Cara Buat Goal Maybank2u Mudah Untuk Menabung Setiap Bulan
Mungkin kesedaran untuk kita menabung sekarang sudah semakin baik, pastinya cakna dan memikirkan masa depan. Jadi buat keputusan untuk menyimpan sebahagian daripada wang pendapatan kita ke dalam tabung khas. Tetapi tabungan ini kadang ada yang terlepas untuk diisikan, katanya terguna duit tersebut, tak simpan nak isi duitlah dan pelbagai lagi alasan.
Kesedaran untuk menabung itu sudah baik, tetapi mengaplikasikan ianya kurang konsistensi pula. Bulan ini simpan duit, bulan depan lupa. Jadi tak konsisten kan. Ianya bukan sahaja tabungan masa depan tetapi ada juga tabungan shopping, travel, bayaran pinjaman pelajaran dan banyak lagi. Semuanya tak konsisten untuk menabung.
Baca Juga : Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine
Tahukah anda, sebenarnya maybank ada sediakan fungsi khas di panggil Goal untuk kita menabung secara konsisten setiap bulan dengan tolak wang daripada akaun kita untuk apa-apa tujuan yang kita telah tetapkan. Nak travel tahun depan, set kan untuk travel, nak bayar hutang, set kan untuk bayar hutang dan banyak lagi.
Jadi disini, meh aku kongsikan cara untuk buat Goal Maybank2u supaya senang kita menabung dengan konsisten setiap bulan. Secara asasnya dalam Goal Maybank2u ni adalah korang kene tahu :Kenapa korang buat Goal Maybank2u ini. Nak travel ke, nak repair kereta ke, bayar hutang dan sebagainyaNak tetapkan berapa jumlah yang korang perlukan dan tetapkan bayaran setiap bulanDah capai tahap yang ditetapkan, duit tersebut akan masuk semula ke dalam akaun Maybank korang.
Sebagai contoh, kalau korang hanya tinggal lagi RM2000 untuk selesaikan pinjaman PTPTN dalam masa 10 bulan. Secara kira-kira, korang kene menabung dan sediakan RM200 setiap bulan
RM200 x 10 bulan = RM2000
Dah sampai bulan ke 10 nanti, duit tersebut akan masuk ke dalam akaun Maybank korang secara automatik dan boleh terus membuat bayaran ke PTPTN. Tak kenalah blacklist dan boleh travel ke luar negara
Cara Buat Dan Tetapkan Goal + Di Dalam Maybank2u
Pertamanya, korang kene pergi ke laman web Maybank2u di alamat www.maybank2u.com dan kemudian log in perbankan internet seperti biasa. Masukkan username dan password
Selepas itu, dibahagian homepage, korang skroll ke bawah sikit dan cari bahagian Create Goal + dan klik pada butang tersebut
Di anda ditunjukkan categori, goal name dan commitment. Korang pilih pelbagai categori yang disediakan seperti Travel, Shopping, Gift, Family, Education dan banyak lagi. Selepas selesai, nama kan Goal tersebut.
Di bahagian commitment, korang boleh pilih by Monthly Amount untuk menabung setiap bulan secara konsisten.
Kemudian masukkan details seperti dalam gambar. Goal Amount tu korang tetapkan berapa yang korang nak kumpul. Kemudian, berapa jumlah yang korang boleh bayar setiap bulan secara konsisten. Akhirnya duration akan dikirakan bila korang lama korang boleh kumpul sehingga cukup Goal Amount.
Bila nak start, korang boleh tetapkan. Akhirnya tekan Start
Jadi aku dah setkan nak kumpul 'Gi Jepun Weh' dengan RM100 je haha. Secara konsisten aku bayar RM5 setiap bulan selama 19 bulan. Ianya sekadar contoh. Sudah selesai semua, klik Confirm
Akhir selesai. Selepas itu, akan ditunjukkan maklumat Goal anda tersebut di depan homepage Maybank2u korang. Jadi jika anda buka Maybank2u, anda boleh tengok update setiap bulan tabungan travel tersebut
Untuk Goal Maybank2u ni, korang boleh set kan sehingga 5 Goals dan satu masa. Jadi kalau banyak komitment korang, boleh la buat sampai 5. Jangan risau, Goal ini takda memberi kesan apa-apa pada akaun bank, jadi kalau korang nak cancel anytime pun boleh. Duit tersebut akan kembali semula ke dalam akaun
Dengan cara ini, tidak boleh tidak, duit gaji korang, secara automatik akan dipotong dan dimasukkan ke dalam akaun Goals setiap bulan. Dan matang nanti, duit tersebut cukup, boleh pergi travel Jepun. Jom Bloggers travel! hehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aimanabdullah.com/2019/12/cara-buat-goal-maybank2u-mudah-untuk.html