Beliau bukan saja tidak pernah hadir mesyuarat, sama ada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat atau Biro Politik sejak November 2018, malah dalam banyak keadaan secara terbuka menyanggah Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR.Tidak pernah dalam dunia ini ada pemimpin nombor dalam mana-mana parti, tetapi mengabaikan tanggungjawabnya sejak kira-kira setahun yang lalu dan secara terbuka lebih menyanjung ketua parti lain berbanding ketua partinya sendiri.Apakah jenis Azmin ini sebenarnya?Kalau pun sibuk sebagai menteri, apakah beliau seorang saja yang sibuk dalam dunia ini?Mengapa pemimpin lain, terutamanya Tun Mahathir Mohamad sentiasa boleh membahagikan masa antara tugas untuk negara dan tanggungjawab kepada parti?Begitu juga, kenapa pemimpin PKR lain yang turut berjawatan menteri, kecuali Zuraidah Kamaruddin, sentiasa boleh menghadiri mesyuarat parti?Dengan perangai yang ditunjukkan Azmin sejak setahun yang lalu, beliau tidak saja tidak layak lagi merasmikan kongres sayap PKR, bahkan patut malu dengan dirinya jika mahu hadir juga melakukan perasmian.Beliau sebaliknya patut dikenakan tindakan kerana ada mustahil tidak boleh hadir mesyuarat selama setahun lamanya, kecuali ianya memang disengajakan.Apa yang mahu ditemberang oleh Azmin dalam ucapan perasmian kongres itu nanti jika dirinya sendiri tidak betul dan penuh kepalsuan?Maka, tidak patut ada rasa bersalah kepada sayap Pemuda dan Wanita jika mereka tidak menjemput Azmin kali ini.Bahkan, itulah tindakan terpuji untuk mengajar pemimpin yang sudah lupa kepada tanggungjawab sendiri dan tidak sedar agaknya tapak mana yang menaikkannya selama ini. (ShahbudinHusin 01/11/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |