Bila Setiap Bulan Kena Follow Up Di Hospital
Bila hampir setiap bulan kena buat follow up di hospital, dah jadi kebiasaan kami akan dengar satu soalan popular daripada adik wan. Nak tahu apa soalannya? Ibu...kalau kita pergi hospital ni nanti doktor cucuk tak kat tangan? Soalan wajib ni.
Bukan sebab takutkan jarum tapi lebih kepada fobia kena pakai branula. Korang tahu tak apa dia branula? Branula adalah tiub plastik yang dimasukkan jarum yang biasanya pengamal perubatan yang pakar dan berkemahiran akan cucuk jarum tersebut ke dalam urat salur darah bagi memudahkan proses kemasukkan ubat kepada pesakit.
Masa dik wan masuk ward beberapa bulan lepas, dia akan tanya setiap masa kenapa perlu cucuk jarum ni kat tangan dia. Yelah kalau betul caranya, masa cucuk tu memang tak rasa, kalau tidak memang boleh menangis dibuatnya. Apatah lagi kena cucuk beberapa kali disebabkan tidak jumpa urat salur darah. Pernah sekali sampai 3 kali adik wan dicucuk untuk mencari urat salur darah. Masa tu akak pun dah rasa nak marah pada doktor muda yang bertugas. Sakit mata tengok jarum dicucuk-cucuk sambil dengar anak merintih.
Pengalaman yang akan diingat sampai bila-bila. Masa ni tangan adik wan dah mula nak bengkak. Lepas tu kena tukar pula pasang kat tangan sebelah lagi sebab tulah dik wan jadi fobia bila nak kena pi hospital
Branula ini perlu dipasang untuk memudahkan pemberian ubat-ubatan IV antibiotik, cecair IV drip, transfusi darah, pemberian ubat-ubatan cecair dan juga sedutan darah menggunakan picagari mengikut keadaan dan kesesuaian. Pemberian ubat-ubatan cara ini adalah lebih cepat dan berkesan kerana ubatan tersebut terus masuk ke dalam salur darah.
Semakin Kecil Saiz Branula, Semakin Besar JarumnyaBranula ni ada macam-macam saiz. Semakin kecil saiz branula, semakin besar jarumnya. Yang saiz kecil itu semasa nak masukkan branula memang tak rasa sakit. Tetapi bila masukkan ubat, akan terasa sakit yang amat sebab tekananya kuat. Yang saiz besar pula, sebaliknya. Masa masuk, terasa sakit. Tetapi masa masuk ubat tak akan rasa sakit.
Seingat akak, pernah kena pasang branula ni masa nak bersalin ja. Masa tu tak ingat rasa sakit pun sebab ada perkara lebih besar nak kena fokus..hehehe....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azirahman.com/2019/09/bila-setiap-bulan-kena-follow-up-di-hospital.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+azirahman/MVSY+(Journey+Of+Life)