9 Benda Yang Digunakan Dalam Kehidupan Seharian Sebenarnya Hasil Penemuan Ilmuwan Islam


 

#1- Kopi
Kopi adalah fenomena sepanjang zaman sejak 1200 tahun lalu hingga sekarang. Orang Arab pada zaman dahulu akan berkumpul di suatu tempat dan minuman kopi akan dibuat dan diagih-agihkan. Sekarang, kedai kopi ada di merata-rata tempat, bezanya cuma jenis kopi dan bagaimana ianya diinovasikan.
Bagaimana sebenarnya kopi yang anda minum dijumpai dan mula digunakan?
Sekitar 750 Masihi, seorang lelaki berbangsa Arab bernama Khalid dipercayai menemui kopi apabila dia membawa ternakannya ke padang ragut di kawasan Ethiopia. Dia menyedari ternakannya menjadi lebih bertenaga dan aktif selepas makan suatu tumbuhan. Ianya adalah kopi. Akhirnya mereka memetik bijian kopi tersebut dan merebusnya lalu terhasil lah minuman yang dipanggil ‘qahwa’.
#2- Jam
Tahukah anda bahawa jam yang ada pada hari ini sebenarnya telah mula dicipta oleh seorang Ilmuwan Islam genius bernama Al-Jazari. Jam tersebut dipanggil ‘Jam Gajah’ kerana ianya dibina dan diletakkan di atas gajah.
Beliau merupakan seorang jurutera dari Diyarbakir yang menggagaskan idea mesin automatik. Menjelang tahun 1206 Masihi, beliau telah mencipta banyak jam dengan pelbagai saiz dan bentuk.
#3- Kamera
Ibnu al-Haitham telah merevolusikan ilmu optik. Beliau membawa ilmu ini ke tahap yang lebih jauh, bukan sekadar perbahasan dari sudut falsafah seperti ilmuwan Yunani. Beliau menolak idea dari Yunani yang mengatakan bahawa mata boleh melihat sesuatu objek kerana cahaya yang terpancar daripada mata.
Sebaliknya, Ibnu al-Haitham berkata bahawa manusia dapat melihat disebabkan pantulan cahaya ke atas objek yang masuk ke dalam mata. Idea yang digagaskan oleh beliau ini menjadi asas ilmu optik yang diguna pakai sekarang.
Beliau telah melakukan uji kaji menggunakan bilik yang gelap. Bilik ini mempunyai lubang kecil yang membolehkan cahaya masuk dan terpantul ke dinding sebelah lagi, dan menakjubkan imej yang terpantul adalah terbalik! Beliau menamakan ini ‘qamara’, perkataan pertama bagi kamera.
#4- Sabun
Agama Islam sangat mementingkan kesucian dan kebersihan, sama ada dari sudut fizikal atau spiritual. Ilmuwan Islam lalu mencipta sabun, suatu campuran minyak zaitun dan “al-qali”, suatu bahan seperti garam. Kedua-dua campuran ini kemudian direbus sehingga sebati, disejukkan lalu digunakan di ‘hammas’ atau rumah mandi yang ada ketika itu.
Manakala Al-Kindi pula mengarang buku tentang minyak wangi dan proses penyulingan. Dia juga dikenali sebagai seorang ahli falsafah, farmasi, oftalmologi, ahli fizik, matematik, geografi, astronomi dan juga ahli kimia. Buku beliau mempunyai lebih kurang 100 resepi berkaitan minyak, aroma dan bau-bauan.
Pada zaman tersebut, pembuatan minyak wangi dibuat oleh ahli kimia Muslim melalui kaedah penyulingan. Bunga-bungaan serta tumbuhan direbus dan disuling sehingga terhasilnya minyak wangi yang digunakan untuk farmasi terapeutik.
#5- Universiti
Mungkin tidak ramai yang tahu universiti pertama dalam sejarah sebenarnya diasaskan oleh seorang perempuan bernama Fatima al-Fihri. Beliau menggunakan duit yang diperoleh dari ayahnya untuk mengembangkan Masjid al-Qarawiyin di Fez yang akhirnya menjadi pusat ilmu, agama dan perbincangan intelektual.
Dengan berlalunya masa, al-Qariwiyyin semakin pesat membangun sehingga terdapat banyak bidang ilmu yang diajarkan di sana seperti ilmu agama, astronomi, perundangan, sastera, geografi, perubatan dan banyak lagi. Yang paling membanggakan, universiti tersebut masih beroperasi sehingga sekarang.

#6- Mesin Terbang (Kapal Terbang)
Nama ‘Wright Bersaudara’ pernah terabadi dalam buku teks sekolah rendah kerana dikatakan menjadi pencipta pertama kapal terbang. Namun hakikatnya, ia tidak tepat. Pada abad ke-9, jurutera Islam bernama Abbas Ibnu Firnas lebih dahulu menciptanya dan memang ia berjaya diterbangkan.
Cubaan beliau untuk terbang menggunakan sut seperti burung yang diciptanya akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau terbang beberapa ketika di langit Cordova, Sepanyol sebelum terjatuh dan tulang belakangnya tercedera. Ciptaanya telah menjadi inspirasi kepada artis dan pencipta Itali, Leonardo da Vinci, 600 tahun selepas itu.
#7- Alatan Pembedahan
Abul Qasim Khalaf Ibn al-Abbad al-Zahrawi atau lebih dikenali dengan nama al-Zahrawi pernah menulis buku al-Tadrif, sebuah buku tentang pembedahan. Apa yang menakjubkan, buku ini mengandungi lebih dua ratus senarai alatan pembedahan. Ilmu inilah yang menjadi asas kepada ilmu pembedahan di Eropah.
#8- Peta
Peta adalah suatu yang sangat penting ribuan tahun dahulu. Ia menjadi panduan manusia untuk mengembara. Peta biasanya dibuat berdasarkan maklumat serta pengalaman yang diperoleh dari pengembara dan orang yang pergi menunaikan haji. Apabila kertas mula diperkenalkan di Baghdad pada Abad ke-8, peta dan panduan perjalanan yang lebih teratur mula dicipta.
#9- Algebra
Tajuk ‘algebra’ yang pernah kita pelajari di sekolah sebenarnya berasal dari nama buku yang dikarang oleh Pakar Matematik berbangsa Parsi. Nama buku tersebut ialah “Kitab al-Jabr wal Mugabala” atau dalam bahasa Inggerisnya “The Book of Reasoning and Balancing”.
Pakar Matematik tersebut tidak lain tidak bukan ialah Al-Khawarizmi. Ilmu ini sangat jauh bezanya dengan asas ilmu matematik yang diperkenalkan Yunani iaitu konsep geometri. Beliau juga adalah yang pertama memperkenalkan konsep ‘kuasa dua’ yang kekal hingga sekarang.
 
Sumber: Tazkirah.net 
The post 9 Benda Yang Digunakan Dalam Kehidupan Seharian Sebenarnya Hasil Penemuan Ilmuwan Islam appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/9-benda-yang-digunakan-dalam-kehidupan-seharian-sebenarnya-hasil-penemuan-ilmuwan-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sikap Seorang Islam Berdepan Dengan Kehidupan Seharian 8368

Sikap Seorang Islam Berdepan Dengan Kehidupan Seharian 8368

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 283 hits
Indonesia Rawan Bencana Bagaimana Seorang Mukmin Bersikap Wilayatul Faqih Agenda Politik Kaum SyiahInsiden Pengeroyokan Harlingga Begini Cara Islam Menjaga Nyawa ManusiaKhutbah Jumat Mengapa Kita Harus Menegakkan SyariatKhutbah Jumat Tiga R...
Sebenarnya Guan Eng Tidak Tahu Adab Resam Melayu Islam

Sebenarnya Guan Eng Tidak Tahu Adab Resam Melayu Islam

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 395 hits
MEMPELAJARI ADAB ADAB MELAYU ADALAH PENTING BAGI MENTERI PUSAT JANGAN BERCAKAP IKUT SUKA NAFSU KAMU DENGAN BERMUSLIHAT POLITIKSEPATUTNYA KAMU PERLU FAHAM ADAT DAN BUDAYA ORANG MELAYU SEBENARNYA RAMAI ORANG MELAYU MENILAI BAHASA KAMU SEPERTI...
Hasil Semakan Web Fifa Ini Penemuan Mengejutkan Mengenai Status Pengadil Final Piala Malaysia

Hasil Semakan Web Fifa Ini Penemuan Mengejutkan Mengenai Status Pengadil Final Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 557 hits
Hasil Semakan Web FIFA Ini penemuan mengejutkan mengenai Status pengadil Final Piala MalaysiaHasil Semakan Web FIFA Ini penemuan mengejutkan mengenai Status pengadil Final Piala Malaysia
Tahukah Anda Kifarah Dalam Islam

Tahukah Anda Kifarah Dalam Islam

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 3593 hits
Tahukah Anda Kifarah Dalam Islam Kifarah merupakan musibah yang berlaku kepada orang yang baik tetapi ketika dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu Musibah ini diturunkan berfungsi sebagai tebu...
Profesor Dari Jepang Memeluk Agama Islam Setelah Meneliti Keunikan Air Zam Zam

Profesor Dari Jepang Memeluk Agama Islam Setelah Meneliti Keunikan Air Zam Zam

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 748 hits
Professor dari Japan memeluk agama Islam kerana keunikan air zam zam Firman Allah S W T Dan apakah orang orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian Kami pisahkan antara k...
Tanda Tanda Hari Kiamat Menurut Islam

Tanda Tanda Hari Kiamat Menurut Islam

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 368 hits
Messages Kiamat menurut Agama Islam di tandai dgn Kemunculan Imam Mahdi Kemunculan Dajjal Turunnya Nabi Isa Kemunculan Yakjuj dan Makjuj Terbitnya matahari dari Barat ke Timur Pintu pengampunan akan ditutup akan keluar dari tanah akan menan...
Sumbangan Islam Kepada Dunia Moden Sejak Lebih 1440 Tahun Dahulu 8470

Sumbangan Islam Kepada Dunia Moden Sejak Lebih 1440 Tahun Dahulu 8470

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 291 hits
Daftar 500 Tokoh Muslim paling Berpengaruh di Dunia 2018 Habib Lutfi Jokowi Said Aqil dan Mo Salah Daftar 500 Tokoh Muslim paling Berpengaruh di Dunia 2018 Habib Lutfi Jokowi Said Aqil dan Mo Salah500 Tokoh Muslim Berpengaruh di Dunia 2018 ...
Umat Islam Dikhianati Di Negara China China Di Malaysia Dan India Di Malaysia Aman 8469

Umat Islam Dikhianati Di Negara China China Di Malaysia Dan India Di Malaysia Aman 8469

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 351 hits
Walau pun diketahui mereka ini pembawa budaya samsing pelacuran perjudian kongsi gelap Gee Hen dan Hai San antaranya Fahaman Komunis Bersikap anti Islam dan sebagainya Ada antaranya bersikap bagai kaduk naik junjung Pesawat 6 Negara Asing A...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque