Azmin Layak Rasmi Kongres Pemuda Ketua Sayap Muda Pkr Dan Timbalan Berbalah




Pimpinan Pemuda PKR hari ini dilihat berbalah sesama sendiri berhubung isu sama ada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali wajar terus menjadi perasmi kongres nasional tahunan sayap parti itu pada 6 Dis ini atas kapasiti sebagai orang nombor dua parti.
Menjelaskan situasi yang timbul, Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir berkata, sebarang keputusan penganjuran kongres itu diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Pimpinan Pemuda PKR yang berlangsung pada 20 Okt lalu.
“Oleh itu adalah lebih wajar untuk mana-mana kepimpinan Pemuda PKR merujuk saluran yang ada sebelum membuat kenyataan terbuka tidak tepat.
“Saya ingin mengingatkan usaha menggilap muafakat dan kesatuan dalam perjuangan harus bermula dengan setiap anggota perlu menghormati kepimpinan parti, perlembagaan dan keputusan-keputusan mesyuarat parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Akmal berkata demikian merujuk kenyataan bersama Timbalan Ketua Pemuda PKR, Muhammad Hilman Idham bersama 20 pimpinan Pemuda PKR seluruh negara yang mengkritik Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang dikatakan membatalkan jemputan kepada Azmin.
Menerusi kenyataan itu, 21 daripada 25 pimpinan pemuda PKR berkata tindakan Saifuddin hanya mencerminkan parti itu dilanda krisis kepimpinan menyebabkan ia kucar-kacir.
“Kami berpendirian bahawa sikap dan tindakan membatalkan jemputan tersebut merupakan suatu langkah yang sama sekali bertentangan dengan semangat kongres serta konvensyen dan tradisi organisasi.
“Justeru itu, tindakan pembatalan dan kenyataan setiausaha agung tersebut juga akan memberi mesej dan teladan yang salah kepada anggota khususnya generasi baru dalam PKR. Melainkan, jika setiausaha agung mahu perpecahan dan keberantakan dalam parti ini terus berlaku.
“Maka, kami menyeru supaya kepimpinan parti mengambil langkah yang tegas untuk mengembalikan PKR di atas landasannya, menggembeleng muafakat dan kesatuan anggota serta mempertahankan konvensyen dan tradisi organisasi,” kata mereka.
Mengulas lanjut, Akmal berkata kongres nasional tahunan ini adalah platform penting menghimpunkan ahli dan kepimpinan akar umbi dari seluruh negara dan memaklumkan Pemuda PKR sendiri bertanggungjawab dalam menyusun dan melaksanakan perjalanan kongres termasuklah urusan perasmian.
“Maka mesyuarat majlis pimpinan pemuda PKR Malaysia menetapkan perasmi kongres nasional tahunan ini adalah Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail, merangkap penasihat PKR. Pemuda PKR bertanggungjawab memberi mesej jelas kepada seluruh anggota PKR.
“Pemuda PKR akan kekal teguh mendokong kepimpinan parti yang sekaligus memelihara tradisi perjuangan PKR. Ini menjadikan PKR kekal sebagai sebuah parti yang utuh dan dinamik. Pemuda PKR akan menjadikan kongres ini sebagai platform untuk menyuarakan isu-isu.
“Ia demi kepentingan rakyat terutamanya anak muda seperti pendidikan, peluang pekerjaan serta kos sara hidup dan bukannya isu politik kelompok yang berkepentingan,” katanya.
Kongres Nasional Pemuda PKR akan berlangsung pada 6 Disember ini di Melaka International Trade Centre (MITC).
Terdahulu, Saifuddin dilaporkan menyerahkan kepada sayap Pemuda parti itu untuk mengundang pemimpin pilihan mereka bagi merasmikan kongres pada bulan depan. Saifuddi berkata, beliau tidak terlibat dalam memilih pemimpin untuk terlibat dalam kongres tersebut.
Azmin pula meminta media menghalakan pertanyaan kepada Saifuddin susulan laporan mengatakan Pemuda PKR tidak mahu beliau merasmikan kongres mereka tahun ini, sebaliknya akan mengundang bekas presiden, Wan Azizah Wan Ismail.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/13/azmin-layak-rasmi-kongres-pemuda-ketua-sayap-muda-pkr-dan-timbalan-berbalah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amk Lembah Pantai Bantah Selain Azmin Rasmi Kongres

Amk Lembah Pantai Bantah Selain Azmin Rasmi Kongres

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 342 hits
Naib Ketua AMK Cabang Lembah Pantai Nazrin Idham Razali KUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan Cabang Lembah Pantai membantah sekeras kerasnya usaha untuk membawa pihak lain selain Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merasmikan ...
Azmin Dakwa Ada Tangan Ghaib Batal Jemputan Rasmi Kongres Amk

Azmin Dakwa Ada Tangan Ghaib Batal Jemputan Rasmi Kongres Amk

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 342 hits
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa wujud tangan ghaib di belakang keputusan membatalkan jemputan beliau untuk merasmikan Kongres Nasional Pemuda PKR Sehubungan itu beliau menyerahkan kepada AMK untuk mengambil tinda...
Pkr Women Sticks To Azmin As Controversy Rages In Youth Wing

Pkr Women Sticks To Azmin As Controversy Rages In Youth Wing

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 338 hits
PKR women s chief Haniza Talha today defended deputy president Mohamed Azmin Ali following his snub from the party s youth wing saying the women s arm will still invite him to officiate its congress in line with PKR tradition She told repor...
Fraksi Azmin Ali Dan Anwar Ibrahim Mula Berbalas Balas Kenyataan Pkr Makin Panas

Fraksi Azmin Ali Dan Anwar Ibrahim Mula Berbalas Balas Kenyataan Pkr Makin Panas

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 682 hits
PRK Parlimen Tanjung Piai sudah hampir melabuhkan tirainya Kempennya sudah berakhir malam tadi Menjelang senja nanti keputusan pembuangan undi 52 471 orang pengundi akan diketahui dan dihebahkan Yang kalah akan tunduk merenung telur sendiri...
Mp Bn Pkr Berjumpa Di Rumah Azmin Semalam

Mp Bn Pkr Berjumpa Di Rumah Azmin Semalam

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 481 hits
Sekumpulan ahli parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10 Putrajaya Perjumpaan itu bermula pada sekitar pukul 9 30 malam dan berlangsung selama dua jam Ahli parlimen BN mengu...
Pkr Info Chief Azmin S Meeting A Betrayal Of Malaysian S Trust In Pakatan

Pkr Info Chief Azmin S Meeting A Betrayal Of Malaysian S Trust In Pakatan

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 349 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali s meeting with Barisan Nasional and PKR MPs shortly after Pakatan Harapan s disastrous defeat at the Tanjung Piai by election is akin to betraying the trust of Malaysians says PKR information chief Datuk Seri Sh...
Laporan Azmin Dijangka Jumpa Mp Pkr Pula Petang Ini

Laporan Azmin Dijangka Jumpa Mp Pkr Pula Petang Ini

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 304 hits
BERITATimbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dijangka bertemu dengan ahli parlimen partinya di parlimen petang ini menurut laporan berita Star Online memetik sumber yang berkata mesyuarat itu dijadualkan pada jam 3 petang ini Kali ini ia a...
Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hand Gum

Ramp Eyes Us Government As A Customer After Spotting Doge Tweet In Malay

Student Expresses Disappointment Over No Make Up Policy For School S Raya Celebration

Gaduh Rebut Kekasih Bapa 2 Anak Antara 3 Didenda Rm1 200