Azmin Digugurkan Sebagai Perasmi Kongres Amk 21 Pimpinan Bantah


MALAYSIAKINI   
Pemuda PKR (AMK) membelakangi tradisi dengan tidak mengundang timbalan presiden parti untuk merasmikan kongres tahunan mereka 6 Disember depan.

Sebelum ini, mengikut tradisi, kongres sayap pemuda parti itu dirasmikan timbalan presiden, dan Azmin Ali, seperti lazimnya dijadualkan merasmikannya. Sebaliknya, kali ini, ini tidak berlaku

Ketua AMK Akmal Nasir berkata kongres mereka kali ini akan dirasmikan oleh penasihat PKR Wan Azizah Wan Ismail yang juga timbalan perdana menteri.

“AMK bertanggungjawab memberi mesej yang jelas kepada seluruh anggota PKR bahawa AMK akan kekal teguh mendokong kepimpinan parti yang sekali gus memelihara tradisi perjuangan PKR,” katanya.

Bagaimanapun, kata Akmal, perkara itu bukan baru kerana kongres AMK pernah dirasmikan oleh naib presiden.
Bagaimanapun, tindakan itu dibantah oleh sebahagian besar - 21 daripada 25 - kepimpinan pusat AMK yang menang dalam pemilihan lalu, termasuk timbalan ketuanya Hilman Idham.

Hilman dan 20 lagi pemimpin AMK hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi menentang keputusan itu.

“Kami berpendirian bahawa sikap dan tindakan membatalkan jemputan tersebut merupakan suatu langkah yang sama sekali bertentangan dengan semangat kongres serta konvensyen dan tradisi organisasi,” kata mereka.

Kumpulan itu menyeru kepimpinan mengambil langkah tegas “mengembalikan PKR di atas landasannya, menggembeleng muafakat dan kesatuan anggota serta mempertahankan konvensyen dan tradisi organisasi”.

Kepimpinan pusat AMK mengandungi 43 anggota. Dua puluh lima daripada mereka dipilih dalam pengundian manakala 18 lagi jawatan lantikan.

Dalam pemilihan parti itu sebelum ini Akmal terlibat dalam kumpulan Naib Presiden Rafizi Ramli manakala Hilman pula dalam pasukan Azmin.

Sebahagian besar kepimpinan utamanya dikuasai pasukan Azmin.

Ketika dihubungi, Hilman memberitahu Malaysiakini bahawa Azmin telah menerima undangan merasmikan kongres itu pada 23 September.

Sementara itu, menurut sumber-sumber, ramai penandatangan dalam kenyataan bersama hari ini tidak hadir dalam mesyuarat 20 Oktober yang memutuskan Azizah menggantikan Azmin.

Malaysiakini juga difahamkan AMK biasanya bermesyuarat sebulan sekali dan sejak Februari lalu, lapan mesyuarat telah diadakan.

Kenyataan kumpulan 21 itu turut memetik nama Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dalam isu itu.

“Kenyataan Saifuddin Nasution, setiausaha agung PKR semalam berhubung isu pembatalan jemputan kepada Mohamed Azmin Ali, timbalan presiden PKR sebagai perasmi Kongres Nasional AMK hanya mencerminkan betapa PKR sedang dilanda krisis kepimpinan sehingga menyebabkan parti berada dalam keadaan yang berantakan,” kata mereka.

Ketika dihubungi, Saifuddin bagaimanapun berkata beliau tiada peranan dalam penganjuran acara itu.

“Hilman ialah timbalan ketua AMK. Pasti beliau tahu apa keputusan yang dibuat mereka dalam penganjuran kongres itu.

“Ini termasuklah tetapi yang akan merasmikan acara itu, pembahas-pembahas, usul dan perkara-perkara lain,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/azmin-digugurkan-sebagai-perasmi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amk Lembah Pantai Bantah Selain Azmin Rasmi Kongres

Amk Lembah Pantai Bantah Selain Azmin Rasmi Kongres

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 340 hits
Naib Ketua AMK Cabang Lembah Pantai Nazrin Idham Razali KUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan Cabang Lembah Pantai membantah sekeras kerasnya usaha untuk membawa pihak lain selain Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merasmikan ...
Azmin Dakwa Ada Tangan Ghaib Batal Jemputan Rasmi Kongres Amk

Azmin Dakwa Ada Tangan Ghaib Batal Jemputan Rasmi Kongres Amk

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 341 hits
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa wujud tangan ghaib di belakang keputusan membatalkan jemputan beliau untuk merasmikan Kongres Nasional Pemuda PKR Sehubungan itu beliau menyerahkan kepada AMK untuk mengambil tinda...
Kongres Amk Azmin Tak Balas Surat Jemputan

Kongres Amk Azmin Tak Balas Surat Jemputan

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 420 hits
Kenyataan Timbalan Presiden YB Mohamed Azmin Ali bahawa isu jemputan perasmi Kongres Angkatan Muda Keadilan Nasional sebagai cubaan menutup mulut beliau adalah tidak masuk akal Menyifatkan Ketua AMK YB Akmal Nasir sebagai lemah dan seolah o...
Azmin Sudah Hilang Kelayakkan Rasmikan Kongres

Azmin Sudah Hilang Kelayakkan Rasmikan Kongres

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 471 hits
Sayap Pemuda dan Wanita PKR diberitakan sedang dalam dilema sama ada mahu menjemput Azmin Ali atau tidak untuk merasmikan kongres mereka hujung tahun ini Mengikut tradisi perasmian kongres Pemuda dan Wanita PKR adalah dirasmikan oleh Timbal...
Azmin Layak Rasmi Kongres Pemuda Ketua Sayap Muda Pkr Dan Timbalan Berbalah

Azmin Layak Rasmi Kongres Pemuda Ketua Sayap Muda Pkr Dan Timbalan Berbalah

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 402 hits
Pimpinan Pemuda PKR hari ini dilihat berbalah sesama sendiri berhubung isu sama ada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali wajar terus menjadi perasmi kongres nasional tahunan sayap parti itu pada 6 Dis ini atas kapasiti sebagai orang nombor dua p...
Batal Jemput Azmin Bukti Pkr Sedang Berantakan Amk

Batal Jemput Azmin Bukti Pkr Sedang Berantakan Amk

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 311 hits
Seorang penyokong Pakatan Harapan mengibarkan bendera PKR dan membunyikan hon kenderaan sebagai tanda berakhirnya kempen Pilihan Raya Umum ke 14 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar bandar Muar Johor foto HAZROL ZAINAL KUALA LUM...
Azmin Memang Mahu Dipecat Dan Diangkat Sebagai Hero Yang Dianiaya

Azmin Memang Mahu Dipecat Dan Diangkat Sebagai Hero Yang Dianiaya

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 312 hits
Timbalan Presiden PKR Mohammed Azmin Ali akan terus menimbulkan masalah sehingga dipecat kata Setiausaha Pemuda PKR Ahmad Syukri Che Razab Setelah dipecat katanya Azmin dan juak juak pengampu akan mendabik dada sebagai wira yang telah diani...
Eloklah Digugurkan Kalau Dijemput Pun Mungkin Azmin Tak Datang

Eloklah Digugurkan Kalau Dijemput Pun Mungkin Azmin Tak Datang

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 421 hits
Kongres Pemuda PKR pada 6 Disember depan sah tidak menjemput Timbalan Presiden Azmin Ali untuk merasmikannya Sebaliknya perasmian kongres itu akan dilakukan oleh Penasihat PKR yang juga Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail Wala...
Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day

Four Injured After Floor Collapses During Aidilfitri Celebration In Sarawak

Family Of Seven Stranded At Lata Batu Hampar Falls Due To Water Surge

No Lessons Learnt Hindu Temple Row Leaves Only A Bitter Aftertaste

Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari