Bang Lelaki Lagi Tak Mengapa Allah Hadirkan 5 Hero Untuk Jadi Imam Usung Jenazah Mak Ayah Kelak


Tak mengapa jika Allah kurniakan kesemuanya anak lelaki buat kita. Jangan sesekali merasa sedih bila tidak hadiahkan seorang anak perempuan buat suami. Anak lelaki kurniaan Allah cukup banyak kelebihannya malah mampu melindungi ibunya sampai syurga.
Ingatlah bahawa memiliki kesemuanya anak lelaki merupakan kebanggaan. Bakal menjadi imam mak ayah, solatkan 5 waktu malah bakal mengusung jenazah ibu dan ayahnya kelak. Hebat!
Perkongsian Cikgu Fadli Salleh yang cukup dikenali sebagai pendidik berhati penyayang dan prihatin dengan kesusahan anak-anak muridnya mengenai kelahiran anak kelimanya cukup membuatkan hati seorang isteri tersentuh. Inilah yang mahu didengari oleh seorang isteri dikala rasa sayu dan kecewa.

“Bang. Lelaki Lagi,” ujar puan isteri sedikit kesedihan.
“Tak apa lah. Lelaki pun anak juga,” balasku.
“Tapi saya tak dapat beri anak perempuan kat abang. Tak apa ke?” balas puan isteri makin sayu.
Aku pandang matanya. Genggam erat tangannya. Tangan yang aku kahwini 11 tahun lepas itu hangat terasa. Lalu aku berkata,
“Anak ni rezeki Tuhan. Kita tak perlu merungut walau lelaki semua. Orang lain berapa ramai berdoa agar ada anak. Ramai juga yang berdoa agar dapat jodoh.
Lagi pun anak-anak lelaki ni, buatkan keluarga kita kuat. Awak keluar nanti, penuh bodyguard iring. Jenazah kita nanti tak perlu orang lain pikul. Setiap penjuru, anak-anak kita”.
“Tapi bang. Kalau abang…” kata-katanya terhenti.

Aku gelengkan kepala tanda tak nak dia teruskan berkata-kata. Aku tahu ayat seterusnya.Ayat gurauan ramai kawan-kawan selalu berkata,
“Agaknya ‘kilang’ ini produce lelaki sahaja. Kena cari ‘kilang’ lain kot baru boleh produce perempuan”.
Itu ayat gurauan. Sedikit pun aku tak terkesan. Namun adakah jika kahwin lagi satu anak yang bakal dikandung itu 100% pasti perempuan? Tidak kan? Bahkan kemungkinan nak mengandung pun belum tentu lagi. Habis kenapa nak ambil risiko cari yang lain?
Satu cukup. Cukup untuk menjaga aku dan anak-anak. Dua walau banyak belum tentu menjanjikan bahagia. Bahkan jika ada yang berkata, jika kahwini dia pasti dapat anak perempuan pun akan aku tolak. Walau pasti.

Memang kalau boleh, kita nak anak biar berpasang. Biar ada lelaki, biar ada perempuan. Namun apa salahnya kalau lelaki semua? Nanti cari la menantu perempuan pula. Lagi pun aku tak risau, aku dah ramai ‘anak-anak’ perempuan di sekolah nun.
Paling ditakuti bila kahwin dua tiga adalah keadilan. Adil ni tak nampak mata kasar. Bukan boleh timbang atas penyukat. Sikit terlebih sana, sini terasa. Malaikat pula menulis. Ah, cari bala belaka.
Andai satu pun aku tak mampu nak jaga dengan sempurna, tak pernah aku mimpikan ada dua, ada tiga. Walau kewangan itu mampu, walau nafkah zahir dan batin ada kemampuan, namun cukuplah.

Bukan takut bini tapi cukuplah satu
Cukuplah satu pada aku. Orang bergurau katanya takut bini. Salah tu.
Berkahwin satu bukan tanda takut bini. Ia tanda setia. Ia tanda menghargai. Ia tanda tahu kemampuan diri. Ia tanda sedar, yang satu itu pun kita tak menjaga hati mereka 100%, apa lagi mahu tambah dua tiga.
Orang yang berminat nak tambah ramai, silakan. Jika rasa mampu zahir, mampu batin, dan mampu adil, silakan. Tidaklah aku menolak poligami. Itu sunnah nabi saw. Mana mungkin kita menolak sunnah kekasih Allah.
Cuma aku sedar. Sunnah lain banyak lagi tak terikut. Nak ikut sunnah yang tak mampu nak pikul buat apa? Ikut sunnah ni dapat pahala sepatutnya. Namun jika ikut sunnah tapi tidak adil, tidak mampu, menyakiti dan melukai antara satu sama lain, bukan dia. Bukan begitu caranya.

Anak semua lelaki? Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Semua milik ibunya. Kembali taat pada ibu walau sudah beristeri nanti. Bakal mengusung jenazah kami. Bakal imamkan kami solat 5 waktu, solat terawih bahkan solat jenazah kami.
Ia merupakan kebanggaan kami. Ia bukan alasan untuk mencari lain agar dapat anak perempuan. Isteri dan anak ini amanah Maha Besar dari Tuhan. Nak didik mereka agar menarik tangan kita ke syurga tidak mudah. Yang sedia ada ini, perlu aku didik sebaik mungkin. Tidak ingin aku mencari lain.
Cukuplah satu bagiku. Cukuplah satu.
@The Arumi’s
#MFS
– Family man –
The post “Bang Lelaki Lagi”, Tak Mengapa, Allah Hadirkan 5 Hero Untuk Jadi Imam & Usung Jenazah Mak Ayah Kelak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bang-lelaki-lagi-tak-mengapa-allah-hadirkan-5-hero-untuk-jadi-imam-usung-jenazah-mak-ayah-kelak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Normal Ke Jika Bayi Asyik Lena Mak Ayah Perlu Kejut Bayi Jika Ada 5 Tanda Ni

Normal Ke Jika Bayi Asyik Lena Mak Ayah Perlu Kejut Bayi Jika Ada 5 Tanda Ni

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 263 hits
Saat melihat bayi tidur dengan lena dan nyenyak hati ibu mula terasa cukup lega Gembira akhirnya mereka dapat berehat dan mendapatkan rehat yang secukupnya Pun begitu adakah baik jika bayi anda sentiasa tidur pada tempoh yang lama Ada waktu...
Doa Mak Ayah Perlu Ada Dengan Kita Barulah Rumah Tangga Bahagia Hidup Jadi Senang

Doa Mak Ayah Perlu Ada Dengan Kita Barulah Rumah Tangga Bahagia Hidup Jadi Senang

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 292 hits
Perkahwinan yang harmoni adalah apabila ia dilimpahi keberkatan Rumah tangga bahagia juga satu rezeki buat sesebuah pasangan itu Jemput rezeki untuk menghampiri perkahwinan anda dengan mengelak beberapa perkara ini menerusi penulisannya ber...
Ini Kes Intususepsi Tanda Tanda Usus Terlipat Bahayakan Bayi Mak Ayah Kena Tahu

Ini Kes Intususepsi Tanda Tanda Usus Terlipat Bahayakan Bayi Mak Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 329 hits
Najis dan fizikal anak kecil boleh menjadi indikator tahap kesihatan mereka Malah adalanya di sebalik tanda fizikal yang dianggap biasa tersembunyi komplikasi serius dialami si anak Justeru ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap segala p...
Anak Buat Kejutan Harijadi Untuk Mak Ayah Istimewa Rider Sebak Tolong Bacakan Kad Ucapan

Anak Buat Kejutan Harijadi Untuk Mak Ayah Istimewa Rider Sebak Tolong Bacakan Kad Ucapan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 612 hits
Walau sebesar mana pun kebaikan yang kita lakukan tiada apa yang mampu membalas jasa ibu ayah yang telah bergolok gadai korbankan segalanya untuk kita Semuanya tidak setanding dengan pengorbanan mereka membesarkan kita sehingga kita hidup s...
Anak Buat Hal Jangan Terus Marah Sebenarnya Dia Frust Tak Cukup Perhatian Mak Ayah

Anak Buat Hal Jangan Terus Marah Sebenarnya Dia Frust Tak Cukup Perhatian Mak Ayah

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 338 hits
Seawal usia dua tahun anak anak sudah mula faham dengan persekitaran mereka Biasanya pada usia begini mereka banyak ragam dan kerap tantrum jika tidak dikawal Adalah normal untuk anak anak menjerit berkelakuan agresif meniru gaya dan sebaga...
Anak Millenial Fragile Macam Kaca Mudah Stress Ini Mungkin Penyebab Yang Mak Ayah Perlu Ambil Tahu

Anak Millenial Fragile Macam Kaca Mudah Stress Ini Mungkin Penyebab Yang Mak Ayah Perlu Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 353 hits
Membesarkan anak anak pada zaman sekarang bukan satu tugas yang mudah Pendedahan kepada teknologi dari awal usia membuatkan mereka kurang berekplorasi dengan alam selain emosi dikawal oleh gajet Selain itu aras akademik yang semakin tinggi ...
Bukan Nak Jadi Sempurna Tapi Bab Didik Anak Anak Mak Ayah Jangan Mudah Melatah Mula Dari Awal Untuk Pelajaran Terbaik

Bukan Nak Jadi Sempurna Tapi Bab Didik Anak Anak Mak Ayah Jangan Mudah Melatah Mula Dari Awal Untuk Pelajaran Terbaik

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 381 hits
Menjadi ibu bapa bukan satu tugas yang mudah Bermula dari dalam kandungan seterusnya melahirkan dan membesarkan pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi Bila dah ada anak setiap hari ada sahaja benda yang kita akan belajar dan itu semua ...
Anak Seorang Diri Urus Jenazah Ayah Yang Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Covid 19 2 Mei Yang Lalu

Anak Seorang Diri Urus Jenazah Ayah Yang Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Covid 19 2 Mei Yang Lalu

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 352 hits
Wabak Covid 19 yang melanda hampir seluruh negara di dunia ketika ini ternyata menyebabkan kematian yang bukan sedikit terutamanya di negara negara barat Menurut data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia setakat Khamis terdapat 387 298 kem...
Lama Dah Teringin Selepas Dapat 2 Hero Tomok Syukur Allah Bagi Seorang Puteri

Lama Dah Teringin Selepas Dapat 2 Hero Tomok Syukur Allah Bagi Seorang Puteri

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 489 hits
Lama teringin menantikan seorang puteri dalam keluarga akhirnya isteri Tomok selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara Khamis Berkongsi berita gembira itu Tomok memberitahu isterinya Rahayu Abas selamat melah...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri