Anak Seorang Diri Urus Jenazah Ayah Yang Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Covid 19 2 Mei Yang Lalu
Wabak Covid-19 yang melanda hampir seluruh negara di dunia ketika ini ternyata menyebabkan kematian yang bukan sedikit terutamanya di negara-negara barat.
Menurut data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat Khamis (5 Jun 2020), terdapat 387,298 kematian telah dicatatkan di seluruh dunia.
Daripada jumlah tersebut, 12 negara mencatatkan kematian tertinggi seperti Amerika Syarikat, Itali, Spain, Iran, India dan lain-lain lagi.
Sudah semestinya mangsa yang maut akibat wabak ini perlu diuruskan mengikut prosedur yang betul dan ciri-ciri keselamatan yang ketat seperti yang ditetapkan oleh WHO bagi membendung risiko jangkitan.
Ahli keluarga mahupun saudara-mara tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang urusan pengebumian mangsa dan perlu diuruskan oleh pasukan petugas perubatan seperti yang turut berlaku di Malaysia.
Menangis kebumikan ayah seorang diri
Tular di media sosial, beberapa keping gambar yang penuh emosi memaparkan keadaan seorang anak dalam keadaan sedih sewaktu mengebumikan jasad bapanya yang terkorban dipercayai akibat wabak Covid-19.
Lebih meruntun hati, lelaki yang dikenal sebagai Hafez itu merupakan satu-satunya waris di dalam upacara pengebumian tersebut tanpa kehadiran ahli keluarga yang lain mahupun jiran-jiran. k
It seems like the most heartbreaking scene in the world …
Hafez is the only child next to his father's body who died of Coronavirus.
Neither neighbours nor relatives came. 💔😭
Ya Allah we are sinners and you are Ar Rahman Please forgive us 🤲🙏#CoronaVirusPakistan pic.twitter.com/rPpEmcAoGO
— Kayani (@shamaskayani1) June 4, 2020
Difahamkan, gambar tersebut diambil di Tanah Perkuburan Orang Islam di New Delhi, India pada 2 Mei lalu.
Jelas kelihatan keadaan seorang anak yang berat untuk menerima keadaan yang berlaku apabila terpaksa berdepan dengan situasi tersebut seorang diri.
Biarpun perit, kita harus bersama-sama menerima segala peraturan yang telah ditetapkan demi kebaikan semua pihak dalam mencegah jangkitan Covid-19 daripada terus menular.
Sumber: WHO, Twitter, VOA News
The post Anak Seorang Diri Urus Jenazah Ayah Yang Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Covid-19 2 Mei Yang Lalu appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/06/05/anak-seorang-diri-urus-jenazah-ayah-yang-meninggal-dunia-dipercayai-akibat-covid-19-2-mei-yang-lalu/