Tokoh Korporat Terkemuka Guna Firma Guaman Terima Cek Rm2 5 Juta Saksi


foto sumber internet 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa seorang tokoh korporat terkemuka yang rapat dengan Najib Razak menggunakan sebuah firma guaman untuk menerima pembayaran cek berjumlah RM2.5 juta pada 2015 daripada bekas perdana menteri itu.

Peguam Ashraf Razak, yang merupakan saksi ke-18 pendakwa, mengesahkan bahawa pelanggannya, Habibul Abdul Rahman menyerahkan cek daripada Najib yang dibuat kepada firma guaman Tetuan Zulqarnain & Co.

Loading...
Ashraf berkata beliau kemudian diminta menandatangani nota sebagai pengakuan terhadap pembayaran bagi yuran kontrak pertahanan.

Selepas firma guaman itu menunaikan cek berkenaan, Ashraf, yang merupakan rakan kongsi di Tetuan Zulqarnain & Co, memberi keterangan bahawa Habibul mengarahkan supaya cek dikeluarkan untuk isteri dan anak-anak Najib.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, bagaimana beliau mengenali Habibul Rahman, Ashraf menjawab: “Saya adalah peguam peribadi kepada tokoh korporat itu sejak tahun 1996.”


Saifuddin: Boleh beritahu mahkamah, bagaimana kamu terima cek ini?

Ashraf: Saya dimaklumkan oleh Habibul terdapat pembayaran bagi yuran kontrak pertahanan, di mana saya diminta untuk menerima pembayaran itu.

Dia (Habibul) kemudian memaklumkan pecahan pembayaran akan diteliti kepada saya.

Saifuddin: Selepas terima cek apa berlaku?

Ashraf: Selanjutnya saya depositkan cek itu dan tunggu arahan daripada Habibul Rahman untuk mengeluarkan pembayaran daripada wang berkenaan.

"Arahan secara berkala juga diberi untuk mengeluarkan cek kepada pihak lain yang ditentukan oleh beliau serta beberapa cek tunai,” katanya pada perbicaraan kes yang masuk hari kelapan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Saifuddin: Pernah bertanya kepada beliau siapa yang keluarkan cek?

Ashraf: Tak pernah... sebab saya sudah lama kenal beliau (Habibul) dan disebabkan kedudukannya yang disegani sebagai tokoh korporat dan ahli pengarah beberapa syarikat berkaitan kerajaan. Jadi, saya tidak pernah terfikir untuk bertanya.

Saksi pendakwaan ke-18 itu berkata, semua pembayaran berjumlah RM2.5 juta itu sudah dilunaskan termasuk bayaran guaman kepada pihaknya yang berjumlah RM50,000.

Saifuddin: Kamu uruskan sampai habis RM2.5 juta itu?

Ashraf: Ya... semua pembayaran berjumlah RM2.5 juta itu sudah dilunaskan termasuk yuran guamannya berjumlah RM50,000.

Sementara itu semasa pemeriksaan bals oleh peguam pembelaan utama, Muhammad Shafee Abdullah, saksi berkata terdapat satu lagi kejadian di mana dia menerima wang bagi pihak Habibul.

Katanya, ini membabitkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Fuelsubs House Sdn Bhd, yang menguruskan subsidi minyak.

Adalah juga difahamkan semasa pemeriksaan balas itu bahawa Habibul adalah seorang akauntan bertauliah dan penganalisis politik.

Shafee: Apabila kamu berbual dengannya (Habibul), boleh kamu beritahu pengetahuannya dalam analisis politik adalah mendalam. Bukan sembang kedai kopi.

Ashraf: Ya.

Shafee: Kamu tahu dia bekalkan perkhidmatan dalam analisis politik, aspek strategik dan nasihat.

Ashraf: Ya

Shafee: Dia sering terlibat dalam program untuk melaksanakan analisisnya.

Ashraf: Tidak dalam pengetahuan saya.

Shafee kemudiannya mencadangkan bahawa Habibul terlibat dalam banyak perniagaan dan Ashraf keliru dengan tujuan cek bernilai RM2.5 juta itu. Walau bagaimanapun, saksi itu berpegang kepada apa yang dinyatakannya sebelum ini.

Habibul, dikatakan adalah penasihat media Najib dan sentiasa berperwatakan rendah.

Beliau dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif di Malaysia Airlines (MAS) pada September 2017. Dua minggu kemudian, Ireland Peter Bellew meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/tokoh-korporat-terkemuka-guna-firma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Src Najib Saksi Kata Terima Kontrak Pertahanan Bernilai Rm2 5 Juta

Kes Src Najib Saksi Kata Terima Kontrak Pertahanan Bernilai Rm2 5 Juta

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 440 hits
Perbicaraan hari ke 8 bermula dengan bekas perdana menteri Najib Razak itu memasuki kandang tertuduh Dengan bersut berwarna coklat pudar beliau tampak tenang ketika melangkah masuk ke mahkamah Saksi ke 18 hari yang merupakan seorang peguam ...
Najib Bayar Firma Guaman Hafarizam Wan Aisha Mubarak Rm3 5 Juta

Najib Bayar Firma Guaman Hafarizam Wan Aisha Mubarak Rm3 5 Juta

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 431 hits
KUALA LUMPUR Seorang pengurus kanan Ambank mengesahkan Datuk Seri Najib Razak membuat pembayaran sebanyak RM3 5 juta kepada firma guaman Hafarizam Wan Aisha Mubarak Pengurus Kanan Bahagian Pemprosesan Cek Ambank Sdn Bhd Badrul Hisam Mohamad...
Setiausaha Umno P Pinang Mengaku Terima Cek Rm 1 Juta

Setiausaha Umno P Pinang Mengaku Terima Cek Rm 1 Juta

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 403 hits
Perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak berhubung tuduhan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd masuk hari ketujuh di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Setiausaha Umno P Pinang sahkan cek RM1 jutaSaksi ke 13 Ahmad Sahar men...
Najib Bayar Rm3 49 Juta Selepas Bank Silap Proses Cek Kata Saksi

Najib Bayar Rm3 49 Juta Selepas Bank Silap Proses Cek Kata Saksi

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 597 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak telah membuat bayaran berjumlah RM3 49 juta kepada Firma Guaman Hafarizam Wan Aisha Mubarak selepas berlaku kesilapan ketika pemprosesan cek yang menyebabkan firma itu hanya memperoleh wang sebanyak RM3 500...
Hadi Awang Minta Anwar Dedah Pemimpin Terima Rm90 Juta

Hadi Awang Minta Anwar Dedah Pemimpin Terima Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 357 hits
PAS akan terus tingkat kerjasama dengan UMNO demi ummah negara 21 04 2019TANJUNG MALIM 15 Syaaban 1440H Ahad Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta mendedahkan identiti pemimpin PAS yang didakwa menerima dana RM90 juta daripada 1Mala...
Uang Ratusan Juta Yang Diamankan Polisi Di Surabaya Ternyata Untuk Saksi Tps

Uang Ratusan Juta Yang Diamankan Polisi Di Surabaya Ternyata Untuk Saksi Tps

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 271 hits
Bawa uang ratusan juta dua mobil yang sempat melintas di kawasan Surabaya pada Senin malam diamankan polisi Mengantisipasi serangan fajar money politics polisi kemudian menyerahkan kasus tersebut ke Sentra Gakkumdu
Malaysia Hadi Gesa Siasat Anwar Terima Duit Dedah Siapa Orang Pas Terima Rm90 Juta Umno

Malaysia Hadi Gesa Siasat Anwar Terima Duit Dedah Siapa Orang Pas Terima Rm90 Juta Umno

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 448 hits
Hadi Awang menggesa kerajaan PH jangan menyiasat PAS sahaja tetapi parti politik lain Foto Astro AwaniPresiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengalu alukan rancangan pendedahan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung identiti...
Skyline Optical Group Announces Sgx Ipo Plans Appoints Mci Capital As Financial Advisor

Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Huawei Freebuds 6 Launches In Malaysia

Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

Your Ultimate Travel Guide Kuala Lumpur Jakarta In One Easy Flight

Debaran Dalam Membuat Keputusan

Guru Tendang Murid Siapa Yang Salah Sudut Pandang Guru Yang Pernah Hadapi Murid Keras Kepala

Zontes 368g Motosikal Paling Diminati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


French Toast

How Pre Owned Harleys In La Are Finding New Life At Lifestyle Cycles

Hp Omen Transcend 14 Laptop Gaming Dengan Bateri Tahan Lama

Dia Baik Dengan Ibu Rugi Kalau Lepaskan Giliran Ibu Fattah Amin Pula Melawat Amira Othman Di Hospital

Jelak Baca Berita Warga Asing Di Jalan Silang Ni Wayang Jangan Tertipu

Rafizi Pendakwa Raya Perlu Jelaskan Kenapa Ambil Masa Lama Sedia Bukti