Kesan Saka Pada Kehidupan Dan Tips Rawatan



Saka telah meninggalkan impak yang sangat besar dan meluas dalam kehidupan manusia kerana ia merangkumi dalam semua aspek jenis kehidupan sama ada dari segi fizikal, spritual, keagamaan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Walaupun saka lebih dilihat ilmu atau amalan yang melibatkan makhluk halus seperti jin dan syaitan tetapi kesan penglibatan saka ini merebak ke segenap aspek kehidupan manusia.
Dengan sebab saka, manusia boleh mendapat penyakit fizikal, menyebabkan pergaduhan suami isteri, menyebabkan manusia tidak bekerja, melakukan aktiviti yang bercanggah dengan Islam dan sebagainya. Saka ini pula hidup semakin kuat dan angkuh hasil daripada kerjasama manusia dengan jin dan syaitan sepertimana yang diterangkan oleh Allah s.w.t dalam Surah al-An’am, ayat 128 yang bermaksud :-
“Dan ingatlah hari kiamat padanya Allah himpunkan mereka semua (lalu Allah berfirman) “Wahai sekelian jin dan syaitan sesungguhnya kamu telah menyesatkan ramai manusia. Maka berkata manusia yang menjadi penolong-penolong jin dan syaitan itu; “Wahai Tuhan kami, sebahagian kami telah dapat kesenangan dengan sebahagian yang lain tapi dalam keadaan itu ajal kami yang Engkau tetapkan sampai (kami mati tanpa sempat bertaubat).
Maka Allah berfirman “nerakalah tempat kamu, kamu kekal didalamnya kecuali apa yang Allah kehendaki”. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”. .
KESAN DARI SUDUT AGAMA
1. Merosakkan aqidah. Orang yang percaya dan bergantung harap pada bantuan dan pertolongan saka pastilah mereka ini dalam keadaan menyekutukan Allah s.w.t.
2. Apabila aqidah mereka ini sudah rosak maka akan terbatallah segala amalan mereka kerana sudah pasti amalan mereka tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.
3. Pemilik saka akan sukar beribadat. Ada yang tidak boleh menunaikan haji ataupun umrah. Sesetengah diantara mereka akan menjadi sakit jika membaca Al-Quran.
KESAN DARI SUDUT KESIHATAN, SOSIAL DAN LAIN-LAIN
1. Boleh menyebabkan si pemilik saka dan cucu cicit mereka akan menerima sakit yang tidak dapat dikenalpasti oleh rawatan moden, derita sakit yang berpanjangan, sembuh tapi berulang kembali.
2. Boleh menyebabkan anak cucu si pemilik saka mempunyai mental yang lemah, tidak cergas, kadang-kadang menjadi bodoh. (bukan semua keadaan ini disebabkan saka, dapatkan pengesahan pakar dahulu)
3. Boleh menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh disebabkan pasangan suami isteri selalu bergaduh bercerai berai dan sebagainya. Timbul perasaan benci, gila seks, hilang nafsu seks, lemah tenaga batin secara tiba-tiba, salah faham, “queen control”, panas baran, malas dan sebagainya.
4. Boleh menipudaya si pemiliknya kerana mereka akan beramal dan berzikir dengan jumlah yang tertentu atas arahan saka tersebut. Amalan baik ini tiada pahalanya kerana dibuat bukan kerana Allah semata-mata.
5. Boleh mengganggu si pembelanya jika mereka melanggar pantang larangnya.
6. Boleh menyebabkan tuannya susah keluar roh ketika hendak mati seperti kehausan yang amat sangat.
7. Akan menyebabkan seseorang itu tidak mahu berkahwin atau susah mendapat jodohnya, alat kelamin tak berfungsi, lemah tenaga batin dan sebagainya.
8. Dalam hidup bermasyarakat, orang yang ada saka susah untuk bersepakat atau berunding bersama. Tidak beradab dan suka bergaduh, suka bawa fitnah dan sebagainya.
9. Sukar mencari rezeki sentiasa ada halangan, duit tidak pernah cukup dan sentiasa alami kesempitan hidup walau sudah berusaha bersungguh-sungguh.
TIPS RAWATAN SAKA
Mengikut pengalaman ustaz untuk merawat saka memerlukan pengorbanan yang bukannya sedikit. Ada jenis saka kena diubati sampai mati kerana kedegilan saka tersebut untuk keluar secara sepenuhnya dalam jasad si pewaris. Apa yang penting seseorang yang terlibat dengan saka dan berusaha membuangnya memerlukan komitmen yang berterusan. Saka bersifat “on” dan”off” iaitu boleh keluar masuk pada bila-bila masa sahaja.
Jika kita pergi berubat maka saka akan keluar sekejap selama beberapa hari, minggu atau bulan dan kemudian saka akan masuk semula. Oleh itu, amat dipesankan kepada semua pesakit yang ada saka, buatlah rawatan pada jarak masa yang dekat antara satu hingga tiga bulan secara berturut-turut sehinggalah pulih sepenuhnya. Sembuh hak Allah, kita sebagai hamba perlu berusaha untuk dapatkan kesembuhan.
Menguatkan keimanan dan tauhid kepada Allah s.w.t. adalah cara yang paling terbaik. Meningkatkan amalan wajib dan sunat, mendirikan qiyammulail, banyakkan bersedekah, mengekalkan zikir dan membaca al-Quran hanya semata-mata kerana Allah dan kemudian berdoa memohon perlindungaNya daripda sebarang kejahatan manusia dan jin sangat digalakkan. Diantara langkah-langkah yang perlu diambil ialah :-
1. Melazimkan diri dengan bacaan ayatul Kursi selepas solat dan sebelum tidur atau ketika diganggu oleh makhluk halus.
2. Sentiasa membaca doa menghalau syaitan dalam ayat 97-98 surah al-Mukminun
3. Selalu membaca surah al-Baqarah, jika boleh dihabiskan setiap hari atau secara berperingkat.
4. Sering membaca ta’awwuz ketika hendak melakukan sesuatu kerja.
5.Amalkan setiap pagi dan petang membaca al-Mu’awwizat (surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas) dengan duduk mengadap kiblat sambil menadah tangan seperti orang berdoa selepas dibaca hendaklah dihembus pada tangan dan sapukanlah pada seluruh anggota badan yang terjangkau oleh tangan. Mohonlah perlindungan daripda gangguan jin dan syaitan.
6. Lazimkan diri dengan melaksanakan ibadah qiyammulail kerana syaitan akan kepanasan apabila mendekati manusia yang sentiasa melakukan amalan qiyammulail.
7. Bakar tulisan, buku, tangkal azimat yang diterima. Buang semua alatan peninggalan yang digunakan untuk memuja jin saka.
8. Jangan berjumpa pengamal saka bagi tujuan pengubatan atau apa hajat sekalipun.
9. Sentiasa berpuasa sunat pada hari yang disunatkan berpuasa seperti pada hari isnin dan khamis kerana dengan berpuasa boleh menyempitkan saluran darah yang secara automatik boleh menyekat pergerakan jin dan syaitan dalam badan manusia.
10. Mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang berasaskan syariat dan bukannya pengamal perubatan yang menggunakan khadam jin atau berdampingan dengan jin dan syaitan.
11. Boleh juga memasangkan vcd bacaan ruqyah di rumah anda sebagai tambahan usaha di atas.
12. Amalkan zikir pendinding diri, amalkan setiap hari bagi bina kekuatan dalaman melawan gangguan jin. Boleh pilih mana-mana zikir yang kita ketahui dan amalkan 1 dengan konsisten.
 
Sumber: Facebook Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah
The post Kesan Saka Pada Kehidupan dan Tips Rawatan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/kesan-saka-pada-kehidupan-dan-tips-rawatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tips Belajar Pintar

10 Tips Belajar Pintar

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 333 hits
Belajar mendadak menjelang ujian memang tidak efektif Paling nggak sebulan sebelum ulangan adalah masa ideal buat mengulang pelajaran Materi yang banyak bukan masalah Ada sepuluh cara pintar supaya waktu belajar kita menjadi efektif 1 Belaj...
8 Tips Memandu Semasa Hujan

8 Tips Memandu Semasa Hujan

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 355 hits
8 TIPS MEMANDU SEMASA HUJAN LEBAT1 Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan saha...
Tips Menghindari Begal

Tips Menghindari Begal

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 212 hits
Begal adalah kejahatan yang dilakukan di jalan Atau dengan kata lain perampasan yang disertai dengan kekerasan untuk merebut kendaraan milik orang lain di jalan Para pelaku pun tak segan segan untuk melukai bahkan membunuh bila korbannya me...
17 Tips Menurunkan Berat Badan Dalam Masa 6 Bulan Sahaja Wanita Ini Mampu Menurunkan Berat Badan Dari 98kg Menjadi 57kg

17 Tips Menurunkan Berat Badan Dalam Masa 6 Bulan Sahaja Wanita Ini Mampu Menurunkan Berat Badan Dari 98kg Menjadi 57kg

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 372 hits
Assalamualaikum semua Siapa tak nak kurus kan Banyak cara yang boleh digunakan nak kurus Sebenar aku pernah try nak berdiet dan menguruskan badan Korang boleh baca cerita aku nak kurus dalam entri Baru baru ni au terbaca satu story kejayaan...
2 Tips Tricks Get Free Backlinks

2 Tips Tricks Get Free Backlinks

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 314 hits
Many ways u can find how to get free backlinks in your blogs from Google searching This trick below i give are simple and sample that make u want know further about get free backlinks Any trick and tips don t forget to share with me I ll pu...
Tips Urus Anak Sambil Buat Bisnes Online Supaya Bisnes Makin Maju

Tips Urus Anak Sambil Buat Bisnes Online Supaya Bisnes Makin Maju

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 392 hits
Menjalankan bisnes online merupakan salah satu alternatif untuk menambah pendapatan samada secara sepenuh masa atau separuh masa Akan tetapi anak merupakan cabaran yang besar apabila berniaga online Ketahui tips urus anak sambil buat bisnes...
Tips Memasangkan Ring Atau Cincin Pada Kaki Lovebird

Tips Memasangkan Ring Atau Cincin Pada Kaki Lovebird

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 265 hits
Pemberian ring pada lovebird berguna untuk memberikan identitas sang pemilik atau breeder jadi saat lomba penonton atau juri akan tahu bahwa burung tersebut adalah milik Anda Banyak orang yang menggunakan ring ini sebagai indentitas sang pe...
Sukar Tidur Amalkan Tips Mudah Menggunakan Teh Dan Pisang

Sukar Tidur Amalkan Tips Mudah Menggunakan Teh Dan Pisang

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 329 hits
Dikala anda sedang tidur nyenyak dibuai mimpi mimpi indah ada juga diantara anda yang sedang berusaha untuk mendapatkan tidur yang lena Sukar untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti akan mendatangkan masalah masalah besar kepada...
4 Tips Cara Urus Kewangan Peribadi Dengan Bijak

4 Tips Cara Urus Kewangan Peribadi Dengan Bijak

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 332 hits
JANGAN SEMBANG NAK BEBAS KEWANGAN JIKA MASIH LAKUKAN PERKARA INISumber 1 Shopping sakan setiap bulan dan setiap kali sales Nak shopping tak salah tapi berpada pada la Gaji baru RM3 000 nak beli kasut sampai RM300 Kalau belinya setahun sekal...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan