampung SC Taman Guru, Batu 4.1/2 untuk diusahakan," katanya ketika ditemui di kebunnya di sini baru-baru ini.
Katanya, cili bara dipilih kerana mendapat permintaan yang tinggi di pasaran semasa.
"Tempoh PKP saya dihabiskan dengan berbudi pada tanah. Alhamdulillah ketika itu berjaya memperoleh pulangan dengan hasil pertama cili bara sebanyak 80 kilogram.
"Wang diperoleh itu saya gunakan untuk pusingan modal. Kini harga cili bara bagi pasaran Kuantan boleh mencecah RM20 ke RM25 sekilogram," katanya.
Bagi mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih jauh, Tengku Fairunnizam berkongsi dengan seorang rakan niaga dengan suntikan modal tambahan sehingga RM50,000 untuk menanam cili di kawasan lebih luas.
"Tanaman cili ini agak mencabar sebenarnya, namun ia cepat memperoleh hasil apabila sekarang saya mampu menjualnya dalam jumlah pukal setiap tiga bulan sekali.
"Mungkin disebabkan negara kita banyak bergantung dengan cili import, jadi tanaman tempatan sememangnya mendapat sambutan di sini. Kebanyakan permintaan dari kawasan setempat iaitu kedai makan, kedai runcit dan pasar harian," katanya.
Bagaimanapun, dia mengakui berdepan cabaran seperti serangan siput, hama putih, serangga, pokok yang sensitif dengan hujan dan panas serta kawalan perosak.
"Kita menggunakan inisiatif sendiri menghasilkan baja dari bancuhan cecair pembasmi serangga perosak jenis organik.
"Walaupun ia tidak sebagus racun kimia, namun penggunaannya menjadikan serangga susah nak dekat. Pokok pula subur dan menghasilkan buah yang cantik dan berkualiti," katanya.
Tengku Fairunnizam juga bersyukur kerana sudah mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan terutama anak muda yang mencari pendapatan tambahan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/10/bangkit-daripada-pkp-nizam-berjaya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp 2 0 Rakyat Perlu Bangkit Desak Kerajaan

Pkp 2 0 Rakyat Perlu Bangkit Desak Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 351 hits
Kalau PKP 2 0 jd semula rakyat perlu tuntut 1 Potong gaji ahli politik 100 3 bulan2 Moratorium 6 bln SEMUA bentuk pinjaman3 Bantuan KEWANGAN TUNAI min 1500 sbln4 SEWA kedai ofis DITANGGUNG kerajaan selama 3 bulan5 Ahli politik langgar SOP d...
Kena Phk Dan Ingin Cari Modal Usaha Nih Bantuan Kur Pinjaman Bunga 0 Persen Syaratnya Gampang Banget

Kena Phk Dan Ingin Cari Modal Usaha Nih Bantuan Kur Pinjaman Bunga 0 Persen Syaratnya Gampang Banget

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 342 hits
Kena PHK atau ingin tambah modal usaha Nih Bantuan KUR pinjaman bunga 0 persen syaratnya gampang banget Semenjak pandemi corona melanda Indonesia banyak perkantoran yang terpaksa melakukan pemutusan hubungan kerja pada karyawannya Efeknya b...
Maqasid Syariah Jadi Prinsip Panduan Usaha Lawan Covid 19 Pm

Maqasid Syariah Jadi Prinsip Panduan Usaha Lawan Covid 19 Pm

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 228 hits
Foto BernamaM Update 29 9 2020 Maqasid syariah menjadi prinsip panduan dalam menggerakkan usaha kerajaan untuk melawan pandemik COVID 19 biarpun pada zahirnya ia tidak diuar uarkan kata Tan Sri Muhyiddin YassinPerdana Menteri berkata tema M...
40 Tempat Usaha Di Jakarta Timur Ditutup Sementara Karena Melanggar Psbb

40 Tempat Usaha Di Jakarta Timur Ditutup Sementara Karena Melanggar Psbb

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 305 hits
40 tempat usaha yang ditutup petugas bergerak di bidang restoran kafe tempat hiburan hingga pedagang kaki lima di Kecamatan Duren Sawit Makasar dan Cakung
Lagi Kuat Berdoa Lagi Kuat Usaha

Lagi Kuat Berdoa Lagi Kuat Usaha

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 239 hits
FREEMALAYSIATODAY COMMenteri agama positif Covid 19Zulkifli Mohamad Al Bakri bagaimanapun berkata kesihatannya beradaDari FB wall A Kadir Jasin 1 Tidak salah berdoa Semua agama dan kepercayaan ada doa puja dan mantera masing masing 2 Ada or...
Usaha Perangi Covid 19 Tanggungjawab Bersama Permaisuri Agong

Usaha Perangi Covid 19 Tanggungjawab Bersama Permaisuri Agong

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 274 hits
Foto FB Istana NegaraM Update 8 10 2020 Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menegaskan usaha memerangi pandemik COVID 19 adalah tanggungjawab bersama seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa agama sert...
Muhyiddin Mula Claim Credit Usaha Keras Ds Najib Lembu Punya Susu Sapi Pulak Yang Menyondol Nak Dapat Nama

Muhyiddin Mula Claim Credit Usaha Keras Ds Najib Lembu Punya Susu Sapi Pulak Yang Menyondol Nak Dapat Nama

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 542 hits
Kerajaan Perijatan Nasional di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin telah membelanjakan lebih RM260 bilion dari rezab negara dalam Pakej Rangsangan Ekonomi ketika pendemik Covid 19 mengganas di Malaysia Dari RM260 bilion itu lebih bilion kerajaa...
Bantu Finansial Umkm Kredit Usaha Rakyat Kini Disalurkan Lewat Platform Digital

Bantu Finansial Umkm Kredit Usaha Rakyat Kini Disalurkan Lewat Platform Digital

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 336 hits
Demi meringankan beban finansial UMKM yang terkena dampak pandemi Covid 19 inilah Kementerian Koordinator Bidang Perekonomian Republik Indonesia bekerja sama dengan Grab Indonesia
Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga

Pdrm Siasat Resit Makanan Cepat Saji Di Johor Didakwa Mengandungi Teks Menghina Islam

Ini 32 Wajah Bakal Berentap Membawa Pulang Rm1 Juta Peserta Sabah Dominasi Csoiam