Ride Balik Kampung Pekena Mee Bodo Dan Singgah Pantai Pengkalan Balak


assalamualaikum & salam sejahtera 😃
esok la ye in shaa Allah dpt la kita tau siapakah yg bakal menerajui negara kita. moga si dia itu dpt memikul amanah besar ni sebaiknya. moga si dia dpt melantik barisan kabinet yg bagus-bagus, jgn asyik auta sana sini 😊. ntah gabungan mana lah ye, berdebar

tak mau citer pasal PRU. 
kisah Jumat lepas, cuti umum sempena PRU. saya tidak ke mana pun, stay di Melaka. ngundi pun di Melaka. setiaku di sini. selepas solat subuh, mr.Asben da ajak keluar sarapan. lama sudah sebenarnya kami berdua tak dating! ha ha ha ha... sabtu dan ahad asyiklah busy hantar dan ambil kak Nurin dari sekolah, kelas tambahan. weekend ni PRU, no extra classes. alhamdulillah, dpt la anak sulung saya berehat sepenuhnya

kami gerak dlm jam 8 pagi. naik motor saje. breakfast di Tengkera, pekena mee bodo yg pernah viral. mee bodo ni memang dah lama bertapak di situ. sungguh lama! sewaktu saya sekolah rendah lagi. bagi org Melaka, ia tak asing pun. kami tiba, aduhai... ramainya pelanggan! sesiap mr.Asben tanya, "nak makan sini ke?" hu hu hu 😓. ngenangkan kami dtg dari jauh (jauh la sgt 😄), saya decided utk makan situ, tunggulah meja kosong. tak lama pun, dlm 10 minit lepas tu, dpt meja

simple
sedikit taugeh
hirisan timun
sambal

telur goreng 👍
cara di sini, duduk dan order air saje. mee bodo akan dihantar ke meja-meja. kalau nak telur goreng, kena beratur 😄. simple. masa menunggu mee bodo tiba di meja pun tak la lama. saya duduk berdekatan tempat masak, dpt la tgk diorang goreng mee bodo tu

kenapa mee bodo namanya?sebab, mee tu digoreng simple dgn taugeh je. guna minyak sambal. hirisan timun. sejemput sambal penambah rasa. tu je. even telurnya pun digoreng dgn minyak sambal. gitu... sekuali besar mee tu digoreng. terus dimasukkan dlm pinggan panas-panas. dihantar ke meja-meja. fresh

kalau makan mee nyer je, takde rasa! plain aje bila ditelan. wajib mee tu digaul dgn sambal. ulam timun dan telur goreng marbeles tu. barulah ada rasanya. barulah dpt nikmatinya dgn senyuman lebar

snap gambar time kami da abis makan, nak gerak
masih ramai beratur
masa tu dlm jam 9.30 pagi 😄

settle sarapan mee bodo, mr.asben ajak balik kampung, tgk rumah abah. lama da kami tak balik kampung. sebab mak abah pun tak balik, stay di rumah kakak di Bangi saje. rindu... ride kami bermula dari mee bodo, kami lalu tepi laut klebang. relax relax saje laki bini 💛

pantai klebang 😎
kul 9.30 pagi, kosong lagi


hujung tu ada satu keluarga berkelah
buka meja lipat dan makan-makan 😍


memang sengaja jamu mata ke pantai Klebang, cari port nanti-nanti nak bwk anak-anak berkelah. cadangnya pacak flysheet. bentang tikar. and bbq tepi pantai Klebang. awal pagi hinggalah tghari atau petang. nice juga area ni utk berkelah. luas. saujana mata memandang

all the way, dari pantai Klebang nak balik kampung, lalu jalan lama. Tangga Batu hinggalah ke Sungai Udang. gila lama tak lalu laluan tu, sebab da ada lebuhraya SPA sana tu kan. indahnya pengalaman ride along that way. nyaman

tiba Taman Desa Bayu, Kuala Sungai Baru
rumah abah mak 😍

jengah dari luar aje
check peti surat
rumah kecil yang bila semua anak-anak balik, meriah tak terhingga

roda motor pecut ke pekan Kuala Sungai Baru
bendera BN di mana-mana
kampung saya ni memang BN ye
pakcik saya pernah jadik ADUN sini 😃

on the way to pantai Pengkalan Balak
jalan diturap baru ye uolls! 👍





sekejap saje stop, utk snap snap gambar kami berdua. tak ramai lagi di pantai. pagi Jumaat, cuti umum tetiber, kan. tak ramai la. cuba dtg time cuti panjang hu hu hu hu... nak selit kat mana pun tak dpt, penuh da org berkelah, memancing, mandi-manda

kedai favourite abah mak
semakin cantik dah kedai makan ni




selain dari pantai klebang, sini jugak port menarik bwk anak-anak berkelah. pacak flysheet mcm yang lepas, bbq. buat nasi lemak sambal tumis. lepak tgk laut nyaman-nyaman

[ Baca juga : Berkelah di pantai Pengkalan Balak dgn abah emak ]
seronoknyalah rasa hati. dpt ride jalan-jalan Melaka. melepaskan rindu kat rumah abah dan kampung tercinta. then terus balik rumah. jam 11 pagi gitu dah tiba rumah semula. what a great journey 💜


ada anak-anak kat rumah, tak boleh la nak ride jejauh sgt. kesian ke anak-anak bertiga 😄. risau juga meninggalkan mereka bertiga lama-lama kat rumah, kan. sib baik la diorang da besar-besar. sekejap ditinggalkan, tau jaga diri alhamdulillah

😉

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adianiez.com/2022/11/ride-balik-kampung-pekena-mee-bodo-tengkera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ge15 Traffic Builds As Malaysians Balik Kampung To Cast Their Ballots

Ge15 Traffic Builds As Malaysians Balik Kampung To Cast Their Ballots

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 145 hits
PETALING JAYA Significant traffic congestion has been reported along the roads leading out of the city as folk begin journeying back to their hometowns to vote in conjunction with the 15th General Election The Malaysian Highway Authority sa...
T22j25 Hari Ke 5 Di Terengganu Bertolak Balik Ke Sepang Singgah Di Marang

T22j25 Hari Ke 5 Di Terengganu Bertolak Balik Ke Sepang Singgah Di Marang

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 129 hits
Singgah di Kampung Kijing Marang TerengganuSudah lama tidak balik ke Terengganu maka kesempatan kali ini kami singgah sebentar di Kampung Kijing Sebelum ini pernah beberapa kali cuba singgah tapi tidak kesampaian kerana beberapa cabaran sep...
Opie Kumis Ungkap Cerita Di Balik Kumis Tebalnya Berawal Dari Keisengan Sesepuh Di Kampung

Opie Kumis Ungkap Cerita Di Balik Kumis Tebalnya Berawal Dari Keisengan Sesepuh Di Kampung

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 129 hits
Meskipun berawal dari dijahilin Opie Kumis tetap bersyukur memiliki kumis tebal yang kini jadi ikon mencolok dari pelawak senior ini
Rafizi Terpaksa Sekolahkan Budak Budak Yang Tak Pandai Mmmmm Maksudnya Budak Bodo

Rafizi Terpaksa Sekolahkan Budak Budak Yang Tak Pandai Mmmmm Maksudnya Budak Bodo

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 112 hits
RAFIZI RAMLISaya baru isytiharkan harta Kecoh budak budak UMNO PAS BERSATU persoalkan macam mana aset bersih saya bernilai RM18 juta RM16 juta itu saham dan pelaburan saya dalam startup yang saya tubuhkan iaitu INVOKE Solutions Sdn Bhd Saya...
Woii Puad Terowong Baru Peringkat Kajian Pelaksanaan Patut Hang Kalah Dan Tak Jadi Calon Bodo Rupanya

Woii Puad Terowong Baru Peringkat Kajian Pelaksanaan Patut Hang Kalah Dan Tak Jadi Calon Bodo Rupanya

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 164 hits
LCS lewat Rafizi bising terowong ghaib dia senyap kata Puad November 11 2022 Akhir Ogos lalu Puad Zarkashi mencabar Rafizi Ramli membongkar isu projek terowong dasar laut susulan pendedahannya berhubung syarikat dikaitkan projek kapal LCS P...
The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade

Bagi Yang Tak Faham Matematik Pengiraan Perjalanan Pmx

Hoya Pro1 Uv Filter

The Escape Machine A Mercedes Inspired Bmw R100r From Brooklyn

12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Kek Batik Malt Coklat

11 Istilah Dalam Perpajakan Penjelasan Definisi Beserta Rumus Dan Cara Perhitungannya

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits

Royalti Minyak Samsuri Pas Terus Kekal Dengan Politik Bebalkan Rakyat

Certot Minyak Masak Peket

Pdrm Beri Kupon Diskaun Dalam Talian Elak Kaunter Bayaran Saman Sesak