Bagaimana Menjemput Kejayaan Dalam Kehidupan Seharian



Kejayaan sentiasa dikaitkan dengan usaha kuat, fokus serta kesabaran yang tinggi. Tidur yang tidak cukup, rehat yang sedikit serta usaha yang sangat luar biasa. Begitu biasanya kita digambarkan dengan proses untuk berjaya. Tidak dinafikan, kesemua elemen ini boleh dikawal oleh manusia dan akan membawa kepada produktiviti dan peningkatan dalam hidup.
Namun bagaimana pula dengan produktiviti dalaman kita iaitu jiwa. Bagaimana untuk meningkatkan produktiviti jiwa supaya dapat menyumbang juga kepada kejayaan. Dalam Islam, ada satu lagi elemen yang sangat penting iaitu barakah atau keberkatan.
Mohammed Faris, Pengasas ProductiveMuslim.com dalam ucapannya menerangkan dengan panjang lebar bagaimana konsep barakah ini mampu meningkatkan kejayaan berkali ganda lebih banyak daripada kejayaan yang biasa.
Apa Itu Keberkatan
Mari kita mulakan dengan makna berkat atau barakah itu sendiri.
Asal perkataan barakah bermaksud bertambah atau berkembang. Juga boleh membawa makna berkekalan. Al-Asfahani (meninggal 425H) menyatakan ia bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam) – Dipetik dari perkongsian Ustaz Asri di blognya.
Jika dilihat kepada pendapat Imam Al-Asfahani, keberkatan ialah suatu elemen ketuhanan (kebaikan Ilahi) yang terdapat pada setiap perkara. Ia boleh jadi ada pada rezeki, harta, masa, tempat tinggal malah apa sahaja. Jika keberkatan hadir, suatu yang sedikit akan terasa banyak, suatu yang sedia ada banyak pula akan terasa lebih banyak.
Jika ia hadir pada masa, masa yang sedikit akan terasa panjang dan lebih banyak perkara bermanfaat boleh dilakukan. Kerja boleh disiapkan dengan baik walaupun dalam masa yang singkat. Jika ia hadir pada harta atau tempat tinggal, rumah yang kecil pun akan terasa luas dan menenangkan.
Pendek kata nilai di sebalik perkara tersebut akan bertambah dan berkembang. Keberkatan memaksimumkan hasil yang akan kita peroleh. Mengapa tidak, ‘kebaikan Tuhan’ ada bersama perkara tersebut!
Jadi, bagaimana untuk menjemput keberkatan dalam setiap perkara yang kita lakukan?
Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita teliti dua cerita ini. Kisah yang pertama ini terkandung dalam sebuah hadis riwayat Muslim.
Kisah Pertama
Seorang lelaki yang berada di tempat sunyi telah mendengar suara dari awan; “Siramilah kebun si fulan”. Lalu awan itu bergerak ke arah yang diperintahkan lalu turun menyirami kebun si fulan tersebut. Lelaki yang berasa takjub ini menjejaki kebun itu lalu menceritakan apa yang telah didengari kepada pemilik kebun tersebut.
Dia juga bertanya tentang amalan yang telah dilakukan oleh pemuda tersebut sehingga mendapat layanan yang istimewa daripada Allah dan malaikat.
Pemuda tersebut memberitahu bahawa setiap kali dia mendapat keuntungan daripada hasil tanaman, satu pertiga akan digunakan untuk urusannya dan keluarga, satu pertiga disedekahkan dan satu pertiga lagi dikembalikan semula sebagai modal untuk menguruskan kebun.
Pemuda ini menguruskan urusan dunianya dengan tidak meninggalkan akhirat. Keberkatan Tuhan datang dalam bentuk hujan dan menggandakan lagi nikmat yang diperoleh.
Kisah Kedua
Cerita kedua berkenaan seorang lelaki yang bertanya Rasulullah SAW, apakah dia perlu melepaskan untanya dan bertawakkal kepada Allah. Rasulullah SAW menyuruhnya mengikat unta tersebut dan bertawakkal. Kisah ini ada diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya.
Kata Mohammed Faris lagi, dalam kedua-dua cerita di atas, terdapat tiga perkara penting yang boleh diambil menjadi prinsip supaya kehidupan kita lebih berkat.
#1- Mindset: “Usaha Dan Percaya”
Mindset atau ketetapan minda di sini adalah suatu sistem kepercayaan kepada Tuhan bahawa sesuatu itu memerlukan usaha dan juga tawakkal. Seperti dalam kisah pemuda yang mengikat untanya di atas. Rasulullah SAW menyuruhnya mengikat (usaha) dan bertawakkal (percaya), bukan hanya salah satu sahaja.
#2- Nilai Kecukupan (Values of contentment)
Nilai ini bermaksud kita berasa cukup dengan apa yang diperoleh. Ia tidak bermaksud kita perlu kekal statik dan tidak perlu membuat perubahan dalam hidup tetapi harus ada rasa syukur dan cukup dengan apa yang diberikan Tuhan dalam masa yang sama berusaha memperbaiki diri dari semasa ke semasa.
Ada satu kisah tentang seorang lelaki miskin yang menjumpai seguni emas di depan rumahnya. Pada guni itu tertulis 100 keping emas, padahal orang yang meletakkannya hanya mengisi guni tersebut dengan 99 keping sahaja. Lelaki tersebut mengira kepingan emas tersebut dan mendapati hanya ada 99 keping sahaja. Dia kembali mengira dan mengira dan bilangannya masih sama. Dia jadi tidak puas hati dan tidak tenang. Pemikirannya difokuskan kepada satu keping yang tiada berbanding 99 keping lagi yang ada di depan mata.
Dalam kisah pemuda dan kebunnya , ‘rasa cukup’ atau qanaah pasti telah tersemat di jiwanya apabila dia merasa cukup hanya dengan satu pertiga harta untuk kegunaan diri dan keluarga. Rasa cukup dan syukur ini lah yang telah menambah nikmat dari Tuhan.
#3- Ritual (Khidmat)
Ritual atau khidmat ini pula bermakna kita memberi dan berkongsi dengan orang lain sebahagian dari harta yang kita ada. Rezeki yang diberikan Tuhan tersebar lebih jauh, dan sampai ke tangan-tangan orang yang memerlukan- fakir miskin, gelandangan, dan sesiapa sahaja yang dalam kesusahan. Pemilik kebun dalam cerita di atas memperuntukkan sebahagian hartanya untuk tujuan sedekah.
Ketiga –tiga prinsip di atas ialah prinsip teras dalam pengurusan harta dan kehidupan kita sebagai seorang manusia. Tetapi ada satu lagi syarat terakhir bagaimana ketiga-tiga prinsip tersebut mampu menjemput keberkatan dalam hidup.
Tidak lain tidak bukan pasti dengan ‘keihkhlasan’. Ikhlas ialah syarat utama dalam setiap perkara yang dilakukan. Keikhlasan umpama minyak yang melancarkan perjalanan. Hanya dengan niat yang ikhlas, kita mampu sampai ke penghujung destinasi dengan jayanya.
Kesimpulannya, kejayaan dalam hidup seorang Muslim itu merangkumi banyak perkara. Ia bukan sekadar kejayaan material tetapi juga kejayaan spiritual. Ia bermula dari proses yang paling awal iaitu pembentukan sistem kepercayaan (kepercayaan kepada Tuhan), sistem nilai (values of contentment), dan juga khidmat (service) kepada orang sekeliling. Dalam setiap proses inilah keberkatan Ilahi hadir dan membawa kita kepada kejayaan yang lebih menyeluruh, InsyaAllah.
 
Sumber: Tazkirah.net 
The post Bagaimana Menjemput Kejayaan Dalam Kehidupan Seharian appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/bagaimana-menjemput-kejayaan-dalam-kehidupan-seharian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Benda Yang Digunakan Dalam Kehidupan Seharian Sebenarnya Hasil Penemuan Ilmuwan Islam

9 Benda Yang Digunakan Dalam Kehidupan Seharian Sebenarnya Hasil Penemuan Ilmuwan Islam

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 420 hits
1 Kopi Kopi adalah fenomena sepanjang zaman sejak 1200 tahun lalu hingga sekarang Orang Arab pada zaman dahulu akan berkumpul di suatu tempat dan minuman kopi akan dibuat dan diagih agihkan Sekarang kedai kopi ada di merata rata tempat beza...
Kelebihan Surah Al Mulk Dalam Kehidupan Seharian

Kelebihan Surah Al Mulk Dalam Kehidupan Seharian

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 571 hits
Kelebihan Surah Al Mulk Dalam Kehidupan Seharian Kami di DH akan kongsikan sedikit info yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian iaitu kelebihan membaca Surah Al Mulk Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan kerana ia menyel...
Rebut Peluang Kehidupan Lebih Baik

Rebut Peluang Kehidupan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 293 hits
Setiap orang inginkan kepada kehidupan mewah dan senang atau sekurang kurangnya memenuhi keperluan hidup harian sebagai sebahagian dari tindak balas spontan berdasarkan kepada keperluan rohani dan jasmani Tetapi kesenangan hidup tidak datan...
Indahnya Kehidupan Zaman Dahulu

Indahnya Kehidupan Zaman Dahulu

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 657 hits
Assalamualaikum Gurindam Jiwa Luka yang ditulis di dalam loghat Kelantan ini mengisahkan seorang insan yang mengimbau kenangan zaman dahulu dimana kehidupan dalam serba kekurangan tanpa teknologi dan kemudahan namun tetap gembira dan bahagi...
Memperkayakan Kehidupan Dengan Pelbagai Nilai

Memperkayakan Kehidupan Dengan Pelbagai Nilai

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 305 hits
Untuk hidup bahagia di dunia ini kita perlu memperkayakan kehidupan Pengertian memperkayakan kehidupan bukan hanya tertumpu kepada kaya material semata mata Memperkayakan kehidupan lebih bermakna jika kita mampu melihat kehidupan ini dari s...
3 Kebiasan Ini Bisa Merubah Kehidupan Kamu Menjadi Lebih Baik

3 Kebiasan Ini Bisa Merubah Kehidupan Kamu Menjadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 663 hits
Mungkin kamu m rasa bahwa disaat muda kamu harus hidup d ngan tidak m nyia nyiakan s gala yang kamu dapatkan kamu b ranggapan bahwa di k hidupan muda ini kamu harus m lakukan hal apapun untuk m nikmati k hidupan kamu Namun apakah kamu tahu ...
Gambar Kehidupan Suku Kaum Pemburu Kepala Manusia

Gambar Kehidupan Suku Kaum Pemburu Kepala Manusia

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 466 hits
Australian photographer Raphael Korman travelled to the village after hearing tales of head hunting practiced there until the late 1960s An Indian village of head hunters close to the dangerous Myanmar border is battling long term opium add...
Kehidupan Kita Bukan Tanda Aras Kepada Orang Lain

Kehidupan Kita Bukan Tanda Aras Kepada Orang Lain

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 553 hits
Be nice to nerds Chances are you may end up working for them dipetik dari Charles Sykes penulis buku 50 Rules Kids Won t Learn in School Tular di media sosial satu luahan hati dari seorang bekas mangsa buli dan ejekan ketika di zaman sekola...
Kesan Saka Pada Kehidupan Dan Tips Rawatan

Kesan Saka Pada Kehidupan Dan Tips Rawatan

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 344 hits
Saka telah meninggalkan impak yang sangat besar dan meluas dalam kehidupan manusia kerana ia merangkumi dalam semua aspek jenis kehidupan sama ada dari segi fizikal spritual keagamaan ekonomi sosial dan sebagainya Walaupun saka lebih diliha...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner