Umno Terima Bayaran Cek Rm1juta Dan Rm300 00 Dari Akaun Najib


 Foto sumber internet 
KUALA LUMPUR, 18 April — Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Umno Bahagian Johor Baru menerima pembayaran melalui cek masing-masing berjumlah RM1 juta dan RM300,000 daripada akaun Ambank milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2015.

Pengurus Kanan Pusat Pemprosesan Cek Ambank, Badrul Hisam Mohamad, 45, berkata kesemua cek itu telah berjaya ditunaikan berdasarkan kepada maklumat yang lengkap dan mengesahkan tiada kesalahan terdapat pada kesemua cek berkenaan.

Loading...
Badrul Hisam berkata kedua-dua transaksi itu dikeluarkan melalui cek daripada akaun AmIslamic bernombor 2022011906.

Melalui pertuduhan pengubahan wang haram, dinyatakan bahawa nombor akaun 2022011906 adalah milik bekas perdana menteri itu.

Badrul Hisam, yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang pemprosesan cek turut mengesahkan sebuah parti dari Sabah iaitu Upko juga menerima pembayaran melalui cek bernilai RM1 juta manakala Trustee of Rumah Penyayang Tun Abdul Razak menerima bayaran RM400,000 melalui cek daripada akaun sama.


Semasa pemeriksaan utama, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi meminta saksi itu membuat pengesahan ke atas kesemua cek berkenaan pada hari kelima perbicaraan kes bekas perdana menteri itu berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Selain itu, Badrul Hisam juga mengesahkan sebanyak 13 lagi cek telah dikeluarkan daripada akaun AmIslamic Bank bernombor 2022011906  (akaun Najib) kepada beberapa individu dan syarikat.

Saksi pendakwaan kelima itu mengesahkan juga pengeluaran cek dari akaun yang sama berjumlah RM240,000 kepada Syarikat Vital Spire Sdn Bhd; Zulqarnain & Co. berjumlah RM2.5 juta; Centre of Strategic Engagement Sdn Bhd sebanyak RM300,000, sejumlah RM238,914 kepada penerima bernama Lim Soon Peng; ABS Trend Master Sdn Bhd berjumlah RM100,000; Solar Dhine Sdn Bhd (RM1 juta); Asmadi Abu Talip (RM50,000); Manisah Othman (RM13,800); MOZ Malaysia Sdn Bhd (RM56,500) dan Syadilah Enterprise (RM77,300) antara 30 Januari dan 26 Februari 2015.

Badrul Hisam turut mengesahkan sekeping cek berjumlah RM3.5 juta telah dimasukkan ke dalam akaun penerima atas nama Hafarizam Wan & Aisha Mubarak melalui akaun bernombor 2022011898 pada 21 Januari 2015.

Beliau juga turut mengesahkan dua keping cek dikeluarkan oleh syarikat SRC International Sdn Bhd melalui dua transaksi kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd, masing-masing berjumlah RM20 juta dan RM103,361.17 pada 12 Disember 2014 dan 9 Mac 2015.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung petang ini. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/umno-terima-bayaran-cek-rm1juta-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bicara Najib Src Umno Pulau Pinang Terima Dana Rm1juta

Bicara Najib Src Umno Pulau Pinang Terima Dana Rm1juta

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 409 hits
Beberapa kotak dokumen dibawa masuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk perbicaraan kes Najib yang didakwa atas tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Badan Perhubu...
Setiausaha Umno P Pinang Mengaku Terima Cek Rm 1 Juta

Setiausaha Umno P Pinang Mengaku Terima Cek Rm 1 Juta

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 384 hits
Perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak berhubung tuduhan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd masuk hari ketujuh di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Setiausaha Umno P Pinang sahkan cek RM1 jutaSaksi ke 13 Ahmad Sahar men...
Tidak Terima Arahan Khusus Untuk Dapatkan 6 Tranksaksi Akaun Najib Saksi

Tidak Terima Arahan Khusus Untuk Dapatkan 6 Tranksaksi Akaun Najib Saksi

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 334 hits
Foto sumber internet Pengurus Bank Negara Malaysia memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak menerima sebarang arahan khusus untuk mendapatkan dokumen berkaitan transaksi enam akaun bank milik bekas perdana mente...
Balu Bekas Setiausaha Sulit Najib Akui Terima Cek Berjumlah Rm52 680

Balu Bekas Setiausaha Sulit Najib Akui Terima Cek Berjumlah Rm52 680

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 359 hits
foto sumber internetSeorang balu kepada bekas setiausaha sulit kepada Najib Razak mengaku menerima tiga keping cek berjumlah RM52 680 daripada Najib bagi membiayai pendidikan dua anaknya selepas kematian suaminya Manisah Othman 55 isteri ke...
Tokoh Korporat Terkemuka Guna Firma Guaman Terima Cek Rm2 5 Juta Saksi

Tokoh Korporat Terkemuka Guna Firma Guaman Terima Cek Rm2 5 Juta Saksi

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 318 hits
foto sumber internet Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa seorang tokoh korporat terkemuka yang rapat dengan Najib Razak menggunakan sebuah firma guaman untuk menerima pembayaran cek berjumlah RM2 5 juta pada 2015 daripa...
Rm Juta2 Masuk Akaun Ambank Najib Malu Apa Bosskuurr Kan Pas

Rm Juta2 Masuk Akaun Ambank Najib Malu Apa Bosskuurr Kan Pas

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 372 hits
Terdapat sekurang kurangnya 10 transaksi antara RM5 juta dan RM40 juta yang dikaitkan dengan akaun Ambank bekas perdana menteri Najib Razak SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd Transaksi berkenaan berlaku...
Jutaan Ringgit Masuk Akaun Najib Saksi

Jutaan Ringgit Masuk Akaun Najib Saksi

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 438 hits
Terdapat sekurang kurangnya 10 transaksi antara RM5 juta dan RM40 juta yang dikaitkan dengan akaun Ambank bekas perdana menteri Najib Razak SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd Transaksi berkenaan berlaku...
Cool Heads Must Prevail In These Difficult Times

Touch N Go And Wwf Malaysia Launch Charms For Change To Raise Awareness About Malaysia S Endangered Wildlife

Pasaran As Cuba Untuk Pulih Prospek Serangan As Terhadap Iran Menyokong Harga Minyak

Must Present Your Ic To Purchase Subsidized Local White Rice

Kelantan Peniaga Boleh Saman Susulan Arahan Tutup Kedai Pada 1 Syawal

Insurance Premium Hike In Line With Bnm S Interim Measures Says Prudential

20 Ucapan Idul Fitri 2025 Bahasa Jawa

Menteri Besar Terengganu Umum Cuti Hari Ahad 30hb Mac 2025 Cuti Kelepasan Am Sempena Aidilfitri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Video Khairul Aming Buat Ramai Terharu Tak Sangka Masih Buat Perkara Yang Sama

Laporan Hasil Kajian Subspesies Manusia Influencer

Aktif Libatkan Diri Sertai Ngo

Nasib Ahli Perniagaan Didakwa Pukul Pengawal Peribadi Kerana Berpuasa Diketahui Jumaat Ini

Allahuakbar Baru Baru Ni Ada Laporan Matahari Terbenam Dengan Cara Yang Aneh Di P

Dewi Pengapit India Batalkan Kehadiran Majlis Kahwin Selepas Diberitahu Perlu Bayar Rm3 6k Melalui Email