Eloklah Digugurkan Kalau Dijemput Pun Mungkin Azmin Tak Datang




Kongres Pemuda PKR pada 6 Disember depan sah tidak menjemput Timbalan Presiden, Azmin Ali untuk merasmikannya.

Sebaliknya, perasmian kongres itu akan dilakukan oleh Penasihat PKR yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Walaupun secara tradisinya Timbalan Presiden PKR biasanya akan merasmikan Kongres Pemuda atau AMK, tetapi keputusan berbeza kali ini dipercayai kerana sikap Azmin yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti, malah tidak pernah hadir mesyuarat MPP dan Biro Politik sejak setahun yang lalu.

“AMK bertanggungjawab memberi mesej yang jelas kepada seluruh anggota PKR bahawa AMK akan kekal teguh mendokong kepimpinan parti yang sekali gus memelihara tradisi perjuangan PKR,” kata Ketua AMK, Akmal Nasir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru ketika menpertahankan keputusan menggugurkan Azmin itu.

Blog ini dalam artikel pada 1 November lalu telah menulis bahawa Azmin, disebabkan sikapnya yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan, terbuka menyanggah pemimpin sendiri, tetapi memuja pemimpin parti lain, selain tidak hadir mesyuarat sejak setahun yang lalu, beliau pada hakikatnya telah hilang kelayakan untuk merasmikan kongres sayap parti itu.

Sebagai pemimpin nombor dua dalam parti, Azmin seharusnya menyokong kepimpinan sedia ada dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada parti yang telah memilihnya sebagai pemimpin serta merupakan tapak untuknya menjawat jawatan menteri dalam kerajaan.

Walaupun ada bantahan, pendirian Pemuda PKR tidak menjemput Azmin ini adalah tepat dan harus diberikan pujian.

Ini kerana, jika dijemput sekali pun untuk merasmikannya, Azmin mungkin lebih menggunakan ruang yang ada itu untuk menegakkan benang basah berkaitan perihal dirinya yang banyak onar selama ini berbanding menggariskan tentang perjuangan PKR itu sendiri.

Lebih buruk lagi, kalau di saat-saat akhir nanti, beliau tiba-tiba tidak menghadirkan diri tanpa memberikan sebarang alasan.

Jika itu berlaku, bukankah semua orang akan susah jadinya nanti?

Kalau hadir mesyuarat boleh diabaikannya begitu saja selama setahun, apalah sangat merasmikan kongres yang cuma setahun sekali.

Sebagai pemimpin nombor dua dalam PKR juga, Azmin harus sedar bahawa dosa paling besar dilakukannya ialah mengabaikan tanggungjawab dengan tidak hadir mesyuarat MPP dan Biro Politik sejak setahun yang lalu.

Kalau sibuk dengan tugas sebagai menteri merupakan alasannya tidak hadir itu, apakah hanya beliau seorang saja yang sibuk di negara ini?

Jika pemimpin lain yang juga berjawatan menteri boleh hadir mesyuarat parti, malah Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pun sentiasa dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat Bersatu serta PH, di mana logiknya Azmin tidak ada kelapangan masa sama sekali?

Maka, dengan tidak hadir mesyuarat selama setahun lalu itu, Azmin selain mengabaikan tanggungjawabnya yang sekaligus hilang kelayakan untuk merasmikan kongres sayap parti, beliau juga telah tertinggal banyak perkara mengenai perjuangan PKR itu sendiri.

Barangkali senikata lagu PKR pun sekarang ini sudah terhapus daripada memorinya.

Pada tahun depan, Azmin masih boleh dijemput semula untuk merasmikan Kongres Pemuda PKR dengan syarat beliau sedia berubah, taat kepada pucuk pimpinan serta tidak sesuka hati lagi ponteng mesyuarat MPP dan Biro Politik PKR.

Tapi, kalau perangai tetap sama, nasib yang diterimanya tahun depan pun akan sama juga. (ShahbudinHusin 13/11/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/11/eloklah-digugurkan-kalau-dijemput-pun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Digugurkan Sebagai Perasmi Kongres Amk 21 Pimpinan Bantah

Azmin Digugurkan Sebagai Perasmi Kongres Amk 21 Pimpinan Bantah

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 291 hits
MALAYSIAKINI Pemuda PKR membelakangi tradisi dengan tidak mengundang timbalan presiden parti untuk merasmikan kongres tahunan mereka 6 Disember depan Sebelum ini mengikut tradisi kongres sayap pemuda parti itu dirasmikan timbalan presiden d...
Anwar Tangan Ghaib Mungkin Azmin Tengok Dari Langit Bulan

Anwar Tangan Ghaib Mungkin Azmin Tengok Dari Langit Bulan

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 344 hits
BERITAPresiden PKR Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan timbalannya Azmin Ali bahawa ada tangan ghaib di sebalik keputusan membatalkan jemputannya untuk merasmikan Kongres Nasional Pemuda PKR Mungkin dia tengok dari langit bulan Apa apa pun mes...
Bossku Jangan Datang Sini Lagi Pengundi Akan Pilih Ph Azmin

Bossku Jangan Datang Sini Lagi Pengundi Akan Pilih Ph Azmin

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 425 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyarankan rakyat khususnya pengundi parlimen Tanjung Piai supaya tidak membandingkan kerajaan baharu Pakatann Harapan yang baru mentadbir selama 18 bulan kerajaan Barisan Nasional yang berusia 60 tahun Timbala...
Perjumpaan Azmin Pkr Saya Tak Dijemput Kata Anwar

Perjumpaan Azmin Pkr Saya Tak Dijemput Kata Anwar

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 372 hits
Diterbitkan Hari ini 4 22 petangBERITATidak banyak yang dinyatakan Anwar Ibrahim ketika sebahagian ahli parlimen dan pemimpin PKR disebut sebut mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali petang ini Presiden PKR itu yang...
Azmin Ali Di Gugurkan

Azmin Ali Di Gugurkan

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 347 hits
Azmin Ali Di Gugurkan Pemuda PKR membelakangi tradisi dengan tidak mengundang timbalan presiden parti untuk merasmikan kongres tahunan mereka 6 Disember depan Sebelum ini mengikut tradisi kongres sayap pemuda parti itu dirasmikan timbalan p...
Azmin Layak Rasmi Kongres Pemuda Ketua Sayap Muda Pkr Dan Timbalan Berbalah

Azmin Layak Rasmi Kongres Pemuda Ketua Sayap Muda Pkr Dan Timbalan Berbalah

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 378 hits
Pimpinan Pemuda PKR hari ini dilihat berbalah sesama sendiri berhubung isu sama ada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali wajar terus menjadi perasmi kongres nasional tahunan sayap parti itu pada 6 Dis ini atas kapasiti sebagai orang nombor dua p...
They Are Doing A Muhyiddin On Me Says Azmin After Pkr Youth Snub

They Are Doing A Muhyiddin On Me Says Azmin After Pkr Youth Snub

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 333 hits
Mohamed Azmin Ali today compared PKR Youth s decision to snub him at its upcoming congress to Umno s decision in 2015 to bar then deputy president Muhyiddin Yassin from addressing the party s general assembly It s an attempt to gag me from ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat