Foto: FB Istana NegaraM Update, 8/10/2020 – Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menegaskan usaha memerangi pandemik COVID-19 adalah tanggungjawab bersama seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa, agama serta fahaman politik. Justeru, baginda menyeru rakyat agar bersatu untuk memastikan penularan pandemik itu dapat dibendung dengan jayanya.
Foto: FB Istana NegaraSesi pertama bertajuk ‘Jangkitan COVID-19 dan Implikasi Terhadap Kesihatan’ dikendalikan oleh Pegawai Perubatan dan Penyakit Berjangkit HKL Dr Khairil Erwan Khalid manakala sesi kedua bertajuk ‘Pencegahan COVID-19’ pula dikendalikan oleh Pegawai Kesihatan HKL Nazlee Mohd Zin. Para pegawai dan kakitangan Istana Negara yang hadir merupakan mereka yang berisiko tinggi kerana berkhidmat rapat dengan Seri Paduka berdua.
Foto: FB Istana NegaraTaklimat itu juga bertujuan memberikan pegawai dan kakitangan Istana Negara pemahaman serta kepekaan yang tinggi terhadap ancaman pandemik COVID-19 selain menyahut saranan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |