Rebut Peluang Kehidupan Lebih Baik



Setiap orang inginkan kepada kehidupan mewah dan senang, atau sekurang-kurangnya memenuhi keperluan hidup harian sebagai sebahagian dari tindak balas spontan berdasarkan kepada keperluan rohani dan jasmani. 

Tetapi kesenangan hidup tidak datang dengan sendiri tanpa kita berusaha memperolehnya melalui jalan atau kaedah lazim, yang biasa dilakukan orang ramai. Kehidupan manusia moden kian mencabar dari masa ke masa, memerlukan usaha lebih gigih untuk memenuhi keperluan hidup seharian. 

Hampir semua benda memerlukan wang untuk mendapatkannya, terutama mereka yang tinggal di kota. Hidup di kota tanpa mempunyai wang dirasakan seperti berada di padang pasir panas yang serba tidak menyenangkan dan menanti maut. Jadi secara prinsipnya semua orang perlu berusaha mencari rezeki atau wang dengan melakukan kerja. 

Bekerja ialah melakukan sebarang aktiviti, usaha atau tugas yang mendatangkan hasil yang boleh digunakan, ditukarkan atau dijualkan untuk mendapat keperluan lain. 

Dalam Islam tidak ada istilah pengangguran yang banyak mendatangkan penyakit sosial dalam masyarakat. Dunia yang terbentang luas ini masih memerlukan tenaga manusia untuk dimakmurkan. 

Setiap orang wajib melakukan usaha mengikut kemampuan masing-masing untuk mencari rezeki dan memenuhi keperluan hidup. Masa semakin pantas berlari dan sesiapa yang lalai pasti semakin jauh ketinggalan. Sesungguhnya kejayaan setiap orang menyumbang kepada kejayaan ummah keseluruhannnya. 

Oleh itu wajib bagi setiap orang Islam berusaha mencari rezeki bagi memenuhi keperluan diri sendiri, anak, keluarga, orang di bawah tanggungan dan jika berkemampuan dapat pula menyumbangkan bantuan kepada saudara seagama tidak kira di mana berada. 

Sesiapa yang ‘memilih’ menjadi penganggur sebenarnya menolak rahmat yang disediakan oleh Allah untuk setiap hamba-Nya. 

Rasulullah mencela sesiapa malas berusaha mencari rezeki dan hidup dalam kemiskinan yang boleh membawa kepada kekufuran. Sebaliknya, Rasulullah sentiasa menggalakkan agar setiap orang Islam berlumba-lumba mencari rezeki. 

Balasan yang diperoleh dari pekerjaan yang dilakukan bukan setakat rezeki bagi memenuhi keperluan hidup, tetapi menjadi sebahagian daripada ibadat dan mendapat keampunan daripada Allah.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghabiskan masa petangnya dalam keletihan akibat dari pekerjaan yang dijalankan oleh tangannya sendiri, maka dia akan diberi keampunan.” (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi).

Sebab itu Rasulullah tidak melayan permintaan sedekah orang yang pada padangan Rasulullah bahawa dia mampu bekerja. Sebaliknya, Rasulullah mencadangkan sesuatu pekerjaan yang sesuai dilakukan orang itu agar dia boleh berdikari mencukupi keperluan hidupnya.      

Rasulullah menjelaskan sesiapa melakukan usaha untuk mendapat rezeki akan dilindungi daripada menanggung perasaan aib. Biar apapun jenis pekerjaan yang dilakukan, asalkan halal, tetap dipandang mulia oleh agama.

Hadis diriwaytkan oleh Baihaqi bermaksud: “Sekiranya salah seseorang di antara kamu mengambil tali dan keluar mencari kayu api, kemudian dia memikul kayu api itu dibawa pulang dan dijualnya, maka dengan itu Allah memelihara air mukanya, adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau tidak.”

Sebagai manusia yang bermaruah, dikurniakan Allah dengan akal dan tenaga yang sempurna, sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk mencari rezeki yang terbentang luas di seluruh pelusuk dunia. 

Rahmat Allah sentiasa terbentang luas kepada hamba-Nya tanpa batasan. Firman-Nya bermaksud: “Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya (sebagai rahmat) daripada-Nya.” (Surah al-Jatsiyat, ayat 13).

Jika seluruh manusia di dunia ini bekerja mencari rezeki, nescaya peluang rezeki tetap ada dan mencukupi untuk setiap orang. Setiap makhluk yang dicipta oleh Allah telah disediakan rezeki yang mencukupi baginya. Bagaimanapun, rezeki itu tidak datang bergolek jika tidak diusahakan.

Rezeki berada di mana-mana, hatta di dalam timbunan sampah. Ramai yang bekerja mencari bahan boleh dikitar semula dalam timbunan sampah mendapat rezeki agak lumayan. Malah, ada pengusaha kitar semula menjadi jutawan hasil daripada timbunan sampah. 

Usaha mencari bahan boleh kitar semula bukan saja mendatangkan rezeki, tetapi memberi kesejahteraan kepada orang ramai. 

Sampah sarap yang dikitar semula mengelak kekotoran dan menyediakan bahan mentah untuk digunakan semula. Kitar semula juga dapat mengelak daripada pembaziran sumber yang boleh dimanfaatkan.

Hakikatnya, peluang pekerjaan dalam berbagai sektor di negara kita masih terbuka luas. Malah, banyak sektor pekerjaan mengalami kekurangan tenaga kerja yang menyebabkan terbantut operasi atau aktiviti berkaitan. 

Sebab itu berjuta-juta rakyat negara luar datang ke negara kita mencari rezeki. Negara kita dianggap lombong emas bagi rakyat negara luar yang gigih berusaha tanpa memilih bidang pekerjaan. 

Berkat ketekunan dan sanggup melakukan apa saja peluang pekerjaan, ramai pekerja asing menikmati pendapatan lumayan melebihi apa diperoleh penduduk tempatan.

Tanpa mempunyai pekerjaan yang memberi pendapatan, seseorang terpaksa bergantung harap kepada orang lain. Tidak melakukan sebarang pekerjaan satu kerugian besar kepada diri sendiri. 

Sesiapa tidak menggunakan kekuatan fizikal dan fikiran, berlawanan dengan konsep memaksimakan penggunaan sumber tenaga yang amat dipentingkan dalam Islam. Potensi diri perlu digunakan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/cvu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Kebiasan Ini Bisa Merubah Kehidupan Kamu Menjadi Lebih Baik

3 Kebiasan Ini Bisa Merubah Kehidupan Kamu Menjadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 663 hits
Mungkin kamu m rasa bahwa disaat muda kamu harus hidup d ngan tidak m nyia nyiakan s gala yang kamu dapatkan kamu b ranggapan bahwa di k hidupan muda ini kamu harus m lakukan hal apapun untuk m nikmati k hidupan kamu Namun apakah kamu tahu ...
Pemuda Ini Dipaksa Kahwini Lembu Lebih Baik Dari Lgbt

Pemuda Ini Dipaksa Kahwini Lembu Lebih Baik Dari Lgbt

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 302 hits
Pemuda dipaksa kahwini lembu selepas kantoi lakukan seks luar tabii dekat sawah padi SEORANG remaja Bali yang ditangkap ketika melakukan perbuatan bersetubuh dengan seekor lembu tidak sedarkan diri pada Jumaat selepas dia dipaksa berkahwin ...
Prestasi Kerja Mesti Lebih Baik Selepas Menerima Pingat

Prestasi Kerja Mesti Lebih Baik Selepas Menerima Pingat

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 323 hits
Belum sempat lihat jasa yang ada hanya kerja kerja berterabur tetapi sudah tidak menolak dengan anugerah dan pingat Rakyat hanya mampu geleng kepala
Isu Teksi Lebih Baik Aku Memilih Jalan Kaki

Isu Teksi Lebih Baik Aku Memilih Jalan Kaki

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 364 hits
Sekarang isu teksi hangat diperkatakan Lebih baik aku jalan kaki daripada naik teksi Itulah yang sering kali saya fikirkan apabila bertemu dua pilihan antara teksi atau berjalan Tetapi bila terdesak gagahkanlah juga Bila turun dari teksi ba...
Adakah Felda Lebih Baik Di Bawah Pakatan Harapan

Adakah Felda Lebih Baik Di Bawah Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 348 hits
FELDA yang pernah menjadi benteng ampuh Barisan Nasional khususnya UMNO menjadi sebaliknya dalam Pilihan Raya Umum ke 14 Buat pertama kalinya sebanyak 27 daripada 52 kawasan penempatan FELDA yang pernah menjadi kubu kuat UMNO bertukar tanga...
Bukankah Lebih Baik Jika Direman

Bukankah Lebih Baik Jika Direman

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 315 hits
Presiden UMNO Zahid Hamidi hadir lagi ke pejabat SPRM Putrajaya hari ini untuk diambil keterangannya Ini adalah kedatangannya buat kali yang kelima untuk memberi keterangan kepada SPRM yang sedang menyiasatnya berhubung dakwaan penyalahguna...
Ajaran Sesat Pemimpin Kafir Adil Lebih Baik Dari Pemimpin Muslim Zalim

Ajaran Sesat Pemimpin Kafir Adil Lebih Baik Dari Pemimpin Muslim Zalim

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 731 hits
Sebagian orang mengatakan demikian untuk membenarkan mengangkat orang kafir sebagai pemimpin Sebagian menyatakan ini padahal hal itu tidak benar Sebagian lagi menisbatkan perkataan ini pada Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu Yang benar per...
Ibunda Roger Bilang Kalau Kamu Masuk Islam Lebih Baik Mama Mati

Ibunda Roger Bilang Kalau Kamu Masuk Islam Lebih Baik Mama Mati

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 292 hits
Menjadi seorang mualaf menjadi kenyamanan tersendiri untuk si cantik pemilik nama Isya Jeeperson ini Sejak September 2010 wanita kelahiran Medan 25 Maret 1992 ini berkomitmen memeluk agama Islam karena ketertarikannya dengan dunia muslim In...
Cukai Cgt Lebih Baik Daripada Gst Rafizi

Cukai Cgt Lebih Baik Daripada Gst Rafizi

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 353 hits
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini tampil menjawap amaran oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kepada kerajaan bahawa pelaksanaan cukai keuntungan modal ke atas jual beli saham mempunyai impak negatif jangka panjang Saya t...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut