Bagaimana Dengan Menulis Membantu Saya Hasilkan Ribuan Ringgit Setiap Bulan
Skil menulis adalah salah satu skil yang sangat berbaloi untuk kita pelajari dan kuasai. Mungkin saya agak bias dalam hal ini memandangkan saya adalah individu yang mencari rezeki melalui jalan penulisan.
Sejak dari zaman sekolah rendah lagi, kita telah diajarkan dengan kemahiran penulisan. Namun berapa ramai yang betul-betul ambil serius terhadap ilmu yang diajarkan?
Ilmu, kalau tak diamalkan, lama-lama ia akan hilang. Kalau masa sekolah dulu, kita buat karangan adalah untuk mendapatkan gred A dalam matapelajaran Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris, tapi pada hakikatnya ramai yang tak sedar, ilmu yang sama, iaitu ilmu penulisan boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan pendapatan sehingga ribuan ringgit setiap bulan apabila dipraktikkan dengan cara yang betul.
Tahun 2009, saya mula menjadikan bidang penulisan sebagai salah satu cara untuk jana pendapatan sampingan. Saya pun pada mulanya tidak meletakkan satu harapan yang tinggi, yang saya akan mampu hasilkan pendapatan menerusi jalan ini.
Kalau nak cakap dari segi formal training dalam bidang penulisan ini, saya memang tak ada. Semuanya saya belajar sendiri melalui rujukan laman-laman web dari dalam dan luar negara, pembacaan hasil karya orang lain dan juga mengikuti panduan-panduan yang ditulis oleh penulis sebelum saya.
Ya, saya juga pernah belajar dari panduan yang ditulis oleh saudara Aqif Azizan. Menurut penilaian saya, ada sesuatu yang saudara Aqif ini tahu mengenai bidang penulisan yang saya tak tahu.
Peduli apa kalau dia lebih muda berbanding saya sekalipun. Ilmu itu lebih penting, berbanding rasa ego dalam diri.
Bagi orang yang memang tak ada training dalam bidang penulisan, belajar dari panduan-panduan seperti ini adalah salah satu tindakan yang tepat yang saya ambil untuk mendapatkan skil penulisan yang lebih baik.
Saya cerita sikit, macam mana saya boleh terjebak dalam bidang ini.
Pada mulanya, saya menulis hanya untuk suka-suka. Itupun setelah saya secara tak sengaja membaca kisah kejayaan penulis blog dari luar negara yang berjaya hasilkan ribuan USD setiap bulan hanya dengan menulis di blog miliknya.
Saya mula pasang angan-angan, kan bagus kalau saya juga boleh hasilkan kejayaan yang serupa! Maka dari situ saya mula menulis blog saya yang pertama, cuma saya tidaklah begitu serius dalam bidang ini.
Mulanya sekadar cuba-cuba, sekadar ingin tahu.. adakah bidang penulisan ini betul-betul boleh berikan saya pendapatan.
Tiba-tiba dengan tak disangka-sangka, dari artikel yang saya tulis berjaya menghasilkan pendapatan.
Pendapatan ini terhasil sebab saya menyertai Program Pengiklanan.
Atas ini adalah cek yang saya pernah terima daripada syarikat Nuffnang. Ia merupakan cek kedua yang saya terima hasil daripada menulis artikel di blog. Saya pernah tulis perkongsian tentang cara buat duit dengan Nuffnang sebelum ini.
Terus terang saya katakan, kalau nak kumpul income melalui Nuffnang ni.. memang sangat lambat. Lebih baik kumpul pendapatan melalui program pengiklanan Google Adsense.
Kalau nak target pendapatan sebanyak RM400, boleh dapat dalam masa sebulan. Dengan andaian blog anda menghasilkan pendapatan sebanyak USD100 dalam masa sebulan atau lebih kurang USD3.40 setiap hari.
Program pengiklanan ni simple je sebenarnya.
Kita hanya perlu pastikan laman blog yang kita bina tu sentiasa ada artikel yang baru dan sentiasa kena ada trafik yang banyak. Trafik yang masuk ke laman blog kita ni, sebahagiannya akan klik pada iklan yang kita siarkan lalu menyumbangkan kepada pendapatan.
Untuk berjaya buat duit dengan cara ini, kena pastikan laman blog sentiasa ada trafik yang banyak.
Tapi untuk blog yang agak baru dan kurang popular, bukan senang nak dapatkan trafik yang banyak. Dengan bilangan trafik yang tak seberapa tu, kena jadi lebih kreatif. Persoalannya ialah, macam mana nak buat duit melalui artikel, walaupun trafik blog masih tak cukup banyak?
Jawapannya ada pada program affiliate.
Oleh kerana kaedah pemasaran yang saya guna pakai adalah pemasaran menggunakan artikel, jadi saya tak nampak apa bezanya dengan cara nak buat duit dengan program pengiklanan.
Menerusi program affiliate ini, saya hanya perlu masukkan link affiliate dalam artikel yang saya hasilkan. Bukanlah masukkan secara sesuka hati, dan kalau saya nak masukkan link affiliate dalam artikel saya akan pastikan tempat tu memang sesuai untuk saya masukkan link affiliate.
Bila saya mula serius dalam program affiliate, saya mula menulis lebih banyak artikel, dari situ jualan mula terhasil. Inbox email saya mula dipenuhi dengan notifikasi yang mengatakan saya telah berjaya dapat komisen affiliate.
Alhamdulillah, baru saya tahu rupanya tak susah nak buat duit dengan affiliate. Dia yang jadi susah, bila kita tak ada teknik dan strategi yang betul.
Buat kerja carca marba. Sekejap guna fanpage, sekejap guna twitter, sekejap guna email, akhirnya kita penat sendiri, dan hasilnya tak seberapa.
Apa yang buatkan saya suka dengan teknik penulisan adalah, saya hanya perlu tulis artikel tu sekali sahaja. Selagi mana artikel tersebut masih ada pembacanya selagi itu saya masih ada peluang untuk dapat komisen.
Bila kita konsisten buat kerja penulisan, rajin update blog dengan konten-konten yang kita telah buat research yang memang ada orang nak baca, duit dari program affiliate akan masuk dengan sendirinya.
Ya, lebih kurang sama efeknya macam program pengiklanan. Even pada bulan tersebut kita agak malas nak hasilkan konten yang baru, asalkan artikel lama masih ada pembaca, In Shaa Allah income tetap akan terus jalan.
Saya perasan satu perkara, bila kita asyik buat benda yang sama, pada waktu tu kita akan mula lalui dua perkara. Sama ada kita mula rasa selesa, ataupun kita akan mula rasa jemu.
Macam kita kerja dengan majikan la… lama kelamaan akan timbul juga rasa jemu sebab asyik kena buat benda yang sama. Ataupun, bila kita dah mula selesa, kita sudah tak akan majukan diri sendiri.
Dari program affiliate, kita boleh luaskan lagi cabang pendapatan kita, yang mana kita boleh mula jual servis penulisan kepada syarikat mahupun orang perseorangan yang memerlukan artikel, tapi mereka tak ada masa untuk menulis sendiri.
Saya pernah menulis dan dibayar RM5 untuk satu artikel.
Saya pernah menulis dan dibayar RM20 untuk satu artikel.
Saya pernah menulis dan dibayar RM30 untuk satu artikel.
Saya juga pernah terima bayaran RM50, RM70, RM100 dan juga RM150 untuk satu artikel yang saya tulis di blog saya.
Bila kita mula tawarkan servis penulisan, ibaratnya macam kita buat bisnes. Apa yang kita jual adalah khidmat penulisan.
Kalau nak dapat banyak income, kenalah banyak jual khidmat penulisan tu. Mulai dari saat ini, kena tahu serba sedikit macam mana nak mempromosikan khidmat penulisan yang kita tawarkan tu.
Sekiranya anda baca panduan yang ditulis oleh Aqif Azizan yang bertajuk rahsia penulis ini, ada satu bab khas yang membincangkan tentang strategi untuk menulis di blog supaya orang tahu yang kita ada buat servis penulisan dan pada masa yang sama, orang boleh jadi berminat nak dapatkan khidmat kita.
9 Syarat Bina Blog… Ya! Blog adalah medium yang sangat bagus untuk anda membina jenama sebagai seorang penulis bebas. Tetapi ada syaratnya!.. bukan main hentam sahaja..
Ada 9 teknik menulis di blog yang boleh membantu kita membina nama dan jenama, kalau betul serius nak dapatkan ramai pelanggan yang yakin untuk dapatkan servis kita.
The post Bagaimana dengan menulis membantu saya hasilkan ribuan ringgit setiap bulan appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sabreehussin.biz/bagaimana-dengan-menulis-membantu-saya-hasilkan-ribuan-ringgit-setiap-bulan/