Pengurus Ambank Akui Rm14 5 Juta Masuk Ke Akaun Peribadi Najib


Foto oleh The Star
KUALA LUMPUR, 25 April  — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat transaksi kemasukan wang berjumlah RM14.5 juta ke akaun AmPrivate Banking-Y1MY milik bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak antara Julai 2014 dan 11 Feb 2015.
Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi, 40, ketika membacakan penyataan saksinya berkata wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun AmBank (AmPrivate Banking-Y1MY) bernombor 211-202-2011898 milik Najib.


Loading... “Saya mengesahkan sejumlah RM10 juta dimasukkan ke dalam akaun itu pada 8 Julai 2014, RM1 juta dimasukkan pada 23 Julai 2014 dan RM3.5 juta dimasukkan pada 11 Feb 2015,” katanya ketika diminta membuat pengesahan ke atas Penyata Akaun Ambank itu yang dirujuk oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim.

Semalam Uma Devi mendedahkan sebanyak  RM64 juta dimasukkan ke dalam akaun AmPrivate Banking-1MY milik Najib bernombor 211-202-201188-0 antara  8 Julai 2014 dan 10 Feb 2015.

Uma Devi, yang berkhidmat dengan Ambank sejak 5 Mac 2012, turut mengesahkan borang pembukaan akaun bagi akaun berkenaan atas nama Datuk Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak yang dibuka pada 31 Julai 2013 dan nama pemilik akaun diletak sebagai AmPrivate Banking-Y1MY sebagai nama utama dan diikuti oleh nama Datuk Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak.

Saksi ke-21 pendakwaan itu yang menyambung keterangannya hari ini terdapat juga surat arahan oleh Nik Faisal Ariff Kamil bertarikh 23 Jun 2014 bertajuk ‘Transfer Instruction’ dan mengesahkan bahawa itu adalah surat arahan kepada AmBank untuk memindahkan RM3 juta daripada akaun AmBank bernombor 211-202-201188-0 (Akaun AmPrivate Banking-Y1MY) milik Najib.

“Surat arahan ini turut mengarahkan AmBank untuk memasukkan RM1 juta daripada RM3 juta itu ke dalam akaun 211-202-2011898 dan baki RM2 juta dimasukkan ke akaun 211-202-201190-6 (Akaun AmPrivate Banking-Y1MY),” katanya pada hari kesembilan perbicaraan kes  Najib, berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Uma Devi berkata terdapat juga surat arahan oleh Nik Faisal Ariff Kamil (bekas Ketua Pegawai Eksekutif  SRC International Sdn Bhd) bertarikh 8 Julai 2014 untuk memindahkan RM20 juta daripada akaun AmBank 211-202-201188-0 (Akaun AmPrivate Banking-Y1MY) milik Najib.

“Surat arahan itu turut mengarahkan AmBank untuk memasukkan RM10 juta daripada RM20 juta itu ke akaun Ambank bernombor 211-202-2011898 (AmPrivate Banking-Y1MY),” katanya.

Saksi itu berkata terdapat transaksi pemindahan keluar wang daripada akaun Ambank bernombor 211-202-2011898 (AmPrivate Banking-Y1MY) milik Najib antara Ogos 2014 dan 11 Feb 2015.

“Saya mengesahkan RM10 juta dipindah keluar pada 21 Ogos 2014, RM1 juta dipindah keluar pada 28 Ogos 2014 dan RM3,496,500.00 dipindah keluar pada 11 Feb 2015,” katanya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/pengurus-ambank-akui-rm145-juta-masuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Src Rm64 Juta Disahkan Masuk Dalam Akaun Ambank Najib

Kes Src Rm64 Juta Disahkan Masuk Dalam Akaun Ambank Najib

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 437 hits
Foto oleh Firdaus Latif Projek MMPengurus Cawangan Ambank Raja Chulan mengesahkan sebanyak RM64 juta didepositkan ke dalam akaun milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tiga transaksi antara 2014 dan 2015 R Uma Devi yan...
Bnm Serbu Cawangan Ambank Untuk Dapatkan Maklumat Akaun Bank Peribadi Najib

Bnm Serbu Cawangan Ambank Untuk Dapatkan Maklumat Akaun Bank Peribadi Najib

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 489 hits
BANK Negara Malaysia telah menyerbu sebuah cawangan AmBank dalam tahun 2015 untuk mendapatkan butiran akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak dedah seorang pegawai dari bank pusat itu hari ini di mahkamah push Serbuan itu dilakukan sebel...
Bank Negara Maklum Wang Besar Masuk Akaun Ambank Najib Kata Saksi

Bank Negara Maklum Wang Besar Masuk Akaun Ambank Najib Kata Saksi

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 514 hits
Uma Devi pegawai AmBank yang memberi keterangan pada perbicaraan Najib Razak hari ini Foto Daily Express Najib Razak buka akaun semasa di AmBank pada Januari 2011 untuk menerima sejumlah wang dari luar negara Mahkamah Tinggi diberitahu hari...
Najib Ada 5 Akaun Ambank Dengan Baki Rm12 Juta

Najib Ada 5 Akaun Ambank Dengan Baki Rm12 Juta

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 321 hits
Apr 24 2019 0 Comments KUALA LUMPUR Pengurus Cawangan AmBank Jalan Raja Chulan R Umadevi mendedahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai lima akaun bank Ambank antara tahun 2011 sehingga tahun 2015 Kata Uma Devi yang j
Rm Juta2 Masuk Akaun Ambank Najib Malu Apa Bosskuurr Kan Pas

Rm Juta2 Masuk Akaun Ambank Najib Malu Apa Bosskuurr Kan Pas

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 393 hits
Terdapat sekurang kurangnya 10 transaksi antara RM5 juta dan RM40 juta yang dikaitkan dengan akaun Ambank bekas perdana menteri Najib Razak SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd Transaksi berkenaan berlaku...
Akaun Dibekukan Sprm Upko Mahu Pulangkan Rm1 Juta Kepada Najib

Akaun Dibekukan Sprm Upko Mahu Pulangkan Rm1 Juta Kepada Najib

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 358 hits
Datuk Seri Wilfred Madius Tangau foto BernamaPertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu berhasrat memulangkan RM1 juta diberi Datuk Seri Najib Razak Presidennya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata bagaimanapun ia tidak dapat di...
8 Dokumen Termasuk 4 Akaun Ambank Najib Diambil Untuk Siasatan Bnm Saksi

8 Dokumen Termasuk 4 Akaun Ambank Najib Diambil Untuk Siasatan Bnm Saksi

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 455 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini diberitahu sebanyak lapan dokumen termasuk empat akaun Ambank milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah diambil dari Ambank cawangan Jalan Raja Chulan bagi tujuan s...
Jutaan Ringgit Masuk Akaun Najib Saksi

Jutaan Ringgit Masuk Akaun Najib Saksi

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 487 hits
Terdapat sekurang kurangnya 10 transaksi antara RM5 juta dan RM40 juta yang dikaitkan dengan akaun Ambank bekas perdana menteri Najib Razak SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd Transaksi berkenaan berlaku...
Saksi Penggeledahan Di Ambank Rampas Dokumen Akaun Najib Src

Saksi Penggeledahan Di Ambank Rampas Dokumen Akaun Najib Src

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 331 hits
Saksi Penggeledahan di Ambank rampas dokumen akaun Najib SRC Dokumen tersebut diserahkan oleh pengurus cawangan kata pegawai geledah Bank Negara
Ulasan Pelantikan Pengerusi Pkr Negeri

Tidur Lena Nikmat Rehat Diwaktu Malam

Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita

Ikuti Saya Di Media Sosial

Domain Extension Startup Guide

Us Tariff Reduced Without Compromising Red Lines Says Miti

Ambil Report Card

Diplomasi Strategik Malaysia Dorong As Kurangkan Tarif Kepada 19 Peratus Miti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice

Beli Lakewood Pure Cranberry Di Jaya Grocer

Malam Yang Tak Bisa Membawa Tidur

Donald Trump Currently Possesses An Armored Golf Buggy Golf Force One Video

Ross Rowland 85 Dies A Railroad Preservationist By Way Of Wall St