Siapa Berbohong Azmin Atau Tun Mahathir


EDITOR
November 23, 2019

SEBAGAIMANA pengakuan Azmin Ali kepadanya, Tun Mahathir Mohamad menjelaskan, pertemuan 17 Ahli Parlmen BN dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi baru-baru ini adalah kerana mereka itu mengadu tentang UMNO yang sudah hilang arah dan ingin menyertai parti lain.

“Saya tanya Azmin apa yang dia bincang, dia kata orang UMNO ini (kata) mereka sudah hilang parti, tidak tahu hendak buat apa.

“Jadi, mereka tanya sama ada hendak masuk parti lain atau tidak,” jelas Tun Mahathir.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas pendedahan Tun Mahathir itu, tujuh daripada 17 Ahli Parlimen UMNO yang hadir di rumah Azmin tampil membuat kenyataan penafian.

Tujuh Ahli Parlimen terbabit, Ismail Mohamad Said (Kuala Krau), Salim Sharif (Jempol), Jalaluddin Alias (Jelebu), Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands), Azalina Othman Said (Pengerang), Abdul Rahman Mohamad (Lipis) dan Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar) sependirian menafikan kenyataan Tun Mahathir itu.

Kata mereka, tidak pernah sama sekali disebut atau dibangkitkan soal UMNO hilang arah, hilang parti atau mahu melompat menyertai parti lain dalam pertemuan tersebut.

“Tidak pernah sekalipun pendirian sedemikian disebut oleh mana-mana Ahli Parlimen UMNO semasa pertemuan tersebut.

“Seperti yang dinyatakan berulang kali sebelum ini, kami tidak akan sesekali keluar UMNO, apatah lagi melompat parti,” jelas mereka.

Sebaliknya, mereka mengakui ada mengajak Azmin agar menyertai UMNO berikutan kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, 16 Nov lalu.

Dalam hal ini, siapakah yang berbohong?

Tun Mahathir, Azmin atau tujuh Ahli Parlimen UMNO itu?

Dari segi logik, tidak mungkin Tun Mahathir berbohong atau mereka-reka cerita kerana tiada kepentingan untuknya berbuat demikian.

Berbanding Azmin yang menjelaskan kepada Tun Mahathir bahawa 17 Ahli Parlimen itu mengadu tentang UMNO yang sudah hilang arah serta menimbang untuk menyertai parti dengan tujuh Ahli Parlimen terbabit yang setakat ini tampil membuat penafian, sudah tentulah kebarangkaliannya tujuh orang itu bercakap benar lebih diyakini.

Kecualilah, jika Azmin dapat menunjukkan bukti-bukti lain seperti rakaman suara atau video sebaliknya berkenaan pertemuan itu, barulah satu dianggap telah menang dengan tujuh.

Apakah dalam hal ini Azmin telah berbohong kepada Tun Mahathir dan mereka-reka cerita berkenaan 17 Ahli Parlimen UMNO yang dijemput datang ke rumahnya itu?

Tujuh Ahli Parlimen itu seterusnya mengakui, apa yang dibincangkan dengan Azmin adalah berkaitan projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing?

Sebelum ini, Azmin menjelaskan pertemuannya dengan 17 Ahli Parlimen UMNO itu hanya pertemuan biasa dan tidak ada apa-apa yang luar biasa daripadanya.

Jika begitu, tidakkah aduan mereka kepada Azmin tentang UMNO sudah hilang arah dan menimbang untuk menyertai parti lain, adalah sesuatu yang luar biasa sebenarnya?

Mengapa ketika bercakap dengan media, Azmin hanya memberitahu ia hanya perjumpaan biasa, tetapi kemudian memaklumkan kepada Tun Mahathir sesuau yang luar biasa iaitu 17 Ahli Parlimen terbabit sudah hilang keyakinan kepada UMNO dan ingin melompat parti?

Lebih pelik lagi, Azmin juga ada menyebut sebelum ini beliau tidak ingat siapa yang mengatur pertemuan di rumahnya itu.

Kenyataan itu tampak berbeza dengan ciapan Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa melalui laman Twitternya, yang mungkin setelah dimaklumkan oleh Ahli-Ahli Parlimen itu bahawa Azminlah sebenarnya yang menjadi pengaturnya

Kata Annuar, beliau yakin semua Ahli Parlimen itu masih setia dengan UMNO dan Azmin mengatur mereka itu berjumpa dengannya untuk membodek Tun Mahathir bagi menyelamatkan dirinya.

Oleh kerana hasil siasatan “video Haziq” belum selesai, malah dijangka akan diumumkan oleh pihak polis tidak lama lagi, dakwaan Annuar tentang Azmin yang cuba membodek Tun Mahathir bagi tujuan menyelamatkan dirinya, terlihat ada logik serta kebenarannya.

Orang lain yang tidak tersepit tidak perlu membodek atau berbohong kepada sesiapa untuk menyelamatkan diri?

Persoalan penting di sini, sedarkah 17 Ahli Parlimen UMNO itu bahawa kepala mereka cuba “dijual” oleh Azmin kepada Tun Mahathir? – Buletin Asia.

SHAHBUDIN HUSIN
Penganalisis politik

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Buletin Asia*

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/11/siapa-berbohong-azmin-atau-tun-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadir Jasin Serang Azmin Sebab Sokong Anwar Atau Nak Jatuhkan Dr Mahathir

Kadir Jasin Serang Azmin Sebab Sokong Anwar Atau Nak Jatuhkan Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 735 hits
Semua tahu Kadir Jasin Daim dan Azmin adalah orang kuat dalam team Dr Mahathir Nama nama inilah yang jadi tunggak untuk kekalkan Dr Mahathir sampai akhir penggal dan seterusnya mengesahkan Anwar sebagai PM tepi buat selama lamanya Kalau Kad...
Azmin Membohongi Mahathir Atau Mahathir Kenakan Azmin

Azmin Membohongi Mahathir Atau Mahathir Kenakan Azmin

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 336 hits
Sebagaimana pengakuan Azmin Ali kepadanya Tun Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuan 17 Ahli Parlmen BN dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi baru baru ini adalah kerana mereka itu mengadu tentang UMNO yang sudah hilang arah dan ingin menyertai ...
Hidung Berdarah Apa Sebenarnya Terjadi Pada Tun Mahathir

Hidung Berdarah Apa Sebenarnya Terjadi Pada Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 842 hits
KUALA LUMPUR Hidung Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan berdarah sewaktu beliau menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media di Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa 2019 di ibu negara pada Selasa Ketika sidang media...
Redzuan Yusof Menteri Merapu Bodoh Sombong Memalukan Tun Mahathir

Redzuan Yusof Menteri Merapu Bodoh Sombong Memalukan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 452 hits
MULA ingat melantik Redzuan Yusof pernah kerja sebagai jurutera tapak Esso sebagai Menteri satu keputusan yang betul Rupa rupanya beliau seorang yang MERAPU dan BODOH SOMBONG Entah apa di dalam kepala beliau Ingat kut kerja dengan Esso dan ...
Hidung Berdarah Tun Mahathir Terpaksa Tamatkan Segera Sidang Media

Hidung Berdarah Tun Mahathir Terpaksa Tamatkan Segera Sidang Media

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 353 hits
PERDANA MENTERI Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan mengalami pendarahan hidung ketika mengadakan sidang media sehingga menyebabkan program itu terpaksa ditamatkan lebih awal Ketika menjawab soalan soalan dari wartawan dalam kongres kelapa s...
Bombshell Expose Azmin Is Bluffing He Does Not Have The Numbers For Mahathir To Continue As Prime Minister

Bombshell Expose Azmin Is Bluffing He Does Not Have The Numbers For Mahathir To Continue As Prime Minister

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 375 hits
Mahathir should not have had sent a boy to do a man s job Azmin Ali his errand boy recruited to weaken the position of prime minister in waiting Anwar Ibrahim has been caught not only engaging with another man but was also sued by a travel ...
Kerajaan Ph Berhadapan Masalah Komunikasi Untuk Beritahu Kejayaan Dicapai Tun Mahathir

Kerajaan Ph Berhadapan Masalah Komunikasi Untuk Beritahu Kejayaan Dicapai Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 303 hits
Astro Awani Jelas Perdana Menteri jika dibandingkan kejayaan yang berjaya dicapai kerajaan pimpinannya dalam tempoh hampir dua tahun ianya adalah satu pencapaian di luar jangkaan Foto Astro AWANI PETALING JAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathi...
Azmin Kata Ada Pemimpin Umno Hilang Parti Tun M

Azmin Kata Ada Pemimpin Umno Hilang Parti Tun M

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 400 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media pada Majlis Perasmian Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders School di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi Selangor foto IQBAL BASRI BANGI Tun Dr Mahathir Mohamad telah ...
Tun Mahathir Angkuh Apec Satu Tahun Lagi Rakyat Susah Hari Ini

Tun Mahathir Angkuh Apec Satu Tahun Lagi Rakyat Susah Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 313 hits
1 Kenyataan Tun Mahathir semalam bahawa PH perlu memecatnya sekiranya mahukan transisi segera jelas satu kenyataan angkuh dan tidak berpijak dibumi nyata 2 Saya sudah jangkakan dalam kenyataan saya sebaik PRK Tg Piai bahawa Tun Mahathir tid...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat