Ayam Masak Merah Ala Mamak Pun Sedap Jadi Lauk Raya
Macam mana nak masak? Lebih kurang je dengan masak ayam masak merah biasa, cuba ada sedikit tambahan bahan dan rasa juga sedikit berbeza, ia lebih peras dan kaya dengan rasa rempah ratusnya namun rasanya tetap sedap dan sesuai sangat dengan Nasi Minyak atau Nasi Tomato . Untuk lebih mudah, anda ikut je resipi yang dikongsikan ini:-
AYAM MASAK MERAH ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
1.5kg | potong sederhana dan bersihkan
150gm sos tomato
100gm puri tomato
125gm susu cair
100ml santan pekat
3 biji bawang besar | hiris
1 helai daun pandan | simpul
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 batang serai|dititik
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk kas-kas
1 sudu teh garam masala
100ml susu cair
3 sudu makan madu
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
1 biji bawang labu besar
3cm halia
5 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering | direbus, dibersihkan dan dikisar
1 biji tomato
CARA MEMASAK:
Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 3/ 4 masak sahaja.Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis.Masukkan bahan rempah penumis kayu manis bersama daun kari, pandan dan serai.Setelah naik bau masukkan hirisan bawang besar, tumis hingga bawang layu.Masukan bahan kisar, serbuk jintan manis dan putih, serbuk kas-kas dan garam masala.Tumis seketika hingga pecah minyak.Kemudian masukkan sos dan puri tomato serta susu cair.Kecilkan api biarkan kuah mereneh, baru masukkan ayam goreng tadi.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Ayam masak merah sedia dihidangkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/05/ayam-masak-merahala-mamak-pun-sedapjadi.html