Azmin Silap Cptpp Akan Jejas Bumiputera Kata Ahli Parlimen


Imran Ariff
 -December 1, 2021 Pakatan CPTPP melibatkan Malaysia, Brunei, Vietnam, Singapura, Australia, New Zealand, Jepun, Kanada, Mexico, Chile dan Peru. (Gambar AFP)PETALING JAYA: Beberapa bab dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan menjejaskan hak Bumiputera walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali berkali-kali menafikannya, menurut Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.
Katanya, peruntukan dalam bab-bab ini akan menjejaskan dasar dan keistimewaan Bumiputera, termasuk dalam bidang pelaburan, perolehan kerajaan dan perusahaan milik kerajaan.
Pakatan CPTPP melibatkan Malaysia, Brunei, Vietnam, Singapura, Australia, New Zealand, Jepun, Kanada, Mexico, Chile dan Peru. Malaysia adalah satu daripada empat negara yang masih belum meratifikasinya.
Santiago mengakui, perjanjian itu mengandungi langkah-langkah tidak patuh yang membenarkan Malaysia mengekalkan atau menerima pakai dasar, tetapi katanya, ini hanya terpakai bagi sektor-sektor tertentu.


Charles Santiago.“Contohnya, pengecualian New Zealand untuk orang aslinya, yang mengecualikan keutamaan bagi kaum Maori daripada keseluruhan CPTPP.
“Namun Malaysia tidak mempunyai pengecualian yang setara bagi dasar dan keistimewaan Bumiputera,” katanya.
Mengenai klausa yang menyatakan Malaysia berhak menerima pakai atau mengekalkan langkah-langkah yang membantu Bumiputera, baru-baru ini disebut Azmin sebagai bukti keizinan yang diperuntukkan oleh perjanjian itu, Santiago berhujah, bahagian ini hanya dapat diguna pakai bagi lesen-lesen yang dikeluarkan dalam sektor tertentu.
“Ia bukan pengecualian umum untuk membantu Bumiputera. Ia tidak membenarkan Malaysia mensyaratkan 30% ekuiti Bumiputera,” katanya.
“Memandangkan bab pelaburan CPTPP meliberalisasikan semua sektor kecuali yang disenaraikan, syarat 30% ekuiti Bumiputera hanya dibenarkan dalam sektor yang menyatakan perkara ini dalam Lampiran I atau II Malaysia, seperti pasar raya besar, kedai besar dan kedai serbaneka.”
Tambahan, katanya, Malaysia tidak akan dapat mewajibkan syarikat asing melantik Bumiputera dalam jawatan kanan atau sebagai ahli lembaga pengarah kerana ini akan melanggar perjanjian.
Mengenai perolehan kerajaan, beliau berkata, Malaysia tidak akan dapat mengarahkan perolehan barangan dan perkhidmatan kerajaan kepada syarikat Bumiputera dalam kebanyakan kes.
“Malaysia mempunyai beberapa pengecualian, termasuk hak untuk mengarahkan sehingga 30% daripada jumlah nilai kontrak pembinaan melebihi ambang yang dipersetujui kepada Bumiputera, tetapi pada masa ini Malaysia boleh memilih untuk mengarahkan 100% kontrak pembinaannya kepada Bumiputera. CPTPP mengurangkannya kepada 30%.
“Selain itu, pengecualian ini hanya bagi kontrak pembinaan. Ini bukan pengecualian bagi semua perolehan, seperti kementerian membeli barangan seperti kertas atau kereta, atau perkhidmatan seperti perkhidmatan telefon,” katanya.
Beliau berkata, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) besar juga akan terjejas kerana mereka yang meraih pendapatan tahunan melebihi RM1.17 bilion perlu meliberalisasikan perolehan kebanyakan barangan dan perkhidmatan serta pengeluaran kontrak.
Terdapat beberapa pengecualian, namun kata Santiago, ia terhad.
“Lampiran IV membenarkan perusahaan milik kerajaan untuk mengarahkan sehingga 40% daripada bajet pembelian mereka kepada perusahaan milik Bumiputera, Sabah, Sarawak dan PKS (perusahaan kecil dan sederhana).
“Namun, jika anda melihat syarikat seperti Tenaga Nasional Berhad, yang pada 2019 memperuntukkan 68% daripada perolehannya buat Bumiputera, ia perlu diturunkan kepada 40%. Ini bermakna tiada keutamaan tambahan boleh diberikan kepada Sabah, Sarawak atau PKS tanpa mengurangkannya lagi.
Baki 60% perlu diliberalisasikan dan syarikat Bumiputera kemudiannya perlu bersaing dalam harga dan kualiti untuk baki peratusan dana, tambahnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/azmin-silap-cptpp-akan-jejas-bumiputera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cptpp Tidak Jejaskan Hak Kepentingan Bumiputera Azmin

Cptpp Tidak Jejaskan Hak Kepentingan Bumiputera Azmin

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 179 hits
Terdapat dasar jelas lindungi Bumiputera dalam Perlembagaan KAJANG Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekali lagi menegaskan bahawa hak dan kepentingan Bumiputera tidak akan te...
Silap Menteri Harga Barang Naik Kerana Kurang Tenaga Kerja Dakwa Ahli Parlimen

Silap Menteri Harga Barang Naik Kerana Kurang Tenaga Kerja Dakwa Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 255 hits
Ngeh Koo Ham berkata kekurangan tenaga kerja di ladang mengakibatkan lonjakan harga sayur sayuran dari 100 hingga 200 KUALA LUMPUR Kenaikan harga kebanyakan barangan di negara ini adalah akibat dua kementerian tidak dapat mencapai keputusan...
Ahli Parlimen Gesa Bahas Isu Kenaikan Harga Barang

Ahli Parlimen Gesa Bahas Isu Kenaikan Harga Barang

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 196 hits
Beberapa Ahli Parlimen gesa isu kenaikan harga barang dibahaskan di Dewan Rakyat kerana ia melibatkan kepentingan rakyat
Hsr Kl Singapura Akan Beri Manfaat Kepada Melaka Kata Ahli Ekonomi

Hsr Kl Singapura Akan Beri Manfaat Kepada Melaka Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 166 hits
AYER KEROH Ketua Menteri sementara Sulaiman Md Ali mendapat sokongan seorang ahli ekonomi dan satu kumpulan perniagaan atas pendiriannya menolak Projek Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Johor Bahru Sulaiman baru baru ini b...
Gabungan Pkr Amanah Masuk Akal Kata Bekas Ahli Akademik

Gabungan Pkr Amanah Masuk Akal Kata Bekas Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 177 hits
Gabungan PKR Amanah masuk akal kata bekas ahli akademik December 2 2021 Ada yang berpandangan Amanah tidak mempunyai sokongan akar umbi manakala PKR sukar menarik pengundi Melayu menurut ahli akademik PETALING JAYA Gabungan antara PKR dan A...
Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik Di Jangka Sertai Parti Keadilan Rakyat

Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik Di Jangka Sertai Parti Keadilan Rakyat

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik dijangka menyertai Parti Keadilan Rakyat esok Menurut sumber daripada PKR Simpang Renggam penyertaan itu akan diumumkan dalam acara yang turut disertai Presiden PKR Datuk Seri Anwa...
Selepas Tewas Di Melaka Bersama Pn Pas Kata Ahli Masih Mahu Bersama Umno

Selepas Tewas Di Melaka Bersama Pn Pas Kata Ahli Masih Mahu Bersama Umno

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 229 hits
MALAYSIA DATELINESelepas tewas di Melaka Pas mengaku akar umbi masih mahu bekerjasama dengan Umno melalui Muafakat Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin berkata akar umbi dilihat lebih menyokong MN b...
Hanya Ahli Parlimen Pembangkang Sertai Mou Dapat Peruntukan Sama Rata Wan Junaidi

Hanya Ahli Parlimen Pembangkang Sertai Mou Dapat Peruntukan Sama Rata Wan Junaidi

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 181 hits
Hanya Ahli Parlimen pembangkang sertai MoU dapat peruntukan sama rata Wan Junaidi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata buat masa ini hanya Ahli Parlimen pembangkang yang menyertai memorandum persefahaman deng...
Undi Tidak Percaya Dan Ahli Parlimen Hilang Kelayakan Sebab

Undi Tidak Percaya Dan Ahli Parlimen Hilang Kelayakan Sebab

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 109 hits
Sidang Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 November 2020 hingga 15 Disember 2020 Jika kita rujuk Takwim Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 ada 3 urusan besar sepanjang mesyuarat tersebut 1 Rang undang undang dan urusan Kerajaan yang l...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan