Azmin Belum Boleh Bersyukur Lagi Namanya Belum Dibersihkan Oleh Peguam Negara




Sebaik diumumkan tiada pendakwaan terhadapnya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali lantas memanjatkan rasa syukur kerana pihak berkuasa telah membersihkan namanya.Katanya, sejak dari awal beliau konsisten mengatakan video tersebut adalah komplot untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan tidak pernah ragu bahawa keadilan akan ditegakkan.“Saya sudah membaca kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas berkenaan video fitnah terhadap saya. Segala puji bagi Allah kerana membolehkan kebenaran mengatasi kejahatan dan walaupun saya dibersihkan sepenuhnya, saya berdoa tiada lagi yang akan menghadapi politik keji seperti ini,” kata Timbalan Presiden PKR itu dalam kenyataannya.Peguam Negara Tommy Thomas hari ini berkata, tiada pertuduhan akan dibuat dalam kes video intim kontroversi, yang dipercayai merujuk kepada video yang mengaitkan Azmin dengan bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.Thomas dalam kenyataan berkata, ini kerana pakar forensik AS “gagal” mengenal pasti individu dalam video berkenaan kerana resolusinya yang rendah atau gambarnya kabur.“Laporan bebas oleh pakar forensik Amerika Syarikat mengesahkan dapatan CyberSecurity, antara lainnya, ‘kegagalan untuk mengenalpasti individu-individu di dalam video tular tersebut adalah disebabkan resolusi yang rendah dan kualiti video-video dan rangka (frames) video yang sedikit untuk membolehkan suspek dilihat dengan jelas,” katanya.Berdasarkan kenyataan Peguam Negara itu, sebenarnya adalah tanggapan syok sendiri Azmin saja yang mengatakan dirinya telah dibersihkan daripada skandal hubungan sejenis dengan Haziq.Peguam Negara sama sekali tidak membersihkan namanya, kecuali hanya mengatakan pendakwaan tidak dapat dilakukan kerana gambar Azmin dalam video itu dikatakan kabur lantaran resolusinya yang rendah.Peguam Negara tidak menyebut langsung bahawa pelaku dalam video tersebut bukan Azmin sebagaimana yang dipercayai oleh majoriti rakyat Malaysia yang sudah menontonnya.Juga tidak disebut bahawa video itu bukan asli atau semuanya adalah fitnah terhadap Azmin. Yang disebut cuma gambarnya saja yang kabur.Bagi mereka yang telah menonton klip video tersebut, kenyataan Peguam Negara adalah lawak jenaka era Malaysia Baru yang berperdana-menterikan PM7, tetapi jiwa dan hatinya saling tak tumpah seperti PM4 dahulu.Rata-rata berpendapat, video tersebut adalah jelas dan sukar untuk menidakkan ianya bukan Azmin, malah budak belum bersunat pun jika menontonnya akan dapat melihat persamaan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang gambarnya selalu mereka tonton dalam televisyen.Sehubungan itu, ramai yang percaya kenyataan Peguam Negara tentang tiadanya pendakwaan terhadap Azmin adalah skrip yang sudah disediakan oleh pihak yang memang sejak awal mahu melindungi Timbalan Presiden PKR itu.Kata mereka, jika suara Najib Razak dapat dikenalpasti dengan mudah dalam rakaman audio yang diperdengarkan kepada media oleh SPRM baru-baru ini, maka agak mustahil muka dan wajah Azmin tidak dapat dikenali dalam video hubungan seks sejenisnya dengan Haziq, termasuk dalam versi HD yang turut disebarkan.Selain itu, kenyataan Tommy Thomas berhubung tiada pendakwaan itu juga tidak menyentuh langsung tentang pengakuan Haziq sebelum ini bahawa beliaulah lelaki dalam video tersebut dan pasangan seks sejenisnya tidak lain tidak bukan adalah Azmin.Kenapa pengakuan Haziq tidak diambil kira dan tiada pendakwaan diputuskan hanya berdasarkan dapatan dalam video saja?Bukankah dalam kes liwat 1 yang melibatkan Anwar Ibrahim, walaupun beliau dibebaskan akhirnya di peringkat Mahkamah Persekutuan, pertuduhan kepada bekas TPM itu hanya bersandarkan pengakuan Azizan Abu Bakar?Secara kebetulan, kedua-dua kes – liwat 1 dan kes seks sejenis Azmin – berlaku di era PM4 dan PM7 iatu orang yang sama menjadi Perdana Menteri, cuma kepentingannya saja yang berbeza dalam kedua-duanya.Untuk itu, Azmin sebenarnya belum dibebaskan sepenuhnya lagi, sebaliknya beliau cuma dibebaskan buat sementara saja atau sekurang-kurangnya selagi Tun Mahathir masih menjadi Perdana Menteri atau sehingga kesetiaannya tidak berkurangan kepada Perdana Menteri yang sudah berusia 94 tahun itu.Apalagi, dalam kenyataan Peguam Negara itu juga menyebut – penyiasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baru diperolehi yang memberi erti kes tidak ditutup sepenuhnya.Ini sekaligus menyebabkan kesangsian rakyat terus berkembang mengenai keputusan Peguam Negara dan menjadi perbualan yang tidak bertitik.Makna kata, Azmin belum boleh bersyukur sepenuhnya lagi buat masa ini, apa lagi jika mahu memotong pulut kuning berikutan keputusan Peguam Negara itu.Beliau bukan saja tidak dibersihkan dalam erti kata sebenar, malah nyawa politiknya lebih terpenjara dalam poket Tun Mahathir. (ShahbudinHusin 10/01/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/azmin-belum-boleh-bersyukur-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Intim Didakwa Mirip Menteri Tiada Individu Akan Didakwa Peguam Negara

Video Intim Didakwa Mirip Menteri Tiada Individu Akan Didakwa Peguam Negara

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 333 hits
Kuala Lumpur 9 Jan Jabatan Peguam Negara mengesahkan tiada dakwaan akan dibuat berhubung video intim yang didakwa melibatkan pemimpin kanan sebuah parti politik tempatan Menurut Peguam Negara Tommy Thomas dalam satu kenyataannya analisa vid...
Kenapa Tak Dakwa Haziq Mengaku Lakukan Seks Gay Haniff Tanya Peguam Negara

Kenapa Tak Dakwa Haziq Mengaku Lakukan Seks Gay Haniff Tanya Peguam Negara

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 479 hits
Haniff Khatri Abdulla berkata individu yang merakam dan menyebarkan video seks gay itu akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 PETALING JAYA Peguam Haniff Khatri Abdulla mempersoalkan keputusan pegua...
Peguam Negara Kaji Cadangan Naik Had Umur Kahwin Kepada 18 Tahun

Peguam Negara Kaji Cadangan Naik Had Umur Kahwin Kepada 18 Tahun

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 267 hits
Peguam negara kaji cadangan naik had umur kahwin kepada 18 tahun Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 10 Jan 2020 1
Video Semburit Vip Tiada Pendakwaan Dilakukan Kerana Wajah Tidak Dapat Dipastikan Azmin Luah Rasa Bersyukur

Video Semburit Vip Tiada Pendakwaan Dilakukan Kerana Wajah Tidak Dapat Dipastikan Azmin Luah Rasa Bersyukur

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 469 hits
Tahun lalu viral di media sosial video semburit yang individu di dalam video itu didakwa menyerupai seorang ahli politik Jabatan Peguam Negara hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang pendakwaan dilakukan kerana wajah individu ...
Pejabat Peguam Negara Klasifikasikan Kematian Nora Anne Sebagai Tiada Tindakan Lanjut

Pejabat Peguam Negara Klasifikasikan Kematian Nora Anne Sebagai Tiada Tindakan Lanjut

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 364 hits
SEREMBAN 8 Jan Pejabat Peguam Negara sebelum ini memutuskan bahawa kes remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin yang ditemui mati selepas dilaporkan hilang dari vila penginapan keluarganya di resort The Dusun Pantai Hill Pantai deka...
Peguam Negara Tarik Dirii Daripada Kes Anwar Dr Kamarul Zaman

Peguam Negara Tarik Dirii Daripada Kes Anwar Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 336 hits
PADA 14 Disember 2019 dalam komen bertajuk Kes cabul Datuk Seri Anwar tak akan ke mana saya menyebut betapa banyak pihak merasa yakin bahawa dakwaan salah laku seks yang dibuat oleh Yusoff Rawther ke atas Datuk Seri Anwar tidak akan berakhi...
Tan Cheng Hoe Belum Fikir Untuk Bimbing Skuad B 23 Negara

Tan Cheng Hoe Belum Fikir Untuk Bimbing Skuad B 23 Negara

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 540 hits
Status selaku pengendali skuad Bawah 23 dan pasukan senior kebangsaan pada masa yang sama belum lagi difikirkan oleh Tan Cheng Hoe Sebaliknya laporan Sinar Harian pada hari ini berkata Cheng Hoe hanya mahu memberikan fokus kepada tiga perla...
Tablet Melukis Wacom One Ini Boleh Digunakan Oleh Telefon Android

Tablet Melukis Wacom One Ini Boleh Digunakan Oleh Telefon Android

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 387 hits
Sebelum perkataan tablet sinonim dengan iPad tablet lebih sinonim dengan produk lukisan digital keluaran Wacom Sekiranya anda seorang pereka grafik tablet keluaran Wacom memberikan kejituan melakukan lakaran yang tiada tolok bandingnya Kema...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya