Gabungan Pkr Amanah Masuk Akal Kata Bekas Ahli Akademik


 


Gabungan PKR-Amanah masuk akal, kata bekas ahli akademik

Minderjeet Kaur -December 2, 2021 Ada yang berpandangan Amanah tidak mempunyai sokongan akar umbi, manakala PKR sukar menarik pengundi Melayu, menurut ahli akademik.PETALING JAYA: Gabungan antara PKR dan Amanah pasti memanfaatkan kedua-dua parti kerana mampu menarik undi orang Melayu luar bandar, kata seorang bekas ahli akademik.
Azmi Hassan bagaimanapun menambah ada kemungkinan perkara itu mendapat tindak balas negatif segelintir pemimpin PKR.
“Amanah mempunyai beberapa pemimpin yang boleh dipercayai seperti Dzulkefly Ahmad dan Raja Kamarul Bahrin yang mampu meraih sokongan pengundi luar bandar,” katanya kepada FMT.
Menurutnya, ada yang berpandangan Amanah tidak mempunyai sokongan akar umbi, manakala PKR sukar menarik pengundi Melayu.
“Jika mereka bergabung, Amanah dapat menarik pengundi luar bandar yang tidak meminati pandangan keagamaan ekstrem PAS. Sejak dua tahun lalu, pengundi Melayu luar bandar melihat PAS, yang menjadi sebahagian kerajaan, tidak mampu mentadbir negara,” katanya.
Semalam, Anwar mendedahkan ada cadangan supaya PKR dan Amanah bergabung, namun setakat ini belum ada perbincangan secara formal.
Azmi berkata, Umno tidak akan berasa senang dengan gabungan PKR-Amanah kerana ia mampu menggugat undian parti itu di kawasan luar bandar.
Katanya, gabungan seumpama itu adalah wajar kerana dapat mengukuhkan kedudukan PKR dalam menghadapi sebarang tekanan daripada DAP. Ia juga akan mengurangkan isu berkaitan pembahagian kerusi, tambahnya.
Bagaimanapun beliau berkata, Anwar perlu bersedia untuk menghadapi tindak balas negatif pemimpin PKR yang mungkin bimbang Amanah akan mengaut kedudukan penting, contohnya jawatan timbalan atau naib presiden.
Oh Ei Sun dari Singapore Institute of International Affairs berkata, kedua-dua parti itu berdepan dilema sama dalam meyakinkan pengundi Melayu-Islam yang semakin konservatif untuk menyokong mereka.
Katanya, orang Melayu mempunyai pilihan antara Umno, PAS dan Bersatu di satu pihak, selain PKR yang liberal dan Amanah yang sederhana di pihak lain.
Beliau turut memberi amaran bahawa Anwar mungkin berdepan tindak balas negatif daripada penyokong bukan Melayu PKR, selain segelintir penyokong konservatif Amanah. Ini disebabkan ideologi berbeza dua parti berkenaan.
Sumber PKR memberitahu FMT bahawa gabungan seperti itu bagaimanapun mampu mengakibatkan perselisihan jika veteran parti yang menyokong Anwar sejak 1998 berasa diketepikan.
“Bagaimana dengan jawatan timbalan presiden? Adakah akan diberikan kepada veteran PKR atau pemimpin Amanah?” soalnya.
Tambahnya, keahlian Amanah kecil, manakala ahli Amanah dari beberapa cawangan di Kedah, Perak dan Johor telah menyertai PKR dalam tempoh setahun lalu.
Kata sumber itu lagi, wujud kebimbangan bahawa Amanah akan meminta kerusi boleh menang daripada PKR.
“Jika Amanah boleh menarik pengundi luar bandar, mereka tidak perlu bergabung dengan PKR. Jika mereka kuat, mereka boleh melakukannya sendiri.
“Gabungan berlaku apabila satu parti lemah dan di sini parti itu adalah Amanah. Adakah ia akan menerima gabungan itu tanpa membuat sebarang tuntutan?” soal sumber berkenaan.
PKR perlu mengadakan pemilihannya sebelum Mei 2023, namun desas-desus mengatakan pemilihan parti mungkin diawalkan ke tahun depan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/gabungan-pkr-amanah-masuk-akal-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gabungan Politik Gabungan Pkr Dan Amanah Wajar Dipertimbang

Gabungan Politik Gabungan Pkr Dan Amanah Wajar Dipertimbang

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 199 hits
Cadangan menggabungkan Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah Negara perlu mendapat pertimbangan kedua dua pimpinan parti politik Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor Mohd Najwan Halimi berkata kedua dua parti berkenaan dilihat memp...
Bekas Ahli B A P Bang Yongguk Umum Comeback Solo Dengan Race

Bekas Ahli B A P Bang Yongguk Umum Comeback Solo Dengan Race

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 217 hits
Bang Yong guk bekas ahli kumpulan B A P mengumumkan bahawa dia akan kembali dengan muzik baharu sebagai artis solo Pada 17 November agensi Bang Yong guk CONSENT telah mendedahkan di Twitter rasmi mereka dan mengeluarkan dua foto konsep Bang...
Maszlee Selamatkan Anwar Maszlee Masuk Pkr Tepat Masanya

Maszlee Selamatkan Anwar Maszlee Masuk Pkr Tepat Masanya

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 230 hits
Desakan Anwar berundur secara otomatik nya tertampan Kenapa pengumuman MASZLEE sertai PKR tidak diumum sebelum pengundian PRN Melaka Bagaimanapun MASZLEE bukanlah tambah nilai Melayu ke dalam PKR malah akan berakhir seperti di Perjuang apab...
Cadangan Berhadapan Pru 15 Pkr Dan Amanah Bergabung Menjadi Sebuah Parti

Cadangan Berhadapan Pru 15 Pkr Dan Amanah Bergabung Menjadi Sebuah Parti

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 173 hits
Seminggu selepas kekalutan pilihan raya negeri Melaka berlabuh timbul cadangan agar dua rakan sekutu dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dan Amanah untuk bergabung menjadi sebuah parti Penganalisis politik Wong Chin Huat berkata penggabungan ke...
Tinggalkan Dap Jika Pkr Amanah Ingin Kerjasama Dengan Umno

Tinggalkan Dap Jika Pkr Amanah Ingin Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 268 hits
malaysiatoday net On Dec 1 2021 Kerjasama politik UMNO boleh dibuka secara meluas kepada PKR dan Parti Amanah Negara namun dengan syarat kedua dua parti itu perlu tinggalkan DAP Bercakap kepada Utusan Malaysia Ahli Parlimen Padang Rengas Da...
Pkr Kalah Teruk Kerana Pengundi Tolak Empat Katak Kata Penganalisis

Pkr Kalah Teruk Kerana Pengundi Tolak Empat Katak Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 358 hits
Penganalisis berpendapat kekalahan teruk Pakatan Harapan itu natijah pengundi melihat gabungan berkenaan memberi tempat kepada politik katak yang mencetuskan pilihan raya negeri Melaka MELAKA TENGAH Kekalahan teruk Pakatan Harapan khususnya...
Ahli Pkr Yang Timbulkan Kekecohan Di Pusat Khidmat Dap Di Dakwa Ibarat Samseng Umno

Ahli Pkr Yang Timbulkan Kekecohan Di Pusat Khidmat Dap Di Dakwa Ibarat Samseng Umno

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 216 hits
KUANTAN Naib Ketua Pemuda DAP Pahang Chris Shan mengibaratkan ahli PKR yang membuat bantahan di luar pusat khidmat DAP seperti samseng UMNO Perumpamaan itu dibuatnya ketika merujuk tindakan sekumpulan ahli akar umbi PKR yang membuat bantaha...
Amanah Tolak Cadangan Gabung Dengan Pkr

Amanah Tolak Cadangan Gabung Dengan Pkr

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 164 hits
Amanah tolak cadangan gabung dengan PKR Ya kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub ketika diminta mengesahkan sama ada benar mereka menolak idea itu Salahuddin berkata cadangan itu tidak perlu dipertimbangkan kerana tidak pernah berba...
No Merger With Pkr Says Amanah Number Two

No Merger With Pkr Says Amanah Number Two

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 244 hits
Salahuddin Ayub says PKR and Amanah will remain comrades in Pakatan Harapan PETALING JAYA Amanah deputy president Salahuddin Ayub has quashed talk of a merger with PKR saying his party will not entertain any such proposal The Pulai MP told ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025