Travelog Usa 2019 Part 1 Kuala Lumpur To San Francisco
Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Inilah kalimah yang dapat kami ucapkan. Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah buat kami
Tahun ini, kami diberi peluang untuk bercuti di USA iaitu di San Francisco dan juga Las Vegas untuk mengikuti Shaklee Free International Incentive Trip 2018/2019
17 Julai 2019. It's the moment
Ini trip yang ke sekian kalinya kami bersama Shaklee.
2014 : USA Los Angeles, California2015 : Italy Milan, Rome, Florence2016 : USA Orlando, Florida2017 : Jepun 2018 : Western Meditarranean Cruise Spain, France, Italy2019 : USA San Francisco, Las Vegas, Los Angeles
Alhamdulillah, banyak rezeki dan peluang yang Allah berikan melalui Shaklee. It is a fully sponsored trip kepada mereka yang berjaya mencapai sales yang ditetapkan oleh pihak syarikat
Jadi, kami hanya perlu bawa diri dan sedikit duit belanja untuk shopping di sana. Selebihnya dah diuruskan oleh Shaklee.
So, entri kali ini adalah untuk Part 1 : Perjalanan Dari KLIA ke San Francisco
Ucapan selamat jalan oleh Shaklee Malaysia
Kami tiba di KLIA jam 11 pagi. Terus kami mencari agen dan mendaftar kehadiran kami.
Kami diberikan name tag untuk kami guna sepanjang perjalanan ini.
Plus setiap seorang kami diberikan duit USD 360. So, kami berdua dapat total USD720. Boleh la tampung tampung duit buat belanja shopping di US nanti.
Kami pakai baju jaket yang dibeli ketika di Florence, Italy pada tahun 2018 yang lepas. Dah setahun beli, baru berpeluang nak pakai
Rerakan yang lain mula sampai ke airport dan mula untuk mendaftar di Check In area.
Ini kapal terbang yang kami naik, China Airlines. Dulu ke US pun kami naik kapal terbang ini juga. Servis tip top gak la.
Downline kami dari Nilai, Affni. Dia datang ke Airport untuk ambil aura perasaan travel ke oversea secara percuma dengan Shaklee. Insya Allah, next year kita target gi jalan sesama
Alex, tour leader group kami memberi boarding pass untuk kami masuk ke ruang menunggu.
In total, 100 orang lebih menyertai trip untuk kali ini
Team kami untuk kali ini, saya dan Maria, Najmi dan Athirah serta adik saya Duha dan Ainul
It's time. Kami solat Zuhur dan Asar dulu di surau KLIA. Then terus ke Boarding Area di C37
Terus naik ke kapal terbang
Perjalanan dari KL ke Taipei adalah 4 jam 30 minit. Kami transit di Taiwan dulu sebelum ke US
Makan malam disediakan di atas kapal terbang.
Semua orang busy dengan movie masing masing
Ini route perjalanan kapal terbang kami
Selamat tiba di Taiwan
Asal ada gambar perkataan Taiwan ajer ambil. Hehe..
Kami transfer ke terminal lain untuk menyambung perjalanan ke San Francisco.
Baru selesai solat Maghrib dan Isyak di tepi kawasan ini
Then pusing pusing kawasan sekitar untuk ambil gambar
Tahun 2014 kami dah sampai ke airport ni dan ia masih sama
Belum sampai US lagi, dah ushar ushar hand bag.
This will be a very long journey. 12 jam. Since kami naik kapal terbang waktu malam. Terus boleh tidur. Alhamdulillah, ngantuk nyer pasal, tidur 7 jam atas kapal terbang. Kami solat subuh jer atas kapal terbang
Tidur dulu..
Bangun makan, then sambung tidur balik..
Jauhnyer... Rasa macam pusing belakang bumi jer..
Makan lagi atas flight.
Alhamdulillah, selamat sampai ke San Francisco
Hari pun dah malam setibanya kami di US. Jom balik hotel tidur dulu lah.
Ini Hotel Nikko San Francisco yang kami menginap di SF ni
Lobi hotel yang sangat besar
Bilik yang cantik
Tandas yang lawa
Suplemen kami berdua di US sepanjang 10 hari ni. Untuk travel, kami perlu sentiasa kekal cergas dan bertenaga, so tentunya suplemen Shaklee yang membantu kami. Alhamdulillah
Since dah malam. Kami beradu dulu. Till then
Kami ada banyak lagi story mory nak share ni sepanjang trip kami di US. So, stay tune
Wassalam
Maria FirdausMotivating And Inspiring Others
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdaus.com.my/2019/07/travelog-usa-2019-part-1-kuala-lumpur-to-san.html