Tragedi Pru Suami Isteri Maut Selepas Selesai Mengundi Anak 3 Tahun Patah Kaki


Sepasang suami isteri maut manakala anaknya berusia tiga tahun patah kaki apabila kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan selepas pasangan itu selesai mengundi dalam kejadian di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, kemalangan tersebut berlaku pada jam 12.08 tengah hari melibatkan kereta Perodua Alza dinaiki tiga beranak itu dan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux.

“Hasil siasatan mendapati mangsa yang menaiki Perodua Alza dalam perjalanan ke Skudai, Johor Bahru setelah selesai mengundi di Lok Heng dekat sini.
“Perodua Alza tersebut yang menghala ke Johor Bahru terbabas semasa melalui selekoh dan berpusing di laluannya sebelum masuk ke laluan bertentangan menghala ke Mersing.
“Perodua Alza itu kemudian bertembung Toyota Hilux tersebut dalam keadaan jalan basah akibat hujan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Alza iaitu lelaki berusia 37 tahun dan isterinya, berusia 31 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya patah kaki kanan.
Sementara pemandu Toyota Hilux berkenaan yang berusia 60 tahun katanya, tidak mengalami kecederaan.
Menurut Hussin, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Rafi Mohd Normak berkata, seramai lapan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Mohd Rafi berkata, pasangan suami isteri terbabit tersepit di tempat duduk masing-masing.
“Anak mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital sebelum bomba tiba. Bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dengan peralatan khas.
“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Kredit: Sinar Harian 

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 
 
The post Tragedi PRU, Suami Isteri Maut Selepas Selesai Mengundi. Anak 3 Tahun Patah Kaki appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/tragedi-pru-suami-isteri-maut-selepas-selesai-mengundi-anak-3-tahun-patah-kaki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Cukup Seret Dipijak Pula Video Tular Suami Dera Isteri Separuh Mati Di Depan Anak

Tak Cukup Seret Dipijak Pula Video Tular Suami Dera Isteri Separuh Mati Di Depan Anak

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 241 hits
Tular di media sosial video seorang lelaki dipercayai mendera wanita yang dipercayai isterinya di hadapan anak perempuan mereka di sebuah rumah Berdasarkan video berdurasi satu minit itu menunjukkan suspek yang tidak memakai baju menarik tu...
Baby Dah Boleh Berjalan Cukup 1 Tahun 2 Bulan Anak Ayda Jebat Makin Lincah Lepas Dapat Kaki

Baby Dah Boleh Berjalan Cukup 1 Tahun 2 Bulan Anak Ayda Jebat Makin Lincah Lepas Dapat Kaki

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 213 hits
Istilah dapat kaki atau sudah boleh berjalan cukup sinonim bagi masyarakat Melayu kita Bersedia anak semakin lincah penyanyi dan pelakon Ayda Jebat juga turut berkongsi perkembangan terbaru anaknya Ana Nayla yang kini sudah pandai berjalan ...
Tak Sempat Lihat Wajah Anak Isteri Minta Edit Gambar Arwah Suami Buat Tatapan Anak

Tak Sempat Lihat Wajah Anak Isteri Minta Edit Gambar Arwah Suami Buat Tatapan Anak

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 202 hits
Bagi yang kehilangan insan tersayang pasti akan merasai betapa rindunya pada yang dah tiada Tambah pula pemergian tersebut dalam keadaan belum bersedia dan sedang melalui fasa kebahagiaan untuk menunggu cahaya mata Seperti kisah isteri ini ...
Suami Dayus Biar Doktor Lelaki Sambut Isteri Bersalin Pendakwah Tanya Tak Takut Dosa Ke

Suami Dayus Biar Doktor Lelaki Sambut Isteri Bersalin Pendakwah Tanya Tak Takut Dosa Ke

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 215 hits
Beberapa hari lepas tular sebuah perkongsian video di TikTok milik seorang pendakwah bebas berkenaan suami dayus membiarkan isteri bersalin disambut oleh doktor lelaki Kata pendakwah bebas yang dikenali sebagai Siti Afifah keputusan membiar...
Isteri Cuma Harapkan 3 Perkara Je Dengan Suami Banyak Yang Isteri Dah Korbankan

Isteri Cuma Harapkan 3 Perkara Je Dengan Suami Banyak Yang Isteri Dah Korbankan

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 231 hits
Sejak akhir akhir ini banyak kisah isteri yang diuji apabila mendapat tahu suami mendirikan rumahtangga dengan wanita yang baru dikenali secara senyap senyap Malah perkahwinan kedua suami tidak diketahui oleh isteri pertama Tidak salah untu...
B Bangun B Baru 3 Minggu Nikah Isteri Menangis Lemah Suami Meninggal Sebelum Sempat Bersanding

B Bangun B Baru 3 Minggu Nikah Isteri Menangis Lemah Suami Meninggal Sebelum Sempat Bersanding

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 138 hits
Sepasang suami isteri dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya namun malangnya lelaki tersebut disahkan terkorban akibat nahas terbabit Kejadian itu berlaku di Perling Johor dan perkongsian wanita itu yang dilaporkan cedera ringan me...
Suami Dayus Kerana Biarkan Doktor Lelaki Sambut Isteri Bersalin Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Suami Dayus Kerana Biarkan Doktor Lelaki Sambut Isteri Bersalin Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 223 hits
Sebelum ini seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai Ustazah Siti Afifah Shahbudin melabelkan golongan suami yang membiarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak mereka sekali gus mendedahkan aurat isteri kepada doktor lelaki adalah ...
Suami Nakkan Yang Terbaik Bukan Dayus Suami Berkorban Lebih Dari Mampu Untuk Persiapan Isteri Bersalin

Suami Nakkan Yang Terbaik Bukan Dayus Suami Berkorban Lebih Dari Mampu Untuk Persiapan Isteri Bersalin

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 131 hits
Perdebatan mengenai suami yang dikatakan dayus jika membiarkan isteri bersalin dengan seorang doktor lelaki yang hangat diperkatakan kini membuka pelbagai reaksi orang ramai Namun rata rata ramai yang menolak mentah mentah apa yang diperjel...
Amalan Jemput Rezeki Isteri Boleh Buat Urusan Suami Pun Jadi Mudah

Amalan Jemput Rezeki Isteri Boleh Buat Urusan Suami Pun Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 348 hits
Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga Jika seorang isteri dengan ikhlas mendirikan solat dhuha dan mendoakan bagi suaminya diluaskan pintu rezeki sebenarnya amalan ini sangat ...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Glc Leaders Feeling The Heat And They Re Singing Anwar S Tune

New Android Features To Help You Stay Connected And Safe

Cops Perhilitan Arrest Wildlife Trader Rescue 40 Turtles

Umno Youth S Rice Monopoly Criticism Amuses Amanah Counterpart

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson

How To Find Undervalued Domains

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ole Ole Dari Dubai

Lirik Lagu Jom Solat Unic Ft Aniq Muhai Naufal Isa

Hannah Delisha Tipu Helah Chord

Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel