Rasai Pengalaman Menyeronokkan Di Boostopia Pada 8 8 10 8 Di Trec Kuala Lumpur
Untuk korang yang tak tahu, ini ada berita gembira untuk semua! Berbaki beberapa hari sahaja lagi, Boostopia yang dianjurkan oleh Boost akan diadakan selama tiga hari bermula 8.8 hingga 10.8 di Trec Kuala Lumpur.
Apa itu Boostopia?
Boostopia menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung selama tiga hari berturut-turut di mana pelbagai jenama ‘online’ akan berhimpun di Boostopia. Antara jenama yang akan turun padang seperti Photobook, BuyMall, DeliverEat, Halaltrekker.com, OYO dan MYDIN Online serta bermacam lagi!
Konsepnya mudah, beli barang ‘online’ secara terus di depan mata dan bayar tanpa membawa wang ringgit secara tunai melalui Boost. Fuhh, mudah dan sangat berbaloi!
Membeli-belah sambil berhibur dengan persembahan dan aneka makanan
Korang juga akan dihiburkan dengan persembahan daripada artis tempatan seperti Talitha Tan, Ryot Jones dan Paperplane Pursuit.
Selain itu, ini juga masa terbaik bagi korang untuk melihat sendiri semua barangan yang ditawarkan dalam ‘online’ secara ‘offline’ sampai puas hati.
Sambil berhibur terdapat juga pelbagai gerai makan yang disediakan dengan beberapa jenama yang tidak asing lagi seperti Nachoslah, Beard Brothers, Juicy Baby serta bermacam lagi!
Jadi, korang bolehlah ajak kawan-kawan dan ahli keluarga datang untuk merasai sendiri pengalaman di program Boostopia pada 8.8 hingga 10.8 di TREC Kuala Lumpur melalui pelbagai aktiviti yang ditawarkan dan boleh dikatakan sangat ‘insta-worthy’ (seperti kolam bola gergasi) untuk dikongsikan ke laman sosial ataupun dengan ‘followers’ korang hihi!
Belanja pada Online Boost Day 8.8 – boleh menang kereta, cashback 30% dan pelbagai hadiah menarik!
Ya, anda tak salah baca sebab pada 8.8 Boost juga akan mengadakan ‘Online Boost Day’ di mana korang berpeluang membawa pulang hadiah utama iaitu kereta Proton X70 dan pelbagai hadiah menarik lagi! Caranya cukup mudah.
Pada 8.8 ini, sekiranya korang berbelanja atau membuat sebarang pembayaran secara ‘online’ dengan menggunakan Boost, korang akan mendapat 18 token bagi setiap RM10 yang digunakan. Sebelum ini Boost hanya memberikan 1 token bagi setiap RM10, jadi rugi besar jika korang tak rebut peluang pada 8.8 ini!
Melalui token tersebut, korang boleh menyertai kempen Boost Super Shake dan berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama iaitu Proton X70. Hadiah itu belum termasuk iphone XS, wang tunai RM1000 yang diberikan dalam Boost Wallet serta pelbagai hadiah menarik lagi yang boleh buat korang rambang mata!
Dapat ‘cashback’ atau pulangan tunai sebanyak 30%
Tak cukup dengan itu, Boost beri lagi korang ‘cashback’ atau pulangan tunai sebanyak 30% jika korang shopping secara ‘online’ pada tarikh 8.8 dan bayar dengan Boost di kedai ‘online’ terpilih seperti Zalora, Taobao, All Young, Qoo10 serta bermacam lagi. Fuhh, ini lah masanya korang nak shopping sakan dengan harga yang lebih murah dan dapat pulangan tunai yang lumayan. Memang berbaloi!
Tapi ingat, setiap 30% ‘cashback’ yang diberikan hanya terhad kepada RM10 per transaksi bagi setiap dua kali penggunaan untuk seorang pelanggan. Korang kena cepat, sebab tawaran ini hanya terbuka untuk 8 ribu pengguna bagi semua jenama terpilih sahaja!
Apa yang paling best, dah berbelanja dengan mendapat ‘cashback’ daripada semua ini, mereka akan beri lagi hadiah kepada korang. Sebagai contoh, jika membeli barangan dari Qoo10 dan membayar menggunakan Boost, korang akan mendapat RM10 kupon PERCUMA dengan pembelian minima RM50.
Tak cukup dengan itu, ada lagi diskaun ekslusif yang boleh didapati di dalam aplikasi Boost dengan harga serendah RM1! Korang hanya perlu klik pada kad Boostopia yang terletak di bahagian bawah “What’s New”.
Dan tidak ketinggalan, korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik di dalam aplikasi Boost. Bagaimana caranya? Mudah sahaja! Korang hanya memerlukan satu telefon bimbit di tangan yang perlu digoncang selama 88 kali dalam tempoh 31 saat!
Boostopia Shake Challenge menang RM188
Ya, semudah itu tetapi masih ramai tidak mengetahui bahawa Boost kini sedang mengadakan Boostopia Shake Challenge yang telah bermula 24 Julai lalu dan akan berakhir 7 Ogos ini. Berbaki lagi beberapa hari, ini lah masanya korang goncang telefon selaju mungkin bagi merebut hadiah sehingga RM188 di dalam aplikasi Boost!
Bagaimana? Jom kami kongsikan caranya!
Boostopia Shake Challenge ini terbuka kepada semua. Jadi jangan risau kalau korang tidak mempunyai akaun Boost. Korang hanya perlu klik di SINI untuk sertai!
Setelah mendaftar, korang hanya perlu klik pada bahagian ‘Shake Challenge’. Isikan alamat emel dan mula menggoncang selaju mungkin selama 88 kali dalam tempoh 31 saat.
Sekiranya korang berjaya, korang hanya perlu datang ke program Boostopia pada 8.8 hingga 10.8 bertempat di TREC Kuala Lumpur untuk menebus hadiah RM188 terus ke dalam aplikasi Boost korang. Mudah je kan? Tapi ianya terhad kepada 5 ribu penebusan yang pertama sahaja tau, jadi cepat rebut peluang ni!
Jadi apa tunggu lagi? Jom sertai Boostopia Shake Challenge untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik di sana! Jangan lupa temujanji kita di Boostopia pada 8.8-10.8 ini. Jumpa korang di sana!
Tertakluk kepada terma & syarat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/08/06/rasai-pengalaman-menyeronokkan-di-boostopia-pada-8-8-10-8-di-trec-kuala-lumpur/