Balu Bekas Setiausaha Sulit Najib Akui Terima Cek Berjumlah Rm52 680


foto sumber internet
Seorang balu kepada bekas setiausaha sulit kepada Najib Razak mengaku menerima tiga keping cek berjumlah RM52,680 daripada Najib bagi membiayai pendidikan dua anaknya selepas kematian suaminya.

Manisah Othman, 55, isteri kepada Amirudin Mohd Baria berkata beliau menerima cek berjumlah RM13,800 pada 2015 selepas kematian suaminya pada 21 Jun 2013 akibat kanser usus tahap empat.

Loading...
Semasa sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Manisah memberitahu bahawa Najib ada melawat arwah suaminya ketika beliau dimasukkan ke Hospital Prince Court pada 2013.

"Ketika itu, Najib ada berjanji untuk membantu membiayai pendidikan anak-anak kami sekiranya sesuatu terjadi kepada dirinya.

"Namun beliau tidak menyebutkan secara spesifik jumlah atau bila bantuan itu akan diberikan kepada kami...tetapi beliau ada berjanji," kata Manisah yang bekerja sebagai Perangkawan di Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya pada perbicaraan kes Najib yang didakwa atas tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.


Muhammad Saifuddin: Puan ada terima bantuan itu?

Manisah: Alhamdulillah, ada.

Muhammad Saifuddin: Dalam bentuk apa?

Manisah: Cek.

Manisah berkata beliau menerima satu cek berjumlah RM13,800 yang dimasukkan ke dalam akaun banknya dan hanya digunakan pada permulaan semester untuk pembayaran yuran kedua-dua anak lelakinya yang kini berusia 27 dan 23 tahun.

Terdahulu, Manisah berkata jawatan terakhir arwah suaminya adalah sebagai Pegawai Liasion di Boustead Holdings yang ditempatkan di Pejabat Perdana Menteri semasa Najib memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Saksi itu berkata, arwah pernah bekerja sebagai Setiausaha Sulit Najib ketika beliau memegang jawatan Menteri Pendidikan.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, Manisah mengesahkan ada menerima cek berjumlah RM9,360 pada 2013, RM29,520 pada 2014 dan RM13,800 pada 2015.

"Saya menerima ketiga-tiga cek itu melalui rakan sekerja arwah suami saya iaitu 'En. Khairul'," katanya.

Ditanya Muhammad Shafee bertanya sama ada beliau menerima bantuan lain pada 2016, saksi pendakwaan ke-12 itu berkata "tidak".

Muhammad Shafee: Selepas suami Puan meninggal dunia, Datuk Seri Najib ada membuat aku janji kalau ada apa-apa terjadi pada arwah, Najib akan bertanggung jawab kepada pendidikan anak Puan?

Manisah: Setahu saya tidak ada akur janji, tetapi Datuk Seri tetap memegang janjinya dan tetap bantu biayai pendidikan dua anak saya.

Muhammad Shafee: Setuju bahawa Datuk Seri Najib mengambil berat tentang pendidikan anak-anak Puan?

Manisah: Setuju

Ditanya mengenai pendidikan kedua-dua anak lelakinya, Manisah berkata anak sulungnya yang kini berumur 27 tahun dan yang bongsu 23 tahun itu masih lagi menuntut di universiti kerana masalah kesihatan.

“Anak bongsu kami mempunyai masalah buah pinggang, patut sudah habis belajar, tetapi ada semeter yang ‘defer’ jadi masih lagi ‘drag’, kami sebenarnya nak buat ‘transplant’ (pemindahan) buah pinggang abang kepada adiknya. Oleh sebab itu pelajaran kedua-dua anak saya banyak tertangguh,” katanya.

Kepada soalan Muhammad Shafee adakah beliau ada memberitahu Najib mengenai keadaan anaknya yang masih belum menamatkan pelajaran, saksi itu berkata tidak kerana beliau tidak pernah berhubung dengan Najib mengenai perkara itu tetapi melalui “En Khairul”.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung jam 12 tengah hari esok.

Ini kerana esok pagi Mahkamah Rayuan dijadualkan mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mengetepikan Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes Najib yang didakwa atas 25 pertuduhan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.282 billion.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/balu-bekas-setiausaha-sulit-najib-akui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Bantu Pendidikan Anak Anak Bekas Setiausaha Sulitnya

Najib Bantu Pendidikan Anak Anak Bekas Setiausaha Sulitnya

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 325 hits
Saksi ke 12 perbicaraan Datuk Seri Najib Razak Manisah Othman mendedahkan dirinya mendapat bantuan kewangan daripada bekas perdana menteri itu bagi membantu membiayai anak anaknya setelah kematian suaminya akibat kanser usus tahap 4 pada ta...
Asmadi Akui Najib Beri Cek Rm50 000

Asmadi Akui Najib Beri Cek Rm50 000

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 297 hits
foto sumber internetKUALA LUMPUR 22 April Ketua Umno Bahagian Padang Serai hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah menerima sumbangan cek bernilai RM50 000 daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bagi ...
Umno Terima Bayaran Cek Rm1juta Dan Rm300 00 Dari Akaun Najib

Umno Terima Bayaran Cek Rm1juta Dan Rm300 00 Dari Akaun Najib

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 351 hits
Foto sumber internet KUALA LUMPUR 18 April Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Umno Bahagian Johor Baru menerima pembayaran melalui cek masing masing berjumlah RM1 juta dan RM300 000 daripada a...
Setiausaha Umno P Pinang Mengaku Terima Cek Rm 1 Juta

Setiausaha Umno P Pinang Mengaku Terima Cek Rm 1 Juta

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 386 hits
Perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak berhubung tuduhan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd masuk hari ketujuh di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Setiausaha Umno P Pinang sahkan cek RM1 jutaSaksi ke 13 Ahmad Sahar men...
Ketua Dpw Pan Jateng Akui Terima Rp 600 Juta Dari Taufik Kurniawan

Ketua Dpw Pan Jateng Akui Terima Rp 600 Juta Dari Taufik Kurniawan

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 231 hits
Ketua DPW PAN Jateng Wahyu Kristianto mengaku menerima uang suap dari Wakil Ketua DPR Taufik Kurniawan senilai Rp 600 juta Namun dana tersebut sudah dikembalikan ke Komisi Pemberantasan Korupsi
Tokoh Korporat Terkemuka Guna Firma Guaman Terima Cek Rm2 5 Juta Saksi

Tokoh Korporat Terkemuka Guna Firma Guaman Terima Cek Rm2 5 Juta Saksi

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 319 hits
foto sumber internet Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa seorang tokoh korporat terkemuka yang rapat dengan Najib Razak menggunakan sebuah firma guaman untuk menerima pembayaran cek berjumlah RM2 5 juta pada 2015 daripa...
Pengurus Ambank Akui Rm14 5 Juta Masuk Ke Akaun Peribadi Najib

Pengurus Ambank Akui Rm14 5 Juta Masuk Ke Akaun Peribadi Najib

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 316 hits
Foto oleh The StarKUALA LUMPUR 25 April Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat transaksi kemasukan wang berjumlah RM14 5 juta ke akaun AmPrivate Banking Y1MY milik bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak antar...
Komplot Culik Najib 2 Bekas Askar Dan Warga Indonesia Didapati Bersalah

Komplot Culik Najib 2 Bekas Askar Dan Warga Indonesia Didapati Bersalah

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 312 hits
Tertuduh yang dibicarakan kes culik Najib Zahid Hishammuddin dan Khairy Nor Azmi Jalani Mohd Yusri Mohamed Yusof serta Ali Saifuddin ketika dibebaskan pada 2017 Foto BernamaPUTRAJAYA 8 APril Mahkamah Rayuan mendapati 2 bekas askar dan seora...
Luvia Band Bulan Ramadhan Chord

Rahsia Surah Al Fatihah

Aston Martin Vanquish Volante The Most Powerful Convertible

Peniaga Baling Barang Semasa Disita Dbkl Rupanya Sebabnya Sikap Kurang Ajar

Lencana Jalur Gemilang Kpm Panduan Pemakaian Mulai 21 April 2025

Can You And I Buy Land From Dbkl

Dvs Corrects Selangor Exco Man Says Only 14 000 Pigs Culled

Pasar Pendekar Pasar Pagi Dalam Ladang Getah Di Kampung Guntong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Raya Dulu Raya Sekarang

The Crucial Role Of An Immigration Lawyer In Achieving Your Immigration Goals

Finding The Right Divorce Attorney Near You

Budak 12 Tahun Hancur Tangan Kiri Akibat Letupan Mercun

6 Terbunuh 9 Cedera Apabila Kapal Selam Pelancong Tenggelam Di Laut Merah Mesir

Projek Baju Raya Terpakai 3 0