Balik Kampung Mengundi Pru 15
dah habis mengundi baru nak cerita hehehe. oklah nak juga cerita buat kenangan. Bukan selalu PRU kan. 4-5 tahun sekali . PRU 14 Ainul tak mengundi pun sebab kena balik kampung, anak kecil lagi dan demam pulak hari tu.
Sebenarnya beberapa tahun sebelum PRU 14 dah tukar tempat mengundi. Tukar ikut alamat rumah di Shah Alam ni. tapi entah kenapa bila check PRU 14 tu tak bertukar pulak tempat mengundi. Adoii sabooo je la. kemain p pejabat SPR di PKNS Shah Alam .
Untuk PRU 15 ni pun sama. masih tak bertukar tempat mengundi. Kali ni tekad nak balik. Nak juga berada dalam perjuangan dalam menetukan pemerintahkan. hehe poyo je kann . sebab pernah rasa tak mengundi PRU 14 tu rasa macam tak excited langsung. sebab kita tak berada dalam perjuangan beratur , pangkah. walaupun apa yang kita pangkah mungkin tak menang pun
Bila tau bila tarikh PRU 15 ni , mak ayah adik adik pun nak balik kampung so boleh la tumpang. Diskass dengan suami, dia pun cakap balik la, anak anak dia jaga. YES !! tu yang ank dengar. hehe. anak anak pun dah besar. Dahlia pun dah 5tahun. So tak susah hati sangat nak tinggal beberapa hari dengan babah dia. takde dah nak cari nenen, kena pakai pampers, kena buat susu.
Kami balik 2 kereta. 1 kereta adik 2 orang dan ayah. 1 kereta ada saya, adik lelaki drive dan mak. kami balik kampung awal. Hari khamis tu dah balik. Jumaat tu cuti umum jadi takut jam teruk. Gerak pagi ke Perak. Boleh tahan juga kereta pagi tu.
Sampai Bidor masuk jalan lama cari kedai makan. Ayah yang cadangkan kedai ni. nampak biasa tapi makan sedap. Asa banyak lagi makanan tapi lapar punya pasal lupa dah nak ambil gambar
Sampai ke Kampung hamnpiur waktu Maghrib. Jauh betul perjalanan sebab banyak ke sana sini hehe . Apapun selamat sampai
Alang alang balik ke kampung, masa ni la dapat ziarah kawan kawan sekolah dulu. Dah set dari awal nak jumpa . Jumaat tu orang sibuk berkempen, kami pun sibuk berjumpa bergosip hehe
Rindu kawan kawan sekolah. Kenal mereka ni dari darjah 4,m ada yg dari tingkatan 1. Jarang jumpa walaupun ada balik kampung raya. Masa raya semua sibuk nak p ziarah sedara mara kan. Dapat balik kampung kejap ni ada rezeki ziarah la kawan kawan
Hari mengundi pun tiba. bangun pagi sarapan dan bersiap. pergi awal senang. Sebab pagi tu nampak kat tv, tempat lain pukul 8 tu dah beratur panjang. memang suka p pagi walaupun petang orang cakap kagi lengang. tak perlu beratur terus masuk je
dan akhirnya done tanggungjawab pada negara. Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia ke 10 Dato Seri Anwar Ibrahim
View this post on Instagram
A post shared by Ainul Mustafa (@ainul_mustafa)
The post Balik kampung Mengundi PRU 15 appeared first on Ainul Mustafa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ainulmustafa.com/balik-kampung-mengundi-pru-15/