Pru 15 Mengundi Untuk Negara Tercinta Antara Barang Yang Perlu Bawa Semasa Mengundi
hai assalammualaikum
PRU 15, Mengundi Untuk Negara Tercinta - Setelah 5 tahun, Pilihan Raya Umum 2022, PRU 15 secara rasminya diadakan pada 19 November 2022 untuk memilih anggota Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia 15. Masa untuk rakyat memilih semula pemimpin yang berkaliber, pemimpin yang mampu menstabilkan negara
Pilihan Raya Umum 2022 kali ni diadakan pada hari Sabtu. Nad macam biasa, akan undi di Meru Klang, kampung nad. Masa kempen PRU 15 habis semua keluarkan pemimpin ni macam ni,pemimpin tu macam tu, kadang pening juga nak fikir mana satu yang bagus. Harap sangat kali ni, siapa pun pemimpin akan menjalankan tanggungjawab dengan baik
PRU 15, MENGUNDI UNTUK NEGARA TERCINTAKalau sebelum ni, macam biasalah, nak tau kita mengundi dekat mana, salurn berapa, semua kita akan cek dekat mysprsemak . Nad masih tempat yang sama macam PRU 14, di SEK KEB Meru (2). Tapi PRU 14 sebelum ni nad pergi mengundi pagi, untuk PRU 15 ni nad pergi mengundi petang
Mulanya takut tak sempat, takut tutup awal pusat mengundi tu walaupun dia tulis waktu mengundi 8 pagi sehingga 6 petang. Satu lagi takut cuaca, tiba-tiba hujan pulak kan. Dah tak dapat mengundi, rugi dah dekat situ. Tapi alhamdulillah, cuaca elok sampai petang.
Nad pergi petang pun sebab tunggu kakak nad balik kerja, memang nak pergi mengundi dengan dia. Kakak balik pukul 3 petang, tunggu la dia balik, dalam masa sama hati berdebar sebab tengok ramai dah undi pagi. Takut kita tak sempat pulak kan..hehehe. Risau kan. Dia balik dalam pukul 3,30 petang, lepas tu nak pergi jemput kakak lain pulak dengan adik dengan anak buah. Memang rancang kitaorang nak undi sama-sama adik beradik
Pernah undi pagi, punya beratur panjang. Tapi tengok tempat dan saluran, ada yang cepat bergerak, ada yang lambat. Penat la juga bertaur, tunggu giliran
PRU 15 ni pergi petang mengharapkan tak perlu beratur..hehehe. Kita tengok nasib, ramai ke tidak
Kali ni pergi mengundi naik motor ke tempat mengundi. Lagi senang, takut naik kereta takda parking pulak. Naik motor boleh menyelit dan merempit kan..hehee
Bila sampai sana, rupanya takda orang sangat pun, sebab semua dah pergi mengundi pagi. Boleh je naik kereta dan parking, tapi yela sebab kita tak tau kan, tu naik motor. Naik apa pun tak kisah la asalkan sampai tempat mengundi sebelum pukul 6 petang
Apa yang perlu dibawa ketika pergi mengundi
Nad kongsikan antara barang yang perlu korang bawa semasa mengundi- Sebelum pergi mengundi, seeloknya korang semak dahulu nama korang mengundi dekat mana, no gikiran dan saluran apa di mysprsemak.spr.gov.my Bila sampai tempat mengundi terus ke saluran yang disediakan, dan bagi nama. Semak awal supaya tak tersalah tempat mengundi
- Bawak kad pengenalan- Pakai mask disebabkan musim penyakit covid- Telefon boleh bawa tapi masa pengundian perlu diletakkan di kotak yang dikhaskan- Kipas mini, takut cuaca panas- Payung - Sanitizer disebabkan sekarang penyakit covid
Kalau sebelum musim covid, cuma bawa kad pengenalan, payung dan kipas mini sahaja. Lepas tu telefon boleh je simpan dalam poket seluar atau dalam beg, tak perlu letak tempat khas, tapi disebabkan orang tertentu buat kerja gila, di mana mereka telah merekod video, mengambil gamabr undian mereka, menunjukkan mereka undi apa, jadi peraturan telah diubah. Bila manusia sibuk nak dapatkan view tapi tak tau peraturan, macam ni la. Padahal undi adalah rahsia ya
Masa nad semak dekat mysprsemak, ada dah screenshot siap-siap, jadi tak kelam kabut.
Bila sampai tempat mengundi, nad terus ke saluran nad, dan bagitau bilangan nombor. Tu nak memudahkan petugas spr mencari nama kita. Kalau tak ingat, boleh bagitau nama. Faham jela bila bagitau nama, memang kene cari satu-satu. Sebab tu perlu ingat nombor bilangan yang dah ada ditulis semasa kita semak nama kita di mysprsemak
Selepas itu, petugas suruh pergi ke saluran nad. Alhamdulillah, tempat memang takda orang, tak perlu beratur, tinggal masuk sahaja
Masuk dalam, bagi kad pengenalan, petugas akan sebut nama kita sekuatnya dan melihat muka kita sama ke tidak. Lepas tu pergi meja sebelah untuk celup jari kita dekat dakwat purple yang disediakan. Jari yang dicelup ni menandakan korang dah pergi mengundi, jadi takda cerita pergi undi banyak kali
Macam nad celup jari telunjuk, tengok orang lain ada celup jari lain, tak tau la tengok kawasan diaorang mintak celup jari mana dekat dakwat tu.
Lepas tu akan di bagi kertas undi, dan pergi ke meja disediakan untuk membuat undian. Sebelum tu letak telefon di kotak yang disediakan
Dakwat dekat jari tu bukan untuk cop dekat kertas undian tau, kita undi dengan menggunakan pen yang disediakan. Kalau tak paham, ada cara mengundi dekat meja disediakan tu. Meja tu tertutup, jadi orang lain tak kan nampak korang undi apa. Undi adalah rahsia..hehehe
Nak mengundi kenalah pangkah di kotak kertas undi. Pangkah jela, takyah buat benda lain. Jangan merosakkan kertas undi ya
Lepas memangkah kertas undi, lipat seperti yang korang dapat dan masukkan dalam box yang disediakan di tengah-tengah. Dah selesai
Mudah sahaja kan. Kadang benda mudah jadi tak mudah sebab kita nak memikirkan siapa boleh buat kerja dekat kawasan kita tu
Malam tu memang nad pasti semua orang tak sabar nak tau keputusannya kan, siapa yang menang di tempat masing-masing dan paling utama siapa yng bakal menjadi Perdana Menteri. Tapi tungu punya tunggu hanya beberapa kawasan sahaja tau siapa yang menang. Tapi untuk Perdana Menteri belum diketahui sehingga sekarang. Nasib nad tak tunggu sampai pagi buta..hahaha
Makanya kita tunggu siapala yang bakal menjadi Perdana Menteri. Semoga pemilihan ini adalah pemilihan yang tepat, mampu memberi sinaran pdaa Malaysia. Bukan itu sahaja, semestinya kita mahu pemimpin yang mampu menjalankan tanggungjawab dengan adil dan saksama.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2022/11/pru-15-mengundi-untuk-negara-tercinta.html