Nurse Terkejut Tengok Keadaan Saya Macam Mayat Hidup Ibu Hamil 7 Bulan Alami Alahan Teruk


https://ift.tt/2OOwL2t
‘Morning sickness’ atau mabuk semasa hamil tidak dapat dipisahkan dari wanita hamil. Ada yang mengalami alahan ini semasa awal kehamilan dan ada juga yang mengalaminya semasa di hujung kehamilan. Kebiasaannya, apabila kandungan sudah menjengah ke trimester dua, mabuk atau alahan itu beransur hilang.  Tetapi, tempoh alahan ini juga bergantung kepada individu.
Selalunya kita sering mendengar ibu mengandung ini mengalami alahan seperti muntah-muntah, tiada selera makan, loya dan sebagainya. Tetapi wanita ini pula sebaliknya. Saat kandungannya memasuki 7 bulan, dia mula mendapat alahan pada kulitnya sehingga dia sukar untuk berjalan. 
SELAMAT HARI LAHIR ANAK MAMA ADRIAN RAYQAL
Baru ada kekuatan untuk mama bercerita pengalaman mama mengandungkan Ayen. Kenangan yang mama tak dapat lupa sampai bila-bila. Masa mama dapat tahu mama mengandungkan Ayen, mama la orang paling seronok sekali tau.  Masa awal mama mengandungkan Ayen, semuanya elok-elok je. Tak ada pun alahan muntah-muntah pening semua tu. Sampailah perut 7 bulan, mungkin Allah nak uji mama. 
Tiba-tiba naik biji-biji nanah di betis mama. Mama ingat biji biasa. Dalam hati cakap,  "Tak apa, nanti lega la tu...". Tapi mama salah. Hari demi hari biji-biji tu merebak dari betis naik ke peha. Terus mama tak boleh berjalan. Sakit yang teramat sakit. Sakit yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata. 
Dari boleh berjalan, terus duduk di kerusi roda. Ubat segala ubat baba, maktok, tokwan, usaha nak bagi mama lega. Hari-hari mama nangis fikir macam mana nak lega. Sekali maklong dan, makngah menangis tengok keadaan mama.



Apa salah mama sampai Allah uji mama macam ni. Dalam hati mama, satu je, janganlah jadi kat anak mama. Dari paha naik ke seluruh badan, mama mampu baring je. Mandi, baba uruskan. Baba kerja, maktok, maklong, makngah la ambik alih mandikan mama, suapkan mama makan.
Masa tu Allah tarik nikmat makan, nikmat berjalan. Bayangkan mama mengidam nak makan satu pun tak dapat. Hari-hari nasi dengan ikan rebus je. Tak beranak lagi dah kena pantang. Takut makan nanti jadi lebih teruk nanah di badan mama. Tangan mama dah tak boleh angkat sebab dah merebak semua dekat tangan. Tapi mama usaha jugak suap sendiri sebab anak mama dalam perut lapar kan. 
Mama usaha bangun nak berjalan juga sampai jatuh dalam bilik air. Alhamdulilah mujur tak jadi apa-apa dekat adik. Air panas tumpah dekat kaki la. Yerla, mama kan tak dengar cakap nak buat semuanya sendiri.
Orang lain mengandung seronok dapat beli baju baby, dapat pergi makan sedap. Tapi mama duk di kerusi roda mengenangkan nasib. Pakai baju pun tak boleh. Mama busuk bau hanyir, malu orang dekat mama. Sampaikan semua kawan-kawan mama tak tahu pun mama sakit. Pandaikan mama rahsia.
Baba la balik kerja sapu ubat kat mama dengan harapan mama lega. Baba pun kurus je time tu risaukan mama. Sampai lupa nak pergi check up dekat KK. Last sekali nurse datang nak check mama. Sekali nurse terkejut tengok keadaan mama time tu ibarat mayat hidup. Last-last nurse buat surat suruh pi hospital. Mama ni penakut sikit dengan hospital.
Ok mama pun siaplah cantik-cantik nak pergi hospital walaupun mama busuk. Sampai ja di hospital, baba tinggalkan mama kejap pergi daftar. Yang mama ni tutup habis kaku tangan, takut orang nampak, takut orang geli dengan mama. Ada juga orang yang nampak kulit mama, mama tunduk je malu. 
Masuk jumpa doktor, doktor kata dekat baba, bini awak kena tahan wad. Mama dengar masuk wad, mama terus tak mahu. Doktor kata kena masuk juga. Ok mama pun kata, “Nak saya masuk, boleh tapi janji dulu tak boleh cucuk saya.” Doktor pun buat perjanjian takkan cucuk mama. Tiba-tiba baba sebak mama kena tahan wad.
Selesai jumpa doktor, baba pun tolak la mama masuk wad. Nurse cakap suami tak boleh tunggu. Terus berubah muka baba. Sebelum baba nak balik, baba dukung mama pi tukar baju apa semua dulu. Bagi mama makan. Nurse pun tengok baba uruskan semua mama. Nurse pun panggil baba, “Encik boleh tunggu dia, sebab kami tengok dia memang tak boleh bergerak langsung. Takut nanti ramai pesakit, kami tak sempat nak tengok dia.” Baba pun apa lagi, terus senyum la dapat jaga mama. Terus mama dapat bilik khas untuk mama je. 

Bermulalah rutin baba ulang alik kerja dengan rumah baru dia ‘hospital.’ Duduk di wad, mama teringin nak makan macam mcd rebus. Mama kata nak makan juga. Ala tak apa doktor kan ada. 
Esoknya, mama kena jumpa doktor pakar, nak ambil isi kaki sikit, doktor nak tahu apa punca jadi macam ni. Time nak belah ambil isi, suara mama paling kuat. Mama jerit sekuat hati. Settle semua, mama pun balik wad. Nurse-nurse Hospital Bahiyah semua baik-baik layan mama. Kulit mama menggelupas macam ular sawa salin kulit tu sampai penuh lantai. 
Makcik cleaner pun masuk bilik mama dia terkejut. Dia tanya “Apa ni?”. Lepas tu dia keluar lama, ingatkan dah tak jadi cuci. Rupanya dia terkejut tengok kulit mama penuh lantai. Dia pun datang sekali lagi, kali ni siap sarung tangan, topeng muka.  Mungkin dia takut berjangkit. Lama-lama dia pun tak kisah dah, terus tak pakai sarung tangan. Sambil sapu, sambil gosip dengan mama. 
Time mama mandi je, kulit mama terus bertukar biru. Baba cepat-cepat suruh mama berhenti mandi. Rupanya tu kesan ubat yang mama makan, nak bagi cepat lega. Tiap malam baba tidur tak nyenyak, tidur pun beralaskan lantai je. Kejap-kejap nak dukung mama kencing lagi. 
Ada satu malam mama tak mahu gerak baba, mama nak terkencing. Mama curi-curi turun katil, kononnya boleh berjalan la sangat. Baba terjaga, terus dukung mama. Kesian baba, masa mama sakit, baba la tempat mama luah rasa marah tu. Hari-hari mama marah. Kurus kering baba time tu. 

Alhamdulilah, Allah bagi mama lega dua minggu sebelum mama beranakkan adik. Mama dapat pi beli baju adik walaupun naik kerusi roda pun okay la kan. Bila dapat berjalan balik, nikmat tu macam baru dapat kaki. Mama jalan tak berhenti. Yerla dua bulan mama duk atas kerusi roda.
Cukup 38 minggu mama lahirkan adik. Allah permudahkan urusan mama. Alhamdulilah, adik keluar dengan sempurna kulit adik, bersih. Mama bersyukur sangat benda tu tak jadi kat adik. Allah betul-betul uji kesabaran mama nak dapatkan Ayen. Jadi la anak yang mendengar kata, anak yang soleh ya anakku.
Sumber: Puan Ayuni Mansor

from The Reporter https://ift.tt/2KS0C9h
via IFTTT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2019/11/nurse-terkejut-tengok-keadaan-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memang Rezeki Ibu Suami Anggap Isteri Macam Anak Sendiri Sifir Hidup Bahagia

Memang Rezeki Ibu Suami Anggap Isteri Macam Anak Sendiri Sifir Hidup Bahagia

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 531 hits
Bernikah dengan seorang lelaki bukan dengan dia sahaja kita bertaut kasih Harus belajar menerima keluarganya juga Terutamanya ibu mertua Sentiasalah hormati ibunya seperti mana kita menjaga perasaan emak sendiri Artikel Menarik Ada masanya ...
Apa Guna Hari Malaysia Abu Mayat Chin Peng Sudah 2 Bulan Dibawa Balik

Apa Guna Hari Malaysia Abu Mayat Chin Peng Sudah 2 Bulan Dibawa Balik

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 597 hits
Selepas enam tahun kematian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng abu mayatnya telah dibawa balik ke Malaysia pada 16 September yang lepas Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang dilahirkan di Sitiawan Perak telah hidup sec...
Nibongtebal Najib Sebak Melihat Keadaan Hidup Penduduk Kampung Yang Pernah Menerima Bantuan Kerajaan Bn

Nibongtebal Najib Sebak Melihat Keadaan Hidup Penduduk Kampung Yang Pernah Menerima Bantuan Kerajaan Bn

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 559 hits
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sebak beliau melihat keadaan hidup penduduk terutama di kampung kampung yang pernah menerima bantuan kerajaan ketika pentadbiran Barisan Nasional Perasaan tentang kesusahan ra...
Saya Ingat Anak Dah Tiada Ibu Terkejut Dakwa Anak Tercekik Mainan Kecil Waktu Tidur

Saya Ingat Anak Dah Tiada Ibu Terkejut Dakwa Anak Tercekik Mainan Kecil Waktu Tidur

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 317 hits
Seorang ibu yang sedang meletakkan anak kecilnya tidur terkejut mendengar bunyi seakan akan sedang berkumur yang pelik Dia merasakan ada yang tidak kena dengan anaknya itu Dia terus melihat ke dalam mulut anaknya dan ternampak satu mainan k...
Doktor Terkejut Jumpa Lebah Dalam Mata Pesakit Dipercayai Hanya Minum Air Mata Untuk Hidup

Doktor Terkejut Jumpa Lebah Dalam Mata Pesakit Dipercayai Hanya Minum Air Mata Untuk Hidup

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 391 hits
Sengatan serangga berbisa ini boleh membawa maut Tidak ramai yang berani dengan serangga ini Bagaimanapun tiada siapa sangka yang serangga itu boleh hidup dengan hanya minum air mata seorang gadis He 29 dari Taiwan telah mengadu sakit di ba...
Keadaan Bayi Usia 4 Hingga 7 Bulan

Keadaan Bayi Usia 4 Hingga 7 Bulan

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 506 hits
Pada usia empat hingga tujuh bulan penglihatan bayi dah makin matang Dia sudah boleh nampak dan jejak objek yang bergerak dengan penglihatan yang lebih tajam Pada usia ini bayi sudah ambil peduli dengan suasana persekitaran Masuk ke usia 5 ...
Abu Mayat Chin Peng Pulang Ke Malaysia 2 Bulan Yang Lalu

Abu Mayat Chin Peng Pulang Ke Malaysia 2 Bulan Yang Lalu

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 815 hits
Mendiang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya Chin Peng yang meninggal dunia pada 2013 akhirnya dapat kembali ke rumah pada 16 September tahun ini selepas enam tahun kematiannya Menurut kumpulan pengurusan abu mayat Chin Peng dibawa ...
Tanda Lahir Macam Topeng Batman Ibu Bawa Sampai Rusia Nak Buang Hitam Di Muka Anak

Tanda Lahir Macam Topeng Batman Ibu Bawa Sampai Rusia Nak Buang Hitam Di Muka Anak

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 547 hits
Pembedahan pertama oleh doktor di Russia berjaya membuang sebahagian tanda lahir besar pada muka seorang bayi berusia lapan bulan dari Amerika Syarikat yang dikatakan menyerupai topeng Batman Ibu bayi tersebut telah membawanya ke Russia bag...
Budak Lelaki Alami Pendarahan Teruk Lintah Masuk Dubur

Budak Lelaki Alami Pendarahan Teruk Lintah Masuk Dubur

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 683 hits
Musim banjir turut mengundang kehadiran lintah Haiwan penghisap darah itu biarpun kecil tetapi ia boleh membawa mudarat jika memasuki rongga badan seperti dubur Semalam viral di media sosial seorang kanak kanak lelaki di Terengganu mengalam...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus