Kembara Ilmu Tahun 1 Izzat Melawat Kuala Lumpur Dengan Kawan Kawan
assalamualaikum 😊
ptg ni hah baru la dpt siapkan entri ni
hu hu hu hu throwback sungguh, kan 😄
yes lah, si ibu nyer sgt la ralit memilih puluhan gambar yg para Muallimah wasap dlm grup kelas
nak belek sesatu gambar yg boleh dikongsi
ada masa skit, edit gambar and upload dlm draft folder blogger
ada masa skit lagi, karangkan ayat-ayat nyer plak. save lagi dlm draft folder
gitu lah... lebih sebulan jadik nyer entri perap dlm draft folder 😅😅😅
Kembara Ilmu Tahun 1 SRITI An-Najah, sekolah Izzat ni dah dilaksanakan dan sempurna anak-anak gi pada 29.6.2019 (Sabtu)
program kembara ni adalah wajib disertai oleh anak-anak tahun 1
utk saya dan mr.asben, anak-anak kami sememangnya tak pernah tak pergi apa-apa lawatan / rombongan yg diadakan pihak tadika & sekolah sejak dulu lagi
memang kami izinkan, meskipun, ada skit rasa risau lah dlm hati, kan 😅. anak kecik nak dilepaskan berjalan dgn cikgu, sape la tak risau kan..
paling risau, bab kencing berak nyer lah kan hi hi hi hi... seboleh2nya tak nak menyukarkan dan menyulitkan para guru
alhamdulillah... setakat kini, semua anak-anak kami terbaik 👌. takde kes time lawatan / rombongan
👉 aturcara Kembara Ilmu :9 pagi : sarapan pagi di KL9.30 pagi : lawatan ke Muzium Negara10.30 pagi : lawatan ke Planetarium Negara11.30 pagi : lawtan ke Muzium PDRM12.30 tghari : makan tghari & solat di Masjid Negara2.00 ptg : lawatan ke Pusat Sains Negara5 ptg : bertolak balik ke Melaka (berhenti solat di R&R)begitula seadanya aturcara lawatan yg telah ditetapkan
skit lebih kurang lah kan bab masa tu. tak mudah nak handle lebih dari 30 org anak-anak yg aktif 😄
terima kasih kepada Muallimah & Muallim yg sporting upload gambar anak-anak sepanjang Kembara Ilmu tu
kami di rumah, sgt la lega bila tgk gambar, Izzat was so excited
nampak sgt happy dia..
jom layan gambar-gambar 👇👇👇..
molek jer anak-anak ni makan. tertib 👍.
beratur plak utk solat Zohor 👍...
alhamdulillah... sepanjang hari lawatan anak-anak, cuaca sgt baik 😎.
gambar-gambar dlm entri saya ni tak ikut turutan yg betul
ini adalah kerana saya sendiri kurang pasti lokasi gambar-gambar tu
ia telah dikongsi oleh Muallimah dlm grup secara kolektif, kan..
saya tak expect para Muallimah & Muallim nyatakan dlm wasap secara spesifik keberadaan mereka
Muallimah & Muallim sibuk menguruskan anak-anak all the time kan, tu lebih penting 😃👍
yg kelakar, bila saya tanya Izzat pasal gambar-gambar dia, "ni kat mana, Ijat?"
jawapan cute dia, "ntah la. Ijat pun tak tau... tanya la Muallimah...". 😄😄😄memang da jangka dah jawapan dia gitu
aduhai Izzat ku sayang..
tapi dia cerita la dlm setiap gambar dia buat pe dgn happy nyer 😄. lokasi tak tau ha ha ha ha..
teringat statement Izzat tentang gambar ni, "Izzat pegangn tulang, bu..." 😂.
sgt jelas keseronokan Izzat dlm gambar-gambar ni.
Izzat memang extra excited in apapun yg dia buat 😂 boleh bayangkan gelak besar dia tu.
amboi Izzat. da semakin hensem bila bergambar 😄.
happy for Izzat. satu lagi pendedahan yg amat positif utk dia.
saya sgt suka bila anak-anak saya ni didedahkan dgn pelbagai aktiviti dan diberi peluang utk turut serta dlm pe juga program.
tak mahu diorang jadi tak tahu, tak berani, tak mahir,... dan sebagainya.
dlm masa yg sama, menerusi aktiviti luar gini, hubungan dia dan Muallimah / Muallim akan jadi lebih rapat dan santai.
yg garang dlm kelas, bila berjalan gini, akan jadi ceria.
so, anak-anak ni akan lebih kenal Muallimah / Muallim nyer 😍.
nampak ia sgt ringan. santai. releks.
tapi kepentingan sertai lawatan / rombongan gini amat berat, serius, penting dan bermakna.
tambah ilmu.
tambah berani.
tambah berdikari 👍.
😊
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/08/kembara-ilmu-tahun-1-izzat-melawat.html