Video Semburit Vip Tiada Pendakwaan Dilakukan Kerana Wajah Tidak Dapat Dipastikan Azmin Luah Rasa Bersyukur



Tahun lalu, viral di media sosial video semburit (hubungan sejenis) yang individu di dalam video itu didakwa menyerupai seorang ahli politik. 
Jabatan Peguam Negara hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang pendakwaan dilakukan kerana wajah individu terbabit tidak dapat dipastikan. 
Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkata, selepas menyemak keterangan dikumpul dan dikemukakan polis, Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara mengesyorkan kepadanya bahawa tiada pertuduhan boleh dibuat

"Saya menerima syor itu dan membuat keputusan tidak mendakwa mana-mana pihak. Selaras amalan biasa, penyiasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baru diperolehi," katanya

Menurut Tommy, kes itu sebelum itu disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 377D Kanun Keseksaan berikutan daripada beberapa laporan polis yang dibuat beberapa individu yang berbeza mengenai video tersebut. 
"Ramai saksi ditemubual oleh PDRM untuk memastikan fakta berhubung dengan video dan terdapat tangkapan dan reman beberapa saksi berkaitan dengan penyiasatan. 
"Pelbagai keadaan menyumbang kepada kelewatan dalam melengkapkan siasatan ini, terutamanya masa yang lama diambil sebelum laporan forensik dimuktamadkan

"Semasa dalam siasatan, proses undang-undang perlu dipatuhi, keputusan prosedur dan teknikal untuk analisis forensik yang wajar perlu diikuti. Perkara ini termasuk menangani kekangan dan prosedur kerajaan untuk mendapatkan kelulusan kewangan tambahan bagi membolehkan PDRM melengkapkan penyiasatan. 
"Video itu dihantar untuk menentukan ketulenan dan pengecaman wajah di dalam dan luar negara. Penyataan saksi yang direkod oleh polis, keterangan dokumentari yang dikumpul dan dan analisa forensik adalah sebahagian daripada kertas siasatan yang dirujuk kepada jabatan ini untuk keputusan. 
"CyberSecurity Malaysia membuat kesimpulan walaupun video itu adalah tulen, pengecaman wajah tidak dapat dipastikan kerana resolusi rakaman video yang rendah yang mana analisis dijalankan. Disebabkan oleh dapatan yang tidak konklusif itu, PDRM menghantar untuk dianalisa secara bebas oleh pakar forensik di Amerika Syarikat. 
"PDRM menerima keputusan analisa pada Disember 2019 di mana laporan yang bebas ini mengesahkan dapatan CyberSecurity Malaysia, antara lainnya, kegagalan untuk mengenalpasti individu di dalam video tular itu adalah disebabkan resolusi yang rendah dan kualiti video serta rangka video yang sedikit untuk membolehkan suspek dilihat dengan jelas," katanya. 
Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meluahkan rasa syukur dan menganggap kenyataan dari Peguam Negara itu adalah satu kemenangan bagi pihaknya. 
"Saya bersyukur kepada Allah SWT atas kemenangan kebenaran ke atas kejahatan dan saya berdoa agar tidak ada sesiapa lagi yang akan menjadi mangsa kedurjanaan politik seperti ini. 
"Saya ingin merakam ucapan terima kasih yang setulusnya kepada isteri dan anak-anak kerana kepercayaan dan dukungan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berterusan kepada saya. 
"Dari lubuk hati, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan rakyat atas sokongan yang teguh dan padu," katanya. 
Sumber: Harian Metro

source https://www.thereporter.my/2020/01/video-semburit-vip-tiada-pendakwaan.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2020/01/video-semburit-vip-tiada-pendakwaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Pendakwaan Kes Video Semburit Ag

Tiada Pendakwaan Kes Video Semburit Ag

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 348 hits
Tiada pendakwaan kes video seks sejenis AG Jabatan Peguam Negara tidak akan mendakwa mana mana pihak dalam kes video seks sejenis dikaitkan dengan seorang menteri dan Haziq Aziz Ini kerana pihaknya tidak dapat mengenal pasti individu terbab...
Siapa Pelaku Mirip Azmin Di Dalam Kes Video Semburit Rakyat Tidak Mahu Dikecewakan Lagi

Siapa Pelaku Mirip Azmin Di Dalam Kes Video Semburit Rakyat Tidak Mahu Dikecewakan Lagi

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 670 hits
Rakyat menantikan ketelusan PDRM Apakah KPN lulus di dalam KPI nya untuk memasuki tahun baru 2020 Nampaknya harapan rakyat untuk melihat Jho Low diseret ke mahkamah hampir pasti gagal atas alasan tiada kerjsama dari negara yang menyimpan ra...
Azmin Belum Boleh Bersyukur Lagi Namanya Belum Dibersihkan Oleh Peguam Negara

Azmin Belum Boleh Bersyukur Lagi Namanya Belum Dibersihkan Oleh Peguam Negara

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 364 hits
Sebaik diumumkan tiada pendakwaan terhadapnya Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali lantas memanjatkan rasa syukur kerana pihak berkuasa telah membersihkan namanya Katanya sejak dari awal beliau konsisten mengatakan video tersebut adalah komp...
Azmin Panjat Rasa Syukur Pada Allah

Azmin Panjat Rasa Syukur Pada Allah

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 353 hits
Walaupun saya dibersihkan sepenuhnya saya berdoa tiada lagi yang akan menghadapi politik keji seperti ini katanya
Boomsheel Azmin Positif Dalam Video

Boomsheel Azmin Positif Dalam Video

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 364 hits
BOMBSHELL AZMIN POSITIVELY IDENTIFIED IN GAY SEX VIDEO BY U S FORENSICS MAHATHIR HIS IGP SCRAMBLE FOR NEW COVER UP STORY AG TOMMY TO BE DRAGGED INTO CONSPIRACY TO DUPE THE PEOPLE JANUARY 8 2020When Inspector General of Police Abdul Hamid Ba...
Jho Low Terus Gagal Diperolehi Jangan Pula Video Semburit Turut Hilang

Jho Low Terus Gagal Diperolehi Jangan Pula Video Semburit Turut Hilang

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 438 hits
Dulu kata kita tahu di mana Jho Low bersembunyi dan Jho Low akan dibawa balik dalam masa terdekat Kemudian dia kata kita tak dapat kerjasama dari negara di mana Jho Low berada untuk membawanya pulang ke Malaysia Aku harap video semburit yan...
Kenapa Ada Pendakwaan Liwat 1 2 Walau Tiada Video Hd

Kenapa Ada Pendakwaan Liwat 1 2 Walau Tiada Video Hd

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 324 hits
Dari FB Dr Shamsher Singh Thind Maksud Tommy Thomas kalau tak ada bukti video HD maka tak boleh buat pendakwaan kes liwat walaupun Haziq Aziz iaitu saksi mata a k a saksi lidah mengaku bahawa dia telah bersemburit dengan Azmin Ali Saja nak ...
Azmin Sendiri Akui Terlibat Jadi Gegurlz Semburit

Azmin Sendiri Akui Terlibat Jadi Gegurlz Semburit

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 565 hits
Sekali lagi kerajaan Pakatan Harapan di bawah pentadbiran Dr Mahathir buktikan mereka adalah pentadbiran yang layak digelar sebagai kerajaan PHancing terkemuka di dunia Isu video Semburit yang dikaitkan dengan Azmin Ali dan diakui sendiri o...
Tiba Masanya Rakyat Dimaklumkan Hasil Siasatan Kes Video Semburit Apa Status Kes Ini

Tiba Masanya Rakyat Dimaklumkan Hasil Siasatan Kes Video Semburit Apa Status Kes Ini

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 552 hits
PDRM telah melantik khidmat pakar dari Amerika Syarikat untuk menilai kesahihan video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri dan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz Kes ini begitu hangat diperkatakan kerana melib...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Drama Viu Bidaah

Best Buat Rawatan Wajah Dengan Teknologi Korea Di Kskin

Shell Out Delivery Ke Rumah Sempena Pkp Di Port Dickson

Hiasan Kelas Jata Negeri Printable

Rasa Macam Mandi Bunga Dengan Rose Shower Gel Green Herbology

Settle Baju Raya Sebelum Ramadan