Azmin Membohongi Mahathir Atau Mahathir Kenakan Azmin




Sebagaimana pengakuan Azmin Ali kepadanya, Tun Mahathir Mohamad menjelaskan, pertemuan 17 Ahli Parlmen BN dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi baru-baru ini adalah kerana mereka itu mengadu tentang UMNO yang sudah hilang arah dan ingin menyertai parti lain.“Saya tanya Azmin apa yang dia bincang, dia kata orang UMNO ini (kata) mereka sudah hilang parti, tidak tahu hendak buat apa.“Jadi, mereka tanya sama ada hendak masuk parti lain atau tidak,” jelas Tun Mahathir.Bagaimanapun, beberapa jam selepas pendedahan Tun Mahathir itu, tujuh daripada 17 Ahli Parlimen UMNO yang hadir di rumah Azmin tampil membuat kenyataan penafian.Tujuh Ahli Parlimen terbabit, Ismail Mohamad Said (Kuala Krau), Salim Sharif (Jempol), Jalaluddin Alias (Jelebu), Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands), Azalina Othman Said (Pengerang), Abdul Rahman Mohamad (Lipis) dan Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar) sependirian menafikan kenyataan Tun Mahathir itu.Kata mereka, tidak pernah sama sekali disebut atau dibangkitkan soal UMNO hilang arah, hilang parti atau mahu melompat menyertai parti lain dalam pertemuan tersebut.“Tidak pernah sekalipun pendirian sedemikian disebut oleh mana-mana Ahli Parlimen UMNO semasa pertemuan tersebut.“Seperti yang dinyatakan berulang kali sebelum ini, kami tidak akan sesekali keluar UMNO, apatah lagi melompat parti,” jelas mereka.Sebaliknya, mereka mengakui ada mengajak Azmin agar menyertai UMNO berikutan kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, 16 Nov lalu.Dalam hal ini, siapakah yang berbohong?Tun Mahathir, Azmin atau tujuh Ahli Parlimen UMNO itu?Dari segi logik, tidak mungkin Tun Mahathir berbohong atau mereka-reka cerita kerana tiada kepentingan untuknya berbuat demikian.Berbanding Azmin yang menjelaskan kepada Tun Mahathir bahawa 17 Ahli Parlimen itu mengadu tentang UMNO yang sudah hilang arah serta menimbang untuk menyertai parti dengan tujuh Ahli Parlimen terbabit yang setakat ini tampil membuat penafian, sudah tentulah kebarangkaliannya tujuh orang itu bercakap benar lebih diyakini.Kecualilah, jika Azmin dapat menunjukkan bukti-bukti lain seperti rakaman suara atau video sebaliknya berkenaan pertemuan itu, barulah satu dianggap telah menang dengan tujuh.Apakah dalam hal ini Azmin telah berbohong kepada Tun Mahathir dan mereka-reka cerita berkenaan 17 Ahli Parlimen UMNO yang dijemput datang ke rumahnya itu?Tujuh Ahli Parlimen itu seterusnya mengakui, apa yang dibincangkan dengan Azmin adalah berkaitan projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing?Sebelum ini, Azmin menjelaskan pertemuannya dengan 17 Ahli Parlimen UMNO itu hanya pertemuan biasa dan tidak ada apa-apa yang luar biasa daripadanya.Jika begitu, tidakkah aduan mereka kepada Azmin tentang UMNO sudah hilang arah dan menimbang untuk menyertai parti lain, adalah sesuatu yang luar biasa sebenarnya?Mengapa ketika bercakap dengan media, Azmin hanya memberitahu ia hanya perjumpaan biasa, tetapi kemudian memaklumkan kepada Tun Mahathir sesuau yang luar biasa iaitu 17 Ahli Parlimen terbabit sudah hilang keyakinan kepada UMNO dan ingin melompat parti?Lebih pelik lagi, Azmin juga ada menyebut sebelum ini beliau tidak ingat siapa yang mengatur pertemuan di rumahnya itu.Kenyataan itu tampak berbeza dengan ciapan Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa melalui laman Twitternya, yang mungkin setelah dimaklumkan oleh Ahli-Ahli Parlimen itu bahawa Azminlah sebenarnya yang menjadi pengaturnyaKata Annuar, beliau yakin semua Ahli Parlimen itu masih setia dengan UMNO dan Azmin mengatur mereka itu berjumpa dengannya untuk membodek Tun Mahathir bagi menyelamatkan dirinya.Oleh kerana hasil siasatan “video Haziq” belum selesai, malah dijangka akan diumumkan oleh pihak polis tidak lama lagi, dakwaan Annuar tentang Azmin yang cuba membodek Tun Mahathir bagi tujuan menyelamatkan dirinya, terlihat ada logik serta kebenarannya.Orang lain yang tidak tersepit tidak perlu membodek atau berbohong kepada sesiapa untuk menyelamatkan diri?Persoalan penting di sini, sedarkah 17 Ahli Parlimen UMNO itu bahawa kepala mereka cuba “dijual” oleh Azmin kepada Tun Mahathir? (ShahbudinHusin 23/11/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/11/azmin-membohongi-mahathir-atau-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Berbohong Azmin Atau Tun Mahathir

Siapa Berbohong Azmin Atau Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 352 hits
SEBAGAIMANA pengakuan Azmin Ali kepadanya Tun Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuan 17 Ahli Parlmen BN dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi baru baru ini adalah kerana mereka itu mengadu tentang UMNO yang sudah hilang arah dan ingin menyertai ...
Kadir Jasin Serang Azmin Sebab Sokong Anwar Atau Nak Jatuhkan Dr Mahathir

Kadir Jasin Serang Azmin Sebab Sokong Anwar Atau Nak Jatuhkan Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 735 hits
Semua tahu Kadir Jasin Daim dan Azmin adalah orang kuat dalam team Dr Mahathir Nama nama inilah yang jadi tunggak untuk kekalkan Dr Mahathir sampai akhir penggal dan seterusnya mengesahkan Anwar sebagai PM tepi buat selama lamanya Kalau Kad...
Bombshell Expose Azmin Is Bluffing He Does Not Have The Numbers For Mahathir To Continue As Prime Minister

Bombshell Expose Azmin Is Bluffing He Does Not Have The Numbers For Mahathir To Continue As Prime Minister

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 375 hits
Mahathir should not have had sent a boy to do a man s job Azmin Ali his errand boy recruited to weaken the position of prime minister in waiting Anwar Ibrahim has been caught not only engaging with another man but was also sued by a travel ...
Pertemuan Sulit Sama Ada Azmin Atau Dr M Bohong Kata Annuar

Pertemuan Sulit Sama Ada Azmin Atau Dr M Bohong Kata Annuar

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 298 hits
Diterbitkan Hari ini 7 11 malamBERITASetiausaha Agung Umno Annuar Musa berkata terdapat dua kemungkinan berhubung perjumpaan antara sekumpulan anggota parlimen BN dan Azmin Ali di kediaman menteri hal ehwal ekonomi itu baru baru ini Kata An...
Azmin Hanya Dapat Kumpul 99 Ahli Parlimen Sokong Dr Mahathir Kekal Pm

Azmin Hanya Dapat Kumpul 99 Ahli Parlimen Sokong Dr Mahathir Kekal Pm

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 502 hits
Azmin Hanya Dapat Kumpul 99 Ahli Parlimen Sokong Dr Mahathir Kekal PM Sinchew Daily KUALA LUMPUR Pertemuan antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan wakil rakyat UMNO pada 18 November bertujuan membincangkan isu kerajaan pintu belakang dan...
Najib Dan Campur Tangan Mahathir Azmin Ada Buktinya

Najib Dan Campur Tangan Mahathir Azmin Ada Buktinya

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 423 hits
Kita terkejut Mahathir terkejut Najib terkejut Mahathir nafi campur tangan kes Najib Mahathir juga dakwa tidak pernah campur tangan dengan mahkamah Beliau bagi contoh bagaimana parti UMNO diharamkan pada tahun 1988 Mahathir cabar mana mana ...
Hidung Mahathir Berdarah Dan Dalang Perjumpaan 22 Ahli Parlimen Umno Dengan Azmin Ali

Hidung Mahathir Berdarah Dan Dalang Perjumpaan 22 Ahli Parlimen Umno Dengan Azmin Ali

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 417 hits
Difahamkan bahwa hidung Dr Mahathir berdarah semasa sidang akhbar selepas merasmikan MPOB International Palm Oil Congress and Exhibition 2019 Sidang akhbar berakhir lebih awal While taking questions from journalist at the Dr Mahathir was se...
Mahathir S Succession Games

Mahathir S Succession Games

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 296 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad s assurances in the recent Financial Times interview that he would definitely hand power to Anwar Ibrahim is a masterpiece in political subterfuge He gives with one hand and takes away with the other confi...
Some Voters Still Think I M Umno President Says Mahathir

Some Voters Still Think I M Umno President Says Mahathir

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 275 hits
PPBM and Pakatan Harapan chairman Dr Mahathir Mohamad says he will go to Tanjung Piai on Wednesday PUTRAJAYA Dr Mahathir Mohamad is going to Tanjung Piai to campaign for the Pakatan Harapan candidate in the by election there because some vo...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025